Monday, July 7, 2008

ingatan~

salam alaik.



simply, the pictures hold thousand words
kaito~

Sunday, July 6, 2008

aku terima nikahnya~

Salam alaik,

Masa Yang Sesuai


eh, bukan2, aku tak menikah lagi. calon pun tak ada lagi. itu tajuk buku Ustaz Hazrizal Abdul Jamil (www.saifulislam.com) dengan persoalan yang menarik - pelikkah cinta tanpa berkenalan, keluar makan-makan, berbalas emel dan SMS?. asyik fikir2 tak tahu apa yang nak tulis malam ini, mungkin aku nak kongsi sikit tentang2 dalam buku ni. dalam buku ini, ada ustaz ini menerangkan sedikit sebanyak pendapat dan berkongsi pengalaman dia membina sebuah keluarga islam. aku nak ambik satu bab kecil, tentang era pra perkahwinan- memilih masa yang sesuai. kata (ya2, tulis dalam buku itu) ustaz tentang itu(dan ustaz, saya petikkan buku ustaz ye!) :-

"Jangan mengambil langkah untuk berpasangan, jika sudah pasti dalam setahun dua jangka masa terdekat ini tiada kemungkinan untuk anda berkahwin!". Itu amaran saya kepada peserta.
Wajah peserta mula kelat.
Saya telah jelaskan secara panjang lebar tentang soal kesan fitrah daripada perhubungan jangka panjang  di dalam dan di luar perkahwinan di dalam bab Menguruskan Fikrah Tentang Perkahwinan (bab awal buku ini-kaito). Hubungan seorang lelaki dan perempuan lazim dihinggapi rasa jemu yang mencabar komitmen kita kepada hubungan itu. Perasaan jemu itu mungkin muncul di tahun ketiga perhubungan, mungkin juga tahun keempat, malah kelima pun bisa.
Jika perasaan ini muncul di dalam sebuah perhubungan yang telah diikat atas nama perkahwinan, maka suami dan isteri akan belajar melayarkan bahtera rumah tangganya buat seketika dengan kesedaran dan tanggugjawab, tatkala perasaan cinta itu pudar seketika. Ia adalah kesan biasa daripada sebuah perhubungan, dan selepas ujian ini berjaya dilepasi oleh seorang suami dan isteri, maka insya-Allah, cinta itu mekar yang mekar kembali itu akan menjadi cinta yang kekal kukuh hingga ke akhir usia.
Tetapi jika proses itu berlaku lantaran cinta panjang lebar dari zaman cinta monyet hingga monyet menjadi gorila, maka tidak mustahil kekasih anda akan tiba-tiba memberikan signal untuk menamatkan hubungan yang terbina selama ini!
Banyak alasan yang diguna pakai..
"Saya mahu mendekatkan diri kepada Allah"
"Saya mahu tumpukan perhatian kepada pelajaran yang begitu membebankan sekarang ini."
"Saya rasa kita sudah tidak ada keserasian lagi."
Hakikatnya semua itu adalah alasan yang dibuat sedangkan sebab yang sebenarnya ialah, "Saya sudah jemu dengan awak!". Itu sahaja!
Maka, jika ibu bapa sudah memberi amaran bahawa perkahwinan adalah persoalan yang tiada ruang perbincangan hingga tergengam ijazah di dalam tangan, maka hindarkanlah daripada perbuatan menyeksa diri dengan mencari cinta di alam matrikulasi, atau tahun praklinikal bagi pelajar perubatan kerana anda mencari risiko yang amat membebankan.
"Ustaz..habislah saya macam ini..saya sudah bertunang. Kami merancang untuk berkahwin mungkin dalam empat atau lima tahun lagi!", seorang peserta berjumpa dengan saya dengan wajah panik selepas ceramah berakhir.
"Sabar... apa yang Ustaz sebutkan tadi, bukannya ketetapan nas. Tetapi ia adalah pengamatan kepada pengalaman dan pembacaan. Pengalaman pelbagai pihak yang memberitahu semua itu. Jika anta sudah ada idea tentang cabaran ini, maka buatlah persediaan sebaik-baiknya. Bersederhana dalam berhubung, jangan bergayut telefon sampai lepas kahwin dah tak tahu nak sembang apa, dan bijakkan diri dalam mengekalkan kesungguhan masing-masing menuju perkahwinan. Dan 'jangan pandang belakang'! saya tersenyum.
"Ada hantu ke Ustaz?", tanya beliau.
"Kalau hantu, alhamdulillah. Tapi masalahnya, anta mungkin akan nampak bidadari-bidadari lain untuk menambah options!', saya bergurau.
"Faham, faham!" katanya sambil mengurut dada. Lega barang kali.

Okeh, petikan tamat. So, harap2 dapat mesejnya. Kalau nak lebih lagi, beli sendiri buku "Aku Terima Nikahnya" (ini promosi tak berbayar, aku tak dapat komisyen ok!) RM 20.90 di semenanjung, RM 22.90 di Sabah dan Sarawak.

No Couple Before Akad


no couple before akad ek? seems the words harsh for somebody(ini tak tertulis dalam buku itu). aku tak kata couple itu salah, itu pilihan individu, dan harap2 kekal dalam batas2 islam. bagi aku, aku memandang yang lebih jauh, perkahwinan dan kehidupan selepas itu. entahlah, bagi aku yang tak seberapa ini, aku sudah merenung dengan diri untuk memilih sebegitu. memandang jauh, bagi aku (ini pendapat peribadi), daripada terjebak dalam hubungan yang pendek, sementara dan belum tentu arah tuju; buang masa, duit(kredit) dan tenaga saja, lebih baik aku menyiapkan diri untuk itu, dan untuk masa yang sesuai nanti. menyiapkan diri daripada segala segi; mantapkan ilmu2 agama, ilmu2 rumah tangga dan ilmu2 parenting. kukuhkan ekonomi, takkan nak bagi anak bini makan pasir kot; sediakan tempat tinggal yang elok lagi kondusif untuk pembinaan sebuah keluarga yang islamik. menyiapkan emosi, minda dan keteguhan untuk satu komitmen yang safe and long lasting. ya, dan mungkin nanti, bila tiba masa dan aku betul2 bersedia, time aku terima nikahnya,proudly i would say, "its me, for you; in full blossom!" =P.

sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~

Saturday, July 5, 2008

coret-coret(i)~

salam alaik.

Sedikit Cerita

bila hujung minggu, entah. ada saja dalam kepala, kadang2 tak terungkap; more than words. kadang2 bila mengadap depan komputer, nak kongsi hilang. ya, menulis ini perlu mood juga; sama bekarya, bila datang ilham dan kena suasana, baru ada hasil. seminggu berlalu, borang tak terisi lagi, insyaAllah aku tgk2kan malam ini. kene mula isi, masa pun tak banyak lagi, paling2 kena siap tidak mahu tidak before pergi btn nanti. apa pun, memang kalau rancang itu, mahu jadi(nasihat untuk diri).

Mimpi

Pagi tadi, sesudah subuh lelap sebentar. mimpi ketemu seorang kawan lama. pelik. itu 2nd time mimpi macam itu. mimpi berjumpa, sembang2 lama. tapi sayang, bila bangun tak ingat butir2 apa yang disembangkan. biarlah, bagi aku itu mungkin hadiah. aku takkan bertemu kawan ini untuk satu jangka masa yang panjang, dan amat lama. harap2 dapat bertemu lagi.

Moscow

Haah, insyaAllah sambung medicine sana, Moscow Medical Academy, 6 tahun di(bekas) tanah  Tsar itu. tak kisah, yang penting hujung nanti, macam aku selalu cakap, seorang doktor melayu muslim. =). Tadi sembang2 dengan classmate, dapat lagi satu point best untuk ke Rusia. dapat belajar bahasa Rusia. iya, kalau sudah 6 tahun dibumi orang, insyaAllah dapat sedikit sebanyak rapat dengan setempat. insyaAllah, aku ini jenis cepat adapt dengan keadaan sekeliling, sbb itu kalau di Shah Alam tak ada sangat loghat utara, keluar pun bila sembang dengan org2 utara esp cik ilham =P.

Antara Cahaya

ini? patutnya Nadim lebih bicarakan dengan caranya. ya Allah, tetap2kan hatiku.

sampai sini mungkin,
moga bermanfaat,
kaito~

p/s- moga selamat perjalanannya; pergi, sepanjang dan pulang di bumi Kangaroo itu ya, cik (bekas)  presiden 

Friday, July 4, 2008

gifted~

salam alaik.

Gifted.
pendek saja kali ini.baru habis tengok cerita L: Change the World.(dan zeh, thanks for the link) tak mahu banyak komen. cuma nak petik kata L pada hujung cerita, "No matter how gifted, you alone cannot change the world".dan jawab pembantu dia, "But that is the wonderful thing about this world" ya, ada msg disitu, fahami dan renungi.

moga bermanfaat,
kaito~

Thursday, July 3, 2008

hadapi dengan senyuman~

salam alaik.

Hadapi Dengan Senyuman.
by Dewa


Hadapi dengan senyuman 
Semua yang terjadi 
Biar terjadi…. 
Hadapi dengan tenang jiwa 
Semua... kan baik baik saja 

Bila ketetapan tuhan 
Sudah ditetapkan 
Tetaplah sudah…. 
Tak ada yang bisa merubah 
Dan takkan bisa berubah 

Relakanlah saja ini 
Bahwa semua yang terbaik 
Terbaik untuk kita semua 
Menyerahlah untuk menang

Lagu ini. Cuba yang anda yang sudi singgah sejenak dan renung2kan. kala betul2 aku penat dan lelah dengan dunia, mungkin ini dapat ingatkan sikit. ya, pengubat jiwa yang paling baik itu tentunya Al-Quran, bicara Allah yang Esa. DIA lebih tahu, DIA amat tahu.

Senyuman.
bila ujian datang, selalu aku pesan pada diri, "hadapi dengan senyuman". dalam apa2 pun, dalam perit seksa, payah meniti liku hidup, menyambut pengkhianatan, mengadah tangan menimang segala macam hampa dan kecewa, dan mungkin soalan susah dalam exam sekali pun, aku tetap senyum walaupun dalamnya, Allah saja yang tahu. betapa tersentuh, betapa terkilan, betapa marah dan baran sekali pun; teman aku hanya diam, dan senyum. so, kalau jumpa aku tiba2 diam panjang, ada yang tak kena mungkin.insyaAllah. perih pedih jiwa itu, memang, kadang2 tak tertanggung, tapi biarlah senyuman itu ada. mungkin, siapa tahu, senyuman kita itu ada kala menceriakan hari seseorang, dalam diam2, kita mana tahu. even in the worst case senario, try senyum, tak rugi. percayalah. =)

Hadapi Dengan Tenang Jiwa.
ya, ini ada betulnya. hadapi ujian dengan tenang jiwa dan ingatan untuk hati, bahawa qada dan qadar Allah itu, tidak sia2. tazkirah untuk diri sendiri, dan sesiapa yang sudi diingatkan. bahawa, kita merancang, dan Allah juga merancang; pastinya rancangan Pencipta itu lebih sempurna; dan selalu aku bisik2 pada diri, tidak mungkin akan sia2 tiap tangis itu bukan?, bahkan aku sendiri melihat janji2 Allah itu, bahawa ada yang lebih baik, mungkin kita saja yang terlepas pandang. mungkin sesuatu itu, pada kita elok, bagi Allah, ada yang lebih baik. ya, Dia lebih mengetahui apa yang baik dan buruk untuk ciptaaNya. dengan tenang jiwa, bahawa Allah telah aturkan jalan ini seindah dan sebaiknya, dan kita harus menjalani dengan penuh reda dan takwa. =)

sampai sini saja mungkin,
moga bermanfaat,
kaito~

Wednesday, July 2, 2008

older, but wiser and more wonderful~

salam alaik.


Otanjyobi omedeto.
(Happy Birthday)

oh ya, selamat hari lahir untuk, seorang kawan; seorang yang aku sendiri tak sempat kenal dengan lebih banyak, dan cukup baik. moga2 ada lagi masanya, moga ketemu insyaAllah. setahun lagi bertambah dalam usia, sebab itu selalu aku mengucapkan "selamat tua!!". bukan saja-saja, bukan kosong. tapi, dalam itu ada ingatan dan muhasabah diri secara tak langsung, sama ada untuk yang sudah dan makin tua itu, dan aku sendiri. ya, bila setahun bertambah, kita makin dekat dengan mati, lalu selalu aku bertanya pada diri, "cukup kah amalan? dah habis bertaubat? banyak dosa lagi?". harap2 dapat aku jadi lebih sedar dan berusaha menjadi lebih baik. yup, older, but wiser and more wonderful.

Hadiah.
ini? bagi aku, hadiah yang terbaik bukan yang paling mahal, bukan juga yang tercantik atau yang paling besar. bagi aku, ingatan yang ikhlas itu lebih berharga daripada segala macam material. for my last birthday, "the best present i ever wanted is presence". yup, kehadiran orang yang penting, rapat bermakna itu lebih bernilai.

Matang dan kematangan.
bila bertambah lagi umur, kata orang, makin matang. anda pasti? bagi aku, umur belum tentu tunjukkan seseorang itu matang atau tidak. kematangan itu satu proses, satu perjalanan diri, hati, jiwa dan minda seseorang insan itu menjadi lebih matang. kematangan itu belum tentu pada usia, tapi pada tindak, tingkah, laku, pilihan dan perbuatan seseorang itu terhadap sesuatu peristiwa, keputusan atau apa2 saja. mungkin situasi itu sama, tapi cara menghadapi dan medepaninya make a big difference (as same the history goes).

sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~

p/s- moga lebih kuat, tabah dan matang; terus2 dalam perjuangan ya, cik (bekas) presiden.

Tuesday, July 1, 2008

dibalik awan (ii)~

salam alaik.



Dibalik Awan.
by peterpan

Ku tak selalu berdiri
Terkadang hidup memilukan
Jalan yang kulalui
Untuk sekedar bercerita

Pegang tanganku ini
Dan rasakan yang kuderita
Apa yang kuberikan
Tak pernah jadi kehidupan

Semua yang kuinginkan
Menjauh dari kehidupan

Tempat kumelihat di balik awan
Aku melihat di balik hujan
Tempatku berdiam tempat bertahan
Aku terdiam di balik hujan

Pegang tanganku ini
Dan rasakan yang kuderita
Genggam tanganku ini
Genggam perihnya kehidupan

Apa yang kuberikan
Tak pernah jadi kehidupan
Semua yang kuinginkan
Menjauh dari kehidupan

Tempat kumelihat di balik awan
Aku melihat di balik hujan
Tempatku berdiam tempat bertahan
Aku terdiam di balik hujan

Tempat kumelihat di balik awan
Aku melihat di balik hujan
Tempatku berdiam tempat bertahan
Aku terdiam di balik hujan

Tempat kumelihat di balik awan
Aku melihat di balik hujan
Tempatku berdiam tempat bertahan
Aku terdiam di balik hujan

ya, dibalik awan lagi. aku berbicara tentang ini lagi. agak lama aku tak dengar lagu ini, tapi semenjak2 habis A-Level, dalam usaha mengurus2kan perjalanan selepas ini, ada terkenang lagu ini. ya, masih simbolik. macam pernah aku kata dulu, ini lagu tentang kesedihan, akan kedukaan. sayu dan haru. betapa kecewanya dengan dunia. betapa hampa dan kosongnya penyanyi.

Ujian.
dibalik awan. kata aku, ini ujian; insyaAllah ujian kecil. satu lagi pit stop perjalanan jiwa. kata seorang kakak, "ujian itu tanda Allah mahu lihat, kita ikhlas atau tidak". dan kata lagi seorang kakak,"life isn't always fullfilling our expectation, but preparing something that is beyond our expectation". mendalam, terima kasih kakak2. kata aku,"mungkin jiwa aku tak tertanggung semua ini sekarang, tapi insyaAllah, when its over, the soul be much stronger". ujian Allah, nikmat manisnya, siapa tahu. harap jiwa kecil ini dapat lebih dekat denganNya.

"...Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu. Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
Al Baqarah, ayat 216

moga bermanfaat,
kaito~

Search

  • Snap Shots

    Get Free Shots from Snap.com