Tuesday, January 20, 2009

exam(ii)~

salam alaik.

Ujian



alhamdulillah, exam sudah hampir tamat.
tapi, exam kali ini;
bukan sekadar exam biasa2.

ya Allah, lapangkan dadaku.
mudahkan bagiku, urusanku.
lepaskan kekeluan dari lidahku;
agar mereka mengerti bicaraku.


2 paper lagi tinggal,
dan yang terakhir paling berat (psychologycally).

yet, when its over,
it is not an end;
its the beginning.

ya Allah,
ringankan bagiku, langkahku.
angkatkan beban-beban dibahuku.


(no full entry)


sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~

Sunday, January 11, 2009

mimpi~

salam alaik.

Doa



ya, aneh.
tapi, ini (gambar itu) adalah salah satu mimpi saya, impi(an) saya, dan doa saya.

dan seperti kata Nadim, "untuk yg memahami".

(no full entry)
sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~
p/s-ya, moga sampai.

keampunan~

salam alaik.

taubat



dalam detik2 akhir nak dekat exam ni, teringat saya akan satu hadis daripada hadis 40 susunan imam nawawi; which the hadis ke 42 (the last in the book), tell about the forgiveness from Allah. Maha Suci Allah, yang Maha Pengampun lagi Penyayang, dan penerima taubat hamba2-Nya.

as, the hadith:-



‫ﻋﻦ أﻧﺲ‬t ‫یﻘﻮل: )) ﻗﺎل اﷲ ﺗﻌﺎﻟﻰ: یﺎ اﺑﻦ ﺁدم، إﻧﻚ ﻣﺎ دﻋﻮﺗﻨﻲ ﻗﺎل: ﺳﻤﻌﺖ رﺳﻮل اﷲ‬ ‫ورﺟﻮﺗﻨﻲ ﻏﻔﺮت ﻟﻚ، ﻋﻠﻰ ﻣﺎ آﺎن ﻣﻨﻚ، وﻻ أﺑﺎﻟﻲ. یﺎ اﺑﻦ ﺁدم، ﻟﻮ ﺑﻠﻐﺖ ذﻧﻮﺑﻚ ﻋﻨﺎن‬ ‫اﻟﺴﻤﺎء، ﺛﻢ اﺳﺘﻐﻔﺮﺗﻨﻲ ﻏﻔﺮت ﻟﻚ، یﺎ اﺑﻦ ﺁدم، إﻧﻚ ﻟﻮ أﺗﻴﺘﻨﻲ ﺑﻘﺮاب اﻷرض ﺥﻄﺎیﺎ ﺛﻢ ﻟﻘﻴﺘﻨﻲ‬ .‫ﻻ ﺗﺸﺮك ﺑﻲ ﺷﻴﺌﺎ ﻷﺗﻴﺘﻚ

ﺑﻘﺮاﺑﻬﺎ ﻣﻐﻔﺮة (( رواﻩ اﻟﺘﺮﻣﺬي وﻗﺎل: ﺡﺪیﺚ ﺡﺴﻦ ﺻﺤﻴﺢ

Daripada Anas r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Allah Ta'ala berfirman: Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau, andainya engkau datang mengadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang menghadapKu tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan untukmu keampunan sepenuh isi bumi.

Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata ia adalah hadis hasan sahih.


untuk pengajaran hadis ringkas..


Pengajaran hadis

(1) Hadis ini menjelaskan betapa besar dan luasnya Rahmat dan belas kesian Allah SWT yang tidak terbatas bagaikan lautan tidak berpantai.

(2) Allah berjanji akan mengampunkan segala dosa hamba-hambaNya yang berdosa walau berapa banyak dosa tersebut dengan syarat mereka berdoa, minta ampun dan mengharapkan keampunanNya dan dengan syarat dia mati dalam lman, tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu.

(3) Syirik adalah dosa besar paling dahsyat yang tidak akan diampunkan oleh Allah SWT walaupun semasa di dunia dia seorang yang baik, beramal soleh dan melakukan banyak kebajikan. Amal soleh tidak memberi apa-apa erti apabila dihimpunkan berserta syirik. Sebaliknya, orang-orang yang melakukan dosa yang bertimbun banyaknya, dia masih mempunyai harapan untuk mendapat kurnia dan pengampunan Allah SWT, Tuhan yang Maha Pengampun dengan sebab kelebihan imannya.

(4) Hadis ini tidak bertujuan menggalakkan orang-orang mukmin melakukan dosa, sebaliknya ia hanya menunjukkan peri betapa besar dan luasnya rahmat dan keampunan Allah SWT.

ya, insyaAllah, sebagai peringatan untuk saya, dan bersama. semoga kita sentiasa memohon ampun dan taubat daripada Allah, mudah2kan kita dikurniakan syurga kelak.
insyaAllah.

sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~
p/s- meski tgh dekat nak exam. :)

Monday, January 5, 2009

exam~

salam alaik.

Ujian





insyaAllah
tidak semua ini melainkan ujian daripada Allah.

"sesungguhnya bersama kesulitan, ada kemudahan"
al-insyirah, ayat 6


(no full entry)

sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~

Thursday, January 1, 2009

tahun baru~

salam alaik.

Buku baru



dan beberapa hari lepas,
kita telah menyambut tahun baru hijrah
dan akan tiba, tahun baru masihi menyapa.

dan soalan2 klise tahun baru ni,

"apa azam tahun ni"

bila tahun baru saja, azam baru mesti ada. tapi, rasa2 azam tahun lepas dah tercapai ke belum?

kata orang, bila tahun baru ni; kita tutup buku lama, dan buka buku baru.
kita tinggalkan tabiat buruk yang lama, dan berhijrah menjadi lebih baik.

dan bila tahun baru ni, itulah;
harapnya kita dapat menjadi lebih baek, lebih elok dan lebih bagus.
elok, mantap dan molek dalam semua bidang.

tak kira akidahnya, ibadahnya, akhlaknya, sosialnya, akademiknya.
dan selalu buat muhasabah diri.
kita as human, memang sentiasa buat silap,
cuma yang membezakan antara seseorang itu bijak atau tidak, sama ada dia belajar daripada kesilapan dan tidak mengulanginya lagi, or buat tidak tahu, dan terus menerus melakukan kesilapan yang sama.

tahun baru ini, menjanjikan banyak benda, dan perkara. dan banyak pula agenda. tidak kisah dalam apa2 bidang. sama ada untuk pembaikan diri, tarbiah dan dakwah. sama ada kita mahu terlibat atau tgk saja.

tahun baru, fajar tahun baru; moga terbitnya dengan harapan dan semangat yang baru.
menyinarkan jiwa2 yang dingin dan menhangatkan hati.

moga hari2 dalam tahun baru ini, lebih indah.

sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~
p/s-ya, post yang sama daripada blog rumah saya.

Wednesday, December 31, 2008

terima kasih~

salam alaik.

Thanks



dalam ruang singkat ini, saya ingin mengucapkan banyak2 terima kasih untuk semua yang telah memberi pertolongan secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan blog kecil saya ini.untuk mereka yang bersusah payah memberi tunjuk ajar dan nasihat, ingatkan dan panduan. terima kasih sangat. terima kasih untuk ihkwah dan ikhwat yang sudi menghulurkan salam ukhwah, dan tak lupa pada sahabat lama, rakan2 dan kawan yang lain.

dan juga, ingin memohon maaf, andai terdapat sebarang salah dan silap sepanjang saya menulis selama hampir 6 bulan ini. saya akui, ada kala itu saya terpaksa mengeraskan kata sbb kadang2 terasa muak dengan apa yang berlaku di sekeliling. dan ada kala, terpaksa memahat kata2 yang pahit sebb siulan2 kata tidak tembus dek telinga.
dan maaf seandainya tidak dapat saya menjengah ke blog rakan2 dalam rantaian ukhwah selalu. selepas menjadi student medic ini, ruang lingkup masa yang ada itu agak terhad ( atau ini sekadar alasan???). insyaAllah, saya ada singgah dalam berkala. insyaAllah

Tiada Entri



dan insyaAllah, antara 1 januari 2009 sehingga 22 januari 2009 kemungkinan yang sangat besar disebabkan focus 150% untuk final exam rcsi yang akan start pada 12 jan. dah terlalu sakan sangat berjalan, so, da sampai masa untuk sakan sangat study. :)
dan kawan2 tolong doa2kan saya.

(no full entry)

sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~

hari terakhir 2008~

salam alaik.

Setahun



ya, dan hari ini, sudah tiba penghujung 2008.
cepat sangat masa berlalu. sangat. sangat.
dan bila hujung tahun ini,
saya menjengah ke 31 Disember 2007.
time tu, apa yang saya kata untuk tahun 2008 yang akan datang adalah

"tahun ini adalah tahun penentuan"

ya, as sekarang saya on 31 disember 2008,
memang, tahun ini banyak menentukan.

dan tahun 2008 ini, antara tahun2 yang agak bermakna;
berbeza benar dengan 2004. :)

banyak perkara yang menjadi asas, ke mana dan apa saya selepas ini,
di tentukan pada tahun ini, terutama saya sambung belajar medicine di Ireland or Rusia.
alhamdulillah, dalam detik2 terakhir; Allah telah menunjukkan jalan ini kepada saya, dan now here i'm; di bumi dublin.

dan anehnya, tidak saya merasa sangat asing dengan bumi ini. :)

dan banyak lagi perkara yang sendiri saya tidak dapat ungkapkan.
ada yang sangat bersifat peribadi.
ada soal yang sangat jauh.
ada tentang2 yang dekat.
ada kisah yang tidak sempurna.
dan ada kebenaran yang timbul, satu demi satu.

dan ada juga, beban2 yang terangkat.
alhamdulillah.

dan daripada sini, konklusinya;
2008 adalah hadiah untuk saya. dan saya sangat bersyukur.
tahun yang paling bermakna sepanjang hidup ini, selain 2004,
dan insyaAllah, adalah tahun yang akan menjadikan tahun2 akan datang lebih indah dan bermakna.
insyaAllah.

itu saja kisah saya.
2008. terima kasih Allah. alhamdulillah.
semua ini terlalu indah.


sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~
p/s- ya, sampai jumpa nanti; moga ketemu. :)

Search

  • Snap Shots

    Get Free Shots from Snap.com