Thursday, May 14, 2009

sampai sini dulu, lagi~

Salam alaik.

Exam


Saya pun insyaAllah, bakal menjengah dan menyapa peperiksaan hujung semester 2 sebagai pelajar pra-perubatan di royal college of surgeons; dan sedang bertungkus, lumus menyiap, dan menyediakan diri tatkala menghitung hari yang tinggal untuk tanggal 25 Mei.

Sungguh, ujian ini adalah ujian; tetapi terasa ringan berbanding semester pertama, dan terasa lapang, meski waktu tak sesenggang. Bertambah2 jua bahan yang hendak diulang-ulang kajian itu berganda banyak; tetapi masih terasa luang. alhamdulillah.


Ireland


Dan bumi Ireland ini, memang; benar. Tidak akan sia-sia atas semua Allah aturkan;
atas tiap perkara peristiwa sehari-hari, akan tiap insan yang ditemukan dan dikenali; atas tiap konflik dan tekanan, atas setiap yang ceria dan derita;
tidak akan pernah sia-sia andai kita bersedia, dengan hati yang terbuka untuk menerima; memahami dan mengerti. untuk sejenak, termenung dan merenung; untuk berfikir dan menafsir.

InsyaAllah, hujung semester ini, saya memegang amanah baru; insyaAllah akan dikenali dengan, dalam satu wadah yang baru; juga sebgai insan yang lebih menngerti tujuan kembara diri; mengerti penyaksian hak ilahi.Sebagai perkongsian, amanah sebagai Ketua Keluarga (presiden) of IMAM Ireland Sc itu adalah satu amanah, tanggungjawab yang sangat, sangat, sangat berat; juga tatkala memikul agenda dakwah sehari-hari, dalam seadanya diri terkadang haus dengan tarbiah.

Jalan-jalan yang akan datang, insyaAllah; adalah mendoakan saya, lebih baik daripada semalam.

Sungguh, saya gembira dan bersyukur untuk adik-adik ALM 8 PMC-Ireland yang bakal mewarnai tanah ini dalam bulan september nanti; mendoakan juga mereka terus tabah berjuang tatkala meniti jalan-jalan yang sangat dekat pada saya dahulu. Semoga berjaya untuk A-level ya!

Sampai sini dulu

Alhamdulillah, sudah hampir satu tahun blog ini bersama;
dan terungkap denganya bermacam cerita.


akan masa-masa yang berlalu,
terkadang terasa sebentar,
ada yang sempat saya kongsi,
ada pula yang saya simpan erat.

dan kali ini, insyaAllah;
blog ini sampai sini dahulu.

insyaAllah,
setelah hampir satu tahun di bumi Ireland ini;
dan segala apa yang saya dapat tatkala meniti hari-hari,
adalah asas baru untuk saya menulis,
maka insyaAllah, penghujung blog ini bukan penamat,
tetapi satu permulaan yang baru.

InsyaAllah, saya bercadang untuk membeli hosting
dan memulakan langkah baru, dengan fikrah yang lebih jitu;
matlamat yang lebih jelas,
untuk berkongsi dengan lebih matang dan berfikir lebih panjang.

InsyaAllah, saya merancang sepanjang summer nanti akan saya gunakan sebaiknya
untuk menyediakan satu wadah baru untuk dunia.

Seungkap syukur, bila dengan segala cerita;
bila sebentar kita renungkan, tenungkan;
adalah satu-satu kelas dan hikmah yang menyediakan kita untuk satu takah lagi dalam hidup.

InsyaAllah, nantikan wadah baru saya; dijangka akan beroperasi tatkala semester baru nanti. Kali itu, insyaAllah, moga fikrah, matlamat dan tujuan saya lebih jelas, dan lebih jitu dan mantap. Sekarang, kita semua ada satu misi besar bukan? dan insyaAllah, itu adalah salah satu jalan saya.

Seungkap terima kasih atas semua yang masih sudi singgah, menjengah sebentar dalam masa dan luang yang ada; maaf juga atas kekosongan entry sejak daripada bulan April;
sungguh, banyak yang ingin terkisah, mungkin lelah hidup adakala menjadikan semua itu terus, lolos berlalu; hilang terkontang ditelan masa dan tika.

Sampai sini dahulu, semua kisah dan cerita;
insyaAllah; ini bukan penamat, tapi permulaan untuk satu yang lebih baik.



sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~
p/s:-masih, tetap, dan insyaAllah terus mendoakan cik(bekas)presiden untuk lebih kuat, tabah dan matang!

5 comments:

As said...

all the best

Hapi said...

hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

tagskie said...

hi.. just dropping by here... have a nice day! http://kantahanan.blogspot.com/

JanuskieZ said...

Hi... Looking ways to market your blog? try this: http://bit.ly/instantvisitors

fitrina said...

salam bro Iqbal,

lama tak menjengah ke ruang ini. baru tau anda nak guna hosting lain. sudah berhasilkah rancangan itu? above all hoping you're doing great. kongsi2lah web baru tu nnt ye :)

p/s: sy pn dh di ruangan baru fitrinakamaruddin.wordpress.com

Search

  • Snap Shots

    Get Free Shots from Snap.com