Wednesday, January 21, 2009

of a smile~

salam alaik.

Senyum2 selalu




yet, this exams week quite stressful.
saje selak2 'the last memory'.

simple sharing of the old days entry.

senyuman itu percuma;tetapi amat berharga,
sekejap cuma; di ingatan sepanjang masa.

senyuman itu tak boleh dibeli,dipinta,dipinjam meskipun dicuri kerna hanya berharga tatkala diberi sebagai hadiah.

Senyuman membahagiakan sebuah rumahtangga, memesrakan persahabatan; memberi kekuatan, memulihkan semngat, mengembirakan dan ubat yang mujarab kepada yang letih,kecewa,sedih dan rungsing.

Senyumlah selalu; senyuman mengayakan si penerima tanpa memiskinkan si pemberi. Tiada siapa yang terlalu kaya hingga tidak memerlukan senyuman; tiada pula yang terlalu miskin untuk memilikinya; dan tiada siapa yang yang amat2 memerlukannya lebih daripada seseorang yang tidaklagi memilikinya untuk diberikan kepada dirinya sendiri dan orang lain.

-untuk yg memahami-

the last memory: 12 June 2006 by silent_1412


:)
moga senyuman ini, terus kekal.
(no full entry)
sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~
p/s:- jiwa, kamu kena tenang; kuat selalu.

Tuesday, January 20, 2009

exam(ii)~

salam alaik.

Ujian



alhamdulillah, exam sudah hampir tamat.
tapi, exam kali ini;
bukan sekadar exam biasa2.

ya Allah, lapangkan dadaku.
mudahkan bagiku, urusanku.
lepaskan kekeluan dari lidahku;
agar mereka mengerti bicaraku.


2 paper lagi tinggal,
dan yang terakhir paling berat (psychologycally).

yet, when its over,
it is not an end;
its the beginning.

ya Allah,
ringankan bagiku, langkahku.
angkatkan beban-beban dibahuku.


(no full entry)


sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~

Sunday, January 11, 2009

mimpi~

salam alaik.

Doa



ya, aneh.
tapi, ini (gambar itu) adalah salah satu mimpi saya, impi(an) saya, dan doa saya.

dan seperti kata Nadim, "untuk yg memahami".

(no full entry)
sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~
p/s-ya, moga sampai.

keampunan~

salam alaik.

taubat



dalam detik2 akhir nak dekat exam ni, teringat saya akan satu hadis daripada hadis 40 susunan imam nawawi; which the hadis ke 42 (the last in the book), tell about the forgiveness from Allah. Maha Suci Allah, yang Maha Pengampun lagi Penyayang, dan penerima taubat hamba2-Nya.

as, the hadith:-



‫ﻋﻦ أﻧﺲ‬t ‫یﻘﻮل: )) ﻗﺎل اﷲ ﺗﻌﺎﻟﻰ: یﺎ اﺑﻦ ﺁدم، إﻧﻚ ﻣﺎ دﻋﻮﺗﻨﻲ ﻗﺎل: ﺳﻤﻌﺖ رﺳﻮل اﷲ‬ ‫ورﺟﻮﺗﻨﻲ ﻏﻔﺮت ﻟﻚ، ﻋﻠﻰ ﻣﺎ آﺎن ﻣﻨﻚ، وﻻ أﺑﺎﻟﻲ. یﺎ اﺑﻦ ﺁدم، ﻟﻮ ﺑﻠﻐﺖ ذﻧﻮﺑﻚ ﻋﻨﺎن‬ ‫اﻟﺴﻤﺎء، ﺛﻢ اﺳﺘﻐﻔﺮﺗﻨﻲ ﻏﻔﺮت ﻟﻚ، یﺎ اﺑﻦ ﺁدم، إﻧﻚ ﻟﻮ أﺗﻴﺘﻨﻲ ﺑﻘﺮاب اﻷرض ﺥﻄﺎیﺎ ﺛﻢ ﻟﻘﻴﺘﻨﻲ‬ .‫ﻻ ﺗﺸﺮك ﺑﻲ ﺷﻴﺌﺎ ﻷﺗﻴﺘﻚ

ﺑﻘﺮاﺑﻬﺎ ﻣﻐﻔﺮة (( رواﻩ اﻟﺘﺮﻣﺬي وﻗﺎل: ﺡﺪیﺚ ﺡﺴﻦ ﺻﺤﻴﺢ

Daripada Anas r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Allah Ta'ala berfirman: Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau, andainya engkau datang mengadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang menghadapKu tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan untukmu keampunan sepenuh isi bumi.

Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata ia adalah hadis hasan sahih.


untuk pengajaran hadis ringkas..


Pengajaran hadis

(1) Hadis ini menjelaskan betapa besar dan luasnya Rahmat dan belas kesian Allah SWT yang tidak terbatas bagaikan lautan tidak berpantai.

(2) Allah berjanji akan mengampunkan segala dosa hamba-hambaNya yang berdosa walau berapa banyak dosa tersebut dengan syarat mereka berdoa, minta ampun dan mengharapkan keampunanNya dan dengan syarat dia mati dalam lman, tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu.

(3) Syirik adalah dosa besar paling dahsyat yang tidak akan diampunkan oleh Allah SWT walaupun semasa di dunia dia seorang yang baik, beramal soleh dan melakukan banyak kebajikan. Amal soleh tidak memberi apa-apa erti apabila dihimpunkan berserta syirik. Sebaliknya, orang-orang yang melakukan dosa yang bertimbun banyaknya, dia masih mempunyai harapan untuk mendapat kurnia dan pengampunan Allah SWT, Tuhan yang Maha Pengampun dengan sebab kelebihan imannya.

(4) Hadis ini tidak bertujuan menggalakkan orang-orang mukmin melakukan dosa, sebaliknya ia hanya menunjukkan peri betapa besar dan luasnya rahmat dan keampunan Allah SWT.

ya, insyaAllah, sebagai peringatan untuk saya, dan bersama. semoga kita sentiasa memohon ampun dan taubat daripada Allah, mudah2kan kita dikurniakan syurga kelak.
insyaAllah.

sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~
p/s- meski tgh dekat nak exam. :)

Monday, January 5, 2009

exam~

salam alaik.

Ujian





insyaAllah
tidak semua ini melainkan ujian daripada Allah.

"sesungguhnya bersama kesulitan, ada kemudahan"
al-insyirah, ayat 6


(no full entry)

sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~

Thursday, January 1, 2009

tahun baru~

salam alaik.

Buku baru



dan beberapa hari lepas,
kita telah menyambut tahun baru hijrah
dan akan tiba, tahun baru masihi menyapa.

dan soalan2 klise tahun baru ni,

"apa azam tahun ni"

bila tahun baru saja, azam baru mesti ada. tapi, rasa2 azam tahun lepas dah tercapai ke belum?

kata orang, bila tahun baru ni; kita tutup buku lama, dan buka buku baru.
kita tinggalkan tabiat buruk yang lama, dan berhijrah menjadi lebih baik.

dan bila tahun baru ni, itulah;
harapnya kita dapat menjadi lebih baek, lebih elok dan lebih bagus.
elok, mantap dan molek dalam semua bidang.

tak kira akidahnya, ibadahnya, akhlaknya, sosialnya, akademiknya.
dan selalu buat muhasabah diri.
kita as human, memang sentiasa buat silap,
cuma yang membezakan antara seseorang itu bijak atau tidak, sama ada dia belajar daripada kesilapan dan tidak mengulanginya lagi, or buat tidak tahu, dan terus menerus melakukan kesilapan yang sama.

tahun baru ini, menjanjikan banyak benda, dan perkara. dan banyak pula agenda. tidak kisah dalam apa2 bidang. sama ada untuk pembaikan diri, tarbiah dan dakwah. sama ada kita mahu terlibat atau tgk saja.

tahun baru, fajar tahun baru; moga terbitnya dengan harapan dan semangat yang baru.
menyinarkan jiwa2 yang dingin dan menhangatkan hati.

moga hari2 dalam tahun baru ini, lebih indah.

sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~
p/s-ya, post yang sama daripada blog rumah saya.

Search

  • Snap Shots

    Get Free Shots from Snap.com