Wednesday, December 31, 2008

terima kasih~

salam alaik.

Thanks



dalam ruang singkat ini, saya ingin mengucapkan banyak2 terima kasih untuk semua yang telah memberi pertolongan secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan blog kecil saya ini.untuk mereka yang bersusah payah memberi tunjuk ajar dan nasihat, ingatkan dan panduan. terima kasih sangat. terima kasih untuk ihkwah dan ikhwat yang sudi menghulurkan salam ukhwah, dan tak lupa pada sahabat lama, rakan2 dan kawan yang lain.

dan juga, ingin memohon maaf, andai terdapat sebarang salah dan silap sepanjang saya menulis selama hampir 6 bulan ini. saya akui, ada kala itu saya terpaksa mengeraskan kata sbb kadang2 terasa muak dengan apa yang berlaku di sekeliling. dan ada kala, terpaksa memahat kata2 yang pahit sebb siulan2 kata tidak tembus dek telinga.
dan maaf seandainya tidak dapat saya menjengah ke blog rakan2 dalam rantaian ukhwah selalu. selepas menjadi student medic ini, ruang lingkup masa yang ada itu agak terhad ( atau ini sekadar alasan???). insyaAllah, saya ada singgah dalam berkala. insyaAllah

Tiada Entri



dan insyaAllah, antara 1 januari 2009 sehingga 22 januari 2009 kemungkinan yang sangat besar disebabkan focus 150% untuk final exam rcsi yang akan start pada 12 jan. dah terlalu sakan sangat berjalan, so, da sampai masa untuk sakan sangat study. :)
dan kawan2 tolong doa2kan saya.

(no full entry)

sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~

hari terakhir 2008~

salam alaik.

Setahun



ya, dan hari ini, sudah tiba penghujung 2008.
cepat sangat masa berlalu. sangat. sangat.
dan bila hujung tahun ini,
saya menjengah ke 31 Disember 2007.
time tu, apa yang saya kata untuk tahun 2008 yang akan datang adalah

"tahun ini adalah tahun penentuan"

ya, as sekarang saya on 31 disember 2008,
memang, tahun ini banyak menentukan.

dan tahun 2008 ini, antara tahun2 yang agak bermakna;
berbeza benar dengan 2004. :)

banyak perkara yang menjadi asas, ke mana dan apa saya selepas ini,
di tentukan pada tahun ini, terutama saya sambung belajar medicine di Ireland or Rusia.
alhamdulillah, dalam detik2 terakhir; Allah telah menunjukkan jalan ini kepada saya, dan now here i'm; di bumi dublin.

dan anehnya, tidak saya merasa sangat asing dengan bumi ini. :)

dan banyak lagi perkara yang sendiri saya tidak dapat ungkapkan.
ada yang sangat bersifat peribadi.
ada soal yang sangat jauh.
ada tentang2 yang dekat.
ada kisah yang tidak sempurna.
dan ada kebenaran yang timbul, satu demi satu.

dan ada juga, beban2 yang terangkat.
alhamdulillah.

dan daripada sini, konklusinya;
2008 adalah hadiah untuk saya. dan saya sangat bersyukur.
tahun yang paling bermakna sepanjang hidup ini, selain 2004,
dan insyaAllah, adalah tahun yang akan menjadikan tahun2 akan datang lebih indah dan bermakna.
insyaAllah.

itu saja kisah saya.
2008. terima kasih Allah. alhamdulillah.
semua ini terlalu indah.


sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~
p/s- ya, sampai jumpa nanti; moga ketemu. :)

sepi~

salam alaik.

Perjalanan



dah, lama benar ya saya tidak mencoretkan apa2 disini.
seadanya, dalam bulan ini, saya sendiri lebih banyak diam.
dan dalam bulan ini, cuti winter sudah bermula pada 19 disember yang lalu;
dan pada awal pagi 20 disember, terus saya dan housemate berangkat ke Scotland untuk winter gathering.
kemudiannye ke Manchester, menziarahi rakan2 dan mengeratkan ukhwah; serta menghabiskan boxing day di sana.

dalam bulan ini, banyak saja berjalan; dan sepanjang perjalanan itu, lebih buat saya merenung jauh.

alhamdulillah.
hidup ini penuh pengajaran, sama ada kita mahu sejenak berhenti untuk belajar, atau membiarkannya berlalu.

sekarang ini, saya akan lebih banyak diam sebab exam final rcsi akan menyapa tidak lama lagi, 12 januari 2009. doa2kan saya ya.

terima kasih untuk semua.

dan kisah2 yang tidak dapat dan sempat saya kongsi kan lagi; insyaAllah akan menyusul selepas exam saya tamat. moga di beri kesempatan.
(no full entry)
sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~

Friday, December 19, 2008

hari yang cerah~

salam alaik

Terus Melangkah



Pagi biar kusendiri
Jangan kau mendekat
Wahai matahari
Dingin hati yang bersedih
Tak begitu tenang
Mulai terabaikan

Hari yang cerah untuk jiwa yang sepi
Begitu terang untuk cinta yang mati
Ah... ku coba bertahan dan tak bisa

Kubu langit kelabuku
Tak begitu luas
Seperti memudar
Kini tak terulang lagi
Di hari yang cerah
Dia telah pergi

Hari yang cerah untuk jiwa yang sepi
Ahh.... ku coba bertahan dan tak bisa
Ahh.... mencoba melawan ku lepas
Hari yang cerah untuk jiwa yang sepi...
Begitu terang untuk cinta yang mati

Ahh... kucoba bertahan dah tak bisa
Ahh... mencoba melawan ku lepas
Semua telah hilang ....
Semua telah ....

Hari yang cerah- Peterpan




oh, ceritanya bukan seperti di dalam lirik ini,
yet, the theme of 'hari yang cerah'.

kita tinggalkan semalam.
dan hari yang cerah,
mari terus melangkah.

mulakan hidup dengan kisah yang baru,
dengan buku baru.

moga lebih baik.
dan esok, lebih cerah. :)

dan langkah pertama,
dari jiwa yang tenang;
lapang selepas ribut.

Kembara(iv)-Nadim Muhammad



(no full entry)

sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~
p/s-Nadim mode....

jawapan~

salam alaik.

Masa Berlalu



dan lama juga tidak mencoret, dan bulan ni, rasanya kurang produktif menulis kat sini.
apa khabar semua? moga sehat2 selalu.
dan saye, ada selsema2 sedikit, insyaAllah, tak lama lagi eloklah itu.

lately, saya lebih suka being alone, suka merenung dan menilai diri.
mengenang semalam untuk esok yang lebih cerah, mengutip hikmah2 hidup sepanjang perjalanan.

adapun, dalam sendiri, saya merenung dan menilai, menetapkan matlamat dan destinasi.
cepat benar masa berlalu, lectures of rcsi pun da habis, sekrang tinggal kalut2 nak exam.

cepat2 sangat masa berlalu.
dan bila tadi saya melangkah untuk masuk ke bangunan rcsi for today lectures,
it seems;
'eh, da nak habis dah?'



terasa semalam je baru 1st time jejak bumi ireland ni, dan 1st time ditourkan rcsi itu on 2nd day kami tiba kat sini.

sangat cepat ya.
dan dalam tempoh sepanjang itu, apa yang saya dapat ya? merenung dan merenung

yet, each day, bila saya di royal college itu, betul buat saya bersyukur.
semua ini, dengan kuasa dan izin Allah dapat saya berdiri di sini.
which, it seems dulu just something yg saye boleh mimpi after 'difailed'kan interview.

seolah2 hari saya adalah mimpi, adalah satu jalinan takdir yang cantik scriptnya.
being a part of rcsi, kadang2 tu terasa bertuah bila dapat belajar dengan great surgeons of the time e.g Mr Harold Browne, n others.

terasa being a part of the great history, alhamdulillah.

dan Allah memberikan saya satu peluang yang sngat berharga, alhamdulillah; moga saya dapat gunakan sebaiknya sementara masa itu ada.

hidup ini penuh cerita.
sama ada kita mahu ambik iktibar dan belajar, ataupun membiarkan cerita itu berulang dan terus berulang.
sama ada kita berani mengupas kebenaran untuk mengambil pengajaran, ataupun mengabaikannya dan lantas hidup dalam ilusi.

cepatnye masa berlalu, dan benarlah janji Allah.

Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
(Al-Asr: 1-3)





Tekad dan Jawapan



dua hari lepas, tatkala saya merenung2 ini,
lantas timbul satu persoalan,

kenapakah tekad ini?


ya, dan ada yg bertanya, apakah tekad itu.
bagaimana saya hendak terangkan, susah nak cakap.

kerna, tekad itu adalah satu persoalan yang mencabangkan persoalan2 yang lain, yang akan menumbuhkan persoalan2 yang lain.

ataupun, baik dapat saya simpulkan,

pembinaan individu muslim yang menjadi batu asas untuk sebuah baitul muslim. yang mana menjadi unit untuk satu masyarakat muslim, lantas hujung nanti, mengangkat islam sebagai ustaziyatul alam


semua mengerti? :) ini adalah agak panjang. yet sebenarnye sangat simple. supposely satu ayat je. tapi itu lebih kontroversi mungkin, maka lebih baik begini.

dan bukan sekadar itu,

juga mencari dan menetapkan semula matlamat, arah tuju dan destinasi saya. dan bagaimana untuk saya mencapainye.

lalu dalam malam selasa itu, saya berbungkus2 dan bergerak ke rumah rumate intec saya dulu, di university college dublin (ucd). asalnya untuk ziarah, yet tak sangka, sepanjang perjalanan itu, saya mencari jawapan untuk persoalan itu.

ya, benar; bagi saya,bumi dublin menyediakan satu landskap yang elok untuk saya mengenali islam, memahaminya lebih dalam, dan menjadi orang yang membawanya.
seeloknya, Allah telah menemukan saya dengan orang-orang yang seharusnya dan menyediakan satu environment yang sangat kondusif untuk itu, just tinggal sama ada untuk kita mahu terlibat sama, atau tengok saja.

ya, honestly saya faham itu. saya faham peranan saya. sudah tentu, alhamdulillah; selepas 4 kali sesi 'ini sejarah kita'; tak mungkin buta lagi mata saya, tertutup lagi hati saya; yet, sorry utk haidir hari tu, i'm missing for the session, as i need more time to be alone.

time to be alone. ya, itu mungkin salah satu lagi sebb ziarah saya ke belfield, ucd. untuk sejenak lari dari world (sebahagian) budak2 rcsi yang dari celik mata sampai pejam balik. ada yang berjaga tu, kalo boleh 24 jam. gila apa, 'takde life ke?' bak kata ustaz hasrizal dalam satu ceramah die dulu.
kawan2 kad ucd itu, mereka sudah hampir habis exam final sem mereka yet rcsi 12 januari nanti.

so, just being in the suasana yg tenang, enjoy, dan mereka asyik tgk movie, cerita (sbb exam paper besar da habis), ada yg asyik berkaraoke. :) . buat saya agak relaks sebentar daripada tegang life as rcsi student. terasa bezanye bbdak ucd n rcsi, yet kami akan sesama balik pmc nnti.
dan kebetulan ada sambutan birthday one of our classmate, :)

alhamdulillah, sepanjang 2 hari yang agak tenang di sana, saye realize that,
the answer yang saya cari, adalah satu yang saya sendiri temukan lebih awal.

aneh, menemukan jawapan lebih awal daripada persoalannya.

kerna leka khayalan,
tidak pernah menjanjikan.

kerna asyik angan,
tak akan menentukan.

tiap lafaz adalah janji,
dipegang teguh meniti hari.

tiap kata mengikat diri,
mengiring tika menggapai mimpi.


dan ini, adalah petikan sajak Nadim Muhammad, entitiled Sepi(ii)-Impi; yang tercoret semasa program ISK ke-4, meski time tu saya demam.

ya, jawapannya,

kerna khalayan tak menjanjikan, angan tak menentukan


untuk mencapai tekad, menggapai matlamat; tidak saya boleh duduk diam dan berangan indah, dan bermimpi panjang.

saya perlu bangun, bangkit dan berlari.
untuk tiba ke destinasi, saya perlu bergerak, saya mesti berusaha.
bukan bermaksud saya duduk saya sekarang, yet adalah satu yang lebih diperlukan.

tambah2 untuk short term, insyaAllah, saya perlu bangkit untuk exam yang akan datang. (rcsi-satu minggu penuh dengan paper; ucd-seminggu 2 -3 paper) .
dan bukan sekadar itu, dan bukan cukup itu.
untuk long termnya, saya perlu lagi berusaha memperbaik diri, menjadi seorang insan yang lebih baik.
seorang muslim yang faham dan mengerti, tugas dan tanggungjawabnya.
dan tugas ini bukan mudah, dan bukan senang.

jalan2nya, sudah tentu berliku dan payah. yet insyaAllah, disebalik payahnye saya yakin bukan kosong dan sia-sia.
kadang, pahit hidup ini adalah rencah yang menwarnakannya, dan menjadikan kenangan itu lebih manis dikenang.

dan semua ini adalah janji.
sampai jumpa nanti, adalah janji.
insyaAllah, bila sampai masa-masanya,
the life will unfold, and the hidden will emerged. :)

insyaAllah. :)


sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~
p/s-benar Nadim, Kaito lebih mengerti, mendalami. :)

Sunday, December 14, 2008

coret-coret(xiv)~

salam alaik.

ini adalah post yang sama dengan post blog rumah saya.
sengaja diletakkan lagi di sini. :)

Judging



sudah jadi kebiasaan manusia, untuk judge orang;
sbb tu orang kata, 1st impression itu penting, and there is no 2nd chance.

tapi, kkdang apa yng kita expect to be, tak semestinya begitu.

atau, jika seseorang yang dilihat aneh dan pelik,
atau tidak mengikuti kebiasaan,
atau yang cuba menjalani hidup dengan langkah yang lain,
selalu dipandang serong.

itu satu cerita.

dan pula, ada manusia2 yang sewenang2nya melabel- melabel
orang dengan itu ini, dan mengaitkan dengan sterotaip yang kita terbiasa.

mereka itu mungkin tidak pernah meluangkan masa sebentar untuk mengambil tahu kenapa dan mengapa, dan terus menerus menjatuhkan hukum; dan dengan merasakan diri mereka lebih baik.

tapi mereka tidak mengetahui.


mcam2-macam bukan?
dan semua ini adalah satu yang dapat kita renungkan bersama
itu adalah hikmah, sama ada untuk ambil pengajaran, atau bersama-sama mereka.


dan memetik surah an-nur,ayat 15, yg terdpat komen panas yang telah dideletekan.


..dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.


ayat ini betul2 menarik minat saya.
lebih baik diam kalau tak tahu.


of the truth





brapa ramai antara kita yg dapat bersedia menerima kebenaran tentang diri seadanya?

tak pun ada yg sekadar berkata2 hebat, tapi menunduk bila kebenaran diperlihatkan.
langsung tidak berani menerima, lantas menafikan.
bahkan medabik dada, dengan terlalu bangga; mengatakan dia paling benar dan betul, sampai menyusahkan orang lain?

fikir2 dan renung2.
the truth is cruel, but fair.

ingatan utk saya dahulu.




sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~
p/s-dib, ak pinjam gambar ya.

Friday, December 12, 2008

coret-coret(xiii)~

salam alaik.

Diam



apa khabar semua? moga sehat hendaknya.
sunyi ya seminggu.

itu gara2 saya tidak beberapa sihat sepanjang minggu.
demam daripada sabtu lepas, tatkala meng'ini sejarah kita' di tallagt moqsue.
tambah2 pula selsema, dan batuk2 yang diterukkan dengan iklim sejuk semasa di dublin.
memang seksa. tapi alhamdulillah, as for now, dah nak hampir2 sembuh.

yet, sepanjang seminggu; benar macam2 berlaku.
yang betul2 buat saya sejenak diam, dan terus diam.
dan menikmati satu pelajaran hidup yang bermakna.
bahawa kita hidup, juga bersama orang lain, dan kita perlu hormati seadanya.
juga tidak lupa, kita kena jaga tiap tingkah perbuatan, jaga bicara juga.
dan kkdang, memang diam itu baik daripada berkata2 kosong.


dan saya memetik ayat al-quran, surah an-nur, ayat 15:

..dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.


ya, lebih baik diam daripada berkata2 kosong; mengomong besar, tapi tiada apa2.
atau pun untuk sumthing perkara kecil, di heboh2kan dan di besar2kan, diceritakan dengan megah dan berulang-ulang kali.
lebih baik diam.

saya memerhatikan sekeliling, orang yang dekat dengan saya.
mmg, ada antaranya boleh menjadi contoh; dan ada yang boleh diambil contoh.
ada orang yang sudi belajar bila buat silap, dan ada orang yang asyik ulang, ulang, ulang sampai orang pun sudah menyampah.

Tangan Yang DiHulur



dan tolong menolong, kata orang, jgn berkira sangat.
ya, jgn berkira, dapat pahala kalau tolong orang. :)
benar, tapi bila memohon pertolongan orang lain,
respect2 sama orang itu ye.
ingat2 diri sama. :)

sbb kkdang tu, ada saja sampai dah naik pijak2 kepala,
dengan sesuka hatinye menyalahgunakan perkataan 'tolong' untuk mintak orang buat itu ini selalu. padahal, bukan tak boleh buat sendiri, dan bukan tak mampu; even something yang jadi amanah or tugas sendiri pun, still nak minta 'tolong' orang.
suka suki memperhamba orang. so agak2 la sendiri rasanya.
kalau org yg diminta tlong diperlakukan macam office boy, orang pun fed up.
so, agak2 kalo nak mintak tolong.
insyaAllah, kalao boleh buat sesuatu sendiri, usahakan dahulu. :)

dan kita bila tolong orang tu,
janganlah mengungkit2.
cukuplah Allah yang membalas.

moga menjadi peringatan untuk saya, dan semua untuk menjadi lebih baik.

dan ingin saya memetik satu hadith

From The Book of Belief (Faith), Sahih Al-Bukhari, Chap. 5,
Narrated by Abu Musa r.a: some people asked Allah’s Messenger s.a.w, “Whose Islam is the best(ie. who is a very good Muslim)?” He replied, “One who avoids harming the Muslims with his tongue and hands.”


ya, renung2kan dan untuk peringatan kita bersama. :)
sampai sini saja dahulu, insyaAllah dalam masa terluang nanti( ada ke?)
saya kongsikan lagi.
hidup kita memang bermakna, sama ada kita mahu mengambil iktibar, atau biarkan semua hikmah itu berlalu.

pilihan di tangan kita. :)


sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~
p/s-masa tidur telah berlalu. cukup semua leka.

Thursday, December 4, 2008

winter~

salam alaik.

sejuk dan ingatan



sekarang, di dublin sudah masuk winter.
dan suasananya sangat sejuk.

semalam, apa bila saya pulang, dan meletakkan status ym saya sebaga:-"hari yg sejuk"
salah seorang coursemate saya dengan ym status :-

"winter must be cold for those with no warm memories"


berkata,

"dat means u hv no warm memories...."

dan balas saya,

silent_1412:hahahahaha
silent_1412: yup
silent_1412: benar
silent_1412: xde lagi

:)

begitulah, saya memang tidak banyak ingatan yang menghangatkan.
banyak saja yg dingin, beku dan sejuk.
banyak saja yg pahit, perit dan sakit.

tapi alhamdulillah, saya bersyukur untuk semua itu.
yet, bukanlah tiada langsung memori yang hangat,
cuma belum cukup hangat untuk memanaskan diri yg mengigil sejuk.

dan antara2 yang hangat adalah kenangan bersama-sama fa-c team intec.
dari hari pertama hingga the last day, banyak sangat kenangan,
yang manis, pahit.
dan yang membuatkan saya membesar dan belajar.
bersama mereka dan semua, buat saya lebih memahami dan mengerti.
dan saya menjadi seorang.






rindu dengan masa2 itu.
rindu.

ya, meski tidak sehangat yg memanaskan,
tapi indahnya adalah salah satu mutiara ingatan yg terbaik.
dan untuk sesuatu yang lebih jauh, akan datang.
sampai jumpa nanti. :)

sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~
p/s- cik (bekas)presiden, "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.." (2:286),kuat dan tabah ya!!

Tuesday, December 2, 2008

of a muslim~

salam alaik.

Ciri-ciri individu muslim



dan lagi, apa khabar semua?
moga sehat2, bersemangat dan hebat selalu. :)

hu, satu hari ini agak penat, dan dalam penat2, entah apa yang hendak kongsikan bersama,
bila pusing2 dalam bilik saya, saya terlihat satu poster yg saya dapat semasa open house kat ucd dulu,
rasanya, itu yg yg saya dapat kongsi kali ini, insyaAllah.

ya, tajuknya seperti yg tertulis, ciri2 individu muslim;
yet, takde la lengkap, tapi boleh kita sama jadikan satu garis panduan kasar untuk pembangunan dan pembaikan diri bersama. :)

ha, apa ciri2 itu ya?


1. Akidah yg sejahtera

-mempertahankan akidahnya walaupun diancam
-yakin bahawa setiap yang berlaku sudah ditentukan Allah
-mengikhlaskan amal kerana Allah

2. Ibadah yg sahih

-ikhlas dan kesempurnaan adalah syarat dalam ibadah
-menghadirkan hati dalam beribadah
-melakukan amal secara bersama (e.g solat berjamaah)
-melakukan qiamullail
-memelihara diri daripada maksiat

3. Akhlak yg mantap

-akhlak yg buruk merosakkan amal yg baik
-memiliki akhlak Rasulullah
-tidak mengumpat, mengejek dan berdusta
-menundukkan pandangan
-menjadi contoh kepada orang sekeliling

4. Melawan nafsu

-mereka yg memerang hawa nafisu, adalah mujahid sejati
-tidak membazir, tidur berlebihan, dan makan berlebihan
-memelihara diri dari maksiat dan kelalaian
-sentiasa berdoa dan bertaubat

5. Menjaga masa

-jika tidak menjaga masa, kita mencuri masa orang lain
-bangun awal
-solat awal waktu
-tidak lewat ke kelas
-menggunakan masa tertentu untuk belajar
-mengisi waktu dengan mengingati Allah

6. Mampu berdikari

-tidak mengharap kepada orang lain
-beretika dalam bekerja
-bekerja secara ihsan
-membuat simpanan walaupun sedikit

7. Luas pengetahuan

-mengetahui segala benda dalam satu perkara dan mengetahui sedikit dalam banyak perkara
-mengetahui berita dunia islam
-mampu membaca dan menulis dengan baik
-peka dengan perancangan musuh islam
-menguasai kemahiran terkini

8. Sihat tubuh badan

-mukmin yang sihat lebih disukai daripada mukmin yg lemah
-makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang
-bersenam sekurangnya 20 minit 3 kali seminggu [latest guide, 30 minit, 5 hari seminggu]
-mengetahui asas self-defence
-menggali dan membina kekuatan dan potensi diri

9. Teratur urusannya

-tidak menangguh kerja
-tidak gopoh atau tergesa-gesa
-menyempurnakan kerja sebaik mungkin
-berpenampilan sempurna
-berbicara baik atau diam
-bijak meletakkan prioriti kerja

10. Bermanfaat pada orang lain

- seorang mikmin adalah seperti sebatang pohon kurma(kelapa versi melayu), apa pun yang diambil daripadanya akan memberikan manfaat
-membantu orang yg memerlukan
-memenuhi hak ibu bapa dan rakan2
-mahukan kebaikan untuk orang lain.



ha, itu saja untuk kita renungkan, checkkan diri kita
kat mana kita? seimbangkah hidup kita? adakah kita cukup baik? atau kita boleh jadi lebih baik? renung2kan.

moganya dengan perkongsian yg secebis ini menjadi tazkirah, bermanfaat buat semua, juga buat saya. harap2 kita semua dapat menjadi lebih baik, hari demi hari.
insyaAllah, andai ada lagi, saya kongsikan. :)


sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~
p/s- ye, benar pesan cik bubbly :"al wajibat aksaru minal auqot [kewajipan lebih banyak daripada waktu]"

Monday, December 1, 2008

i'tiraf~

salam alaik.

tazkirah buat diri, moga hari2 yang mendatang lebih baik.



Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar

(arabic verse)
Ila hilis tu lilfirdausi ahla
Wala aqwa alnnaril jahim
Fahabblitau batau wafir zunubi
Fainnakarob firul zanbi azim

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat Mu ampunkan daku Oh Tuhan ku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan

Kami takut kami harap kepada Mu
Suburkanlah cinta kami kepada Mu

Akulah hamba yang mengharap belas dari Mu


(no full entry)


sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~

Sunday, November 30, 2008

coret-coret(xii)~

Salam alaik

Maaf



dan lagi, ap khabar semua kawan2 yang sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah hendakya.
harap terus beraada dalam keadaan sehat, hebat, ceria bahagia dan cemerlang.

pesan saya kali ini, fikir2kan dan niat2kan akan itu,
insyaAllah kesihatan, kehebatan, keceriaan kebahagiaan dan kecemerlangan itu akan datang pada kita.
insyaAllah, for those who understand it, alhamdulillah. that a part of the secret. :)
yet not,fikirkan dan niat itu adalah doa, moga dimakbulkan Allah.

sekali lagi saya memohon maaf kepada semua, atas segala salah dan silap, yang tak kena dan tak betul.

terutama rakan2 saya yang di malaysia dan mereka2 yang jauh bertebaran di pelusuk dunia.

menjalani hidup2 di dubllin, dalam masa terdekat ini, 2 bulan awal ini, merupakan salah satu prosess yang take my personal time to adjust and establish in order to survive here, thus, mmg tak sempat sangat nak bertegur sapa selalu.

memang semua boleh berkata, "tp rajinnya tulis blog?"
hu, yet, this is only way yg saya dapat keep in touch dengan korang tahu. :)
apa pun, thanks for everything and ur frenships.

insyaAllah, saya ini bkan jenis yang lupa pada kawan2, tak kira masa senang atau susah; dan for me, each of my frens are specials.
yet, kita pun masing2 adalah life sendiri, tanggungjawab sendiri dan perjuangan sendiri. :)

dan thanks untuk semua rakan2 dalam rantaian ukhwah saya.
bagi saya, membina jaringan blog dan untuk berkongsi dengan dunia apa2 yang mampu saya beri adalah salah satu matlamat resolusi revolusi yang pernah saya coretkan dulu. mungkin saya tidak sempat mejengah ke semua blog pada setiap hari, insyaAllah, dalam masa2 terluang saya singgah satu dua, menziarah dan mengambil tahu apa yang berlaku pada rakan2 blog yang laen.

harap2nya, ukhwah kita semua, rakan2 yang tidak kira di mana anda semua berkekalan.
saya hanya manusia biasa, yang tak dpat untuk serve semua kawan2 saya, yet, i try my best. :)

insyaAllah, ikhlaskan dalam bersahabat, dan menghargai persahabatan. mana tahu, satu hari kita memerlukan kawan2 kita, or mungkin kita diperlukan mereka.
kita saling membantu dan melengkapi.

Dublin, I'm Home



ya, saya selalu bercakap seperti ini bila mula2 sampai dublin dulu. :)
dan bila saya ke perjumpaan dengan personal tutor last week,
and say 'It feels like home', die quite amaze.

oh, ini tidak bermakna saya lupakan tanah air dan watan saya.
the phrase, for me, just nak kongsi n bagitahu,

alhamdulillah, serasa saya dublin ini macam pernah datang, pernah merasa suasana.
dan alhamdulillah, meski take time untuk adapt and intergrate, i dont find any problem. seperti kat malaysia pula rasanya.

dan alhamduillah, selepas 2 bulan seminggu kat sini;
saya dah 98% established, dan dah mula bergerak melaksanakan apa2 yang dirancang awal2 dahulu. insyaAllah.

life as medical student @ rcsi memang mencabar.
kelas penuh, masuk anat room 2 minggu sekali, card signing, exam, activi2 hujung minggu by rumah dan persatuan2 kat sini, lately, buat saya sendiri lelah.
yet, dalam letih2, i'm happy as i chosen this path, and there is no turning back.

lagipun, sekarang ini, bukan seperti di intec dahulu; which skadar belajar untuk diri sendiri. di dublin ini, perjalanan dan perjuangan saya sudah bertambah, dan untuk konteks yang lebih luar, which untuk islam dan ummah juga, bukan sekadar mengutip permata untuk diri sendiri.

sepanjang2 perjalanan di dublin ini, ada proses2 mentarbiah diri, dalam usaha menjadi seorang doktor melayu muslim yang baik kelak. moga, bukan sekadar jadi robot yang tiada tujuan hidup, yang terus menerus melakukan hal2 yang rutin setiap hari.
sebagai seorang doktor nanti(insyaAllah), harapnya saya dapat meningatkan orang ramai tentang Allah dan saya memilih jalan ini untuk berdakwah.
seorang doktor hanyalah seorang manusia biasa, kerana tiap penyakit dan penawar itu datangnya daripada Allah, dan doktor2 hanya perantaraan. yang memberi penyembuhan itu bukan ubat2, terapi2, atau kepakaran, tetapi dengan izin-Nya.
apa bila Allah berkata 'jadi', maka jadilah. :)

dan moga dengan izin-Nya, saya lebih kuat dan tabah menjalani hidup2 di dublin.
seperti pesan seorang senior itu, semua ini hanyalah permulaan untuk satu kembara yang jauh; moga sepanjang perjalanan ini, saya menjadi insan yang lebih baek, dan dapat berkongsi bersama2 dengan anda semua.

terima kasih atas semua ya.
moga esok lebih cerah dan saya makin tabah.

sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~
p/s- ya Allah, andai urusan ini baik bagiku, hidupku, dan agamaku, mudah2kannya bagiku. ameen. alhamdulillah :)

Saturday, November 29, 2008

bicara tentang takdir~

salam alaik.

Bila Tuhan Berbicara



insyaAllah, :)

apa khabar kawan2, rakan2, akhi2 dan ukhti2; dan semua yang sudi singgah sejenak kat sini.
moga sehat, hebat, ceria dan bahagia selalu. moga kita sentiasa dalam rahmat dan reda-Nya; serta kuat untuk memikul risalah dalam jalan dakwahnya; menjadi seorang insan dan muslim yang lebih baik.

pejam2 celik, dah genap 2 bulan 3 hari (semasa entry ini ditulis pada 8.01 pagi, 29 november) saya di sini, memijak dan menjejak bumi dublin.
terlalu cepat dan terlalu singkat.
dan dalam masa yang berlalu dan meninggalkan saya,
alahamdulillah, banyak juga yang saya dapat sepanjang ini.

bila saya duduk, merenung; terasa indah takdir yang Allah tetapkan.

alhamdulillah, setinggi2 kesyukuran buat Allah, yg dari-Nya kita datang dan pada-Nya kita pulang.

dan sejenak, bila kenang balik, sepanjang2 perjalanan untuk saya ke sini, hari ini; dan untuk ke masa akan datang.

liku2nya ada yang pahit, dan perit. ya; dan semua itu buat saya lebih bersyukur dan memahami. buat saya lebih banyak diam dan berfikir, buat saya lebih menghormati dan menghargai. jernih sinarnya mutiara2 kehidupan, yang saya dapat dari lautan gelap hidup. :)

dan ada juga saat2 indah dan manis; juga semua itu buat saya bersyukur sangat dengan segala nikmat. serasa kerdil diri dan rendah lemahnya kita dengan ramhat Allah utk kita. semua itu tidak saya lupa adalah ujian.

dan bila fikir2, kita hari ini adalah hasil daripada masa lalu; maka kita akan datang adalah hasil kita hari ini. :)
perkembangan, pebentukan, tarbiah dan pembngunan diri itu adalah satu on-going process, which akan terus2 berlansung selagi kita bernafas dan bernyawa.
setiap hari kita ada peluang untuk merenung, muhasabah dan mencari jalan untuk menjadi lebih baik.

saya hari ini, adalah himpunan2 saya masa lalu. :) dari semua pengalaman saya, dan orang2 laen; dan ilmu3 hidup yang dikutip, ditapis dan diproses sepanjang perjalanan saya ini memnjadikan saya adalah saya. alhamdulillah, bersyukur untuk itu, dan semua ini. juga kita, kita adalah kita hasil daripada apa yang kita lalui, dan nilai2 yang terbentuk dalam diri kita adalah daripada didikan, tarbiah dan sekelilingnya.

pada saya, apa yang ada pada kita adalah cukup2 terbaik untuk kita, meski itu bukan yang paling cantik, paling baik, paling mahal dan sempurna.

yang sempurna, belum tentu terbaik untuk kita


yang terbaik, adalah cukup buat kita, tidak mengurangkan akan kita sesuatu, dan tidak melebihkan kita atas apa. just nice. mungkin yang kita dapat itu tidak sempurna, dan tak berapa kita suka; tapi cuba terima seadanya dan bersyukur adanya.
sebab Allah sendiri dah cakap dalam al-Baqarah ayat 216:

..Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu. Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.


macam saya selalu cakap,
Allah yg cipta kita, Dia lebih tahu apa yang terbaik.

Pertemuan



takdir Allah dalam pertemuan, dan ini lagi2 buat rasa terdiam dan merenung dalam.
alhamdulillah. :)

dari 2004 lagi, saya selalu cakap:

dalam setiap pertemuan, bukan semua ada ikatan, ada yang ditakdirkan sekadar berkenal-kenalan, ada jua menjadi rakan dan taulan, ada mungkin sahabat dan teman. bukan kita angkuh memilih; cuma belum tentu berkawan dengan siapa-siapa kita inginkan, tetapi terjalin ikatan dengan siapa-siapa kita ditakdirkan


ya, anda sedar tentang ini?

sedar tak, mungkin ada orang yang dekat dengan kita, yang mungkin kita bersua tiap2 hari dan selalu, tapi langsung tidak pernah kita tegur atau pun betul2 susah nak serasi dengan kita?

dan mungkin, orang yang jauh terpisah kita jarak dengannya, menjadi sangat dekat, mesra dan erat? orang2 yang baru @ tidak pernah bersua terasa seperti sudah lama kenal dan serasi bersama?

dan bila saya melangkah lagi, saya menemukan

seeloknya kita ditemukan dengan orang yang mmg untuk kita temukan;
mereka antara orang yang membuat kita menjadi lebih baik, untuk kita mengambil tauladan dan contoh sempadan. mereka adalah orang yang buat kita lebih mengenali diri, memahami situasi dan meraikan kepelbagian. mereka adalah orang yang membuat kita lebih faham dan peka, tujuan dan matlamat hidup.


pengalaman saya sendiri pun, alhamdulillah saya ditakdirkan dalam rumah yg saya diam sekrang, baitul isra'.

pada mula2 dahulu, sebelum saya berangkat ke sini,
saya telah betemu beberapa orang senior semasa program pre-depature by IMAM dulu, dan saya ingat, sampai situ saja.
yet, alahamdulillah, bila sampai dublin ini, mereka2 yang saya temui itu, ada antara yg menjadi housemate saya yg sangat baik and supportive. alhamdulillah.
dan juga senior2 yang banyak membantu secara langsung tak langsung.

bersyukur saya menjadi ahli baitul isra'.
ngat lagi, time mula2 saya terkapar2 mencari rumah di dublin,
then, bila saya dapat satu contact which this house;
saya ajak seorang classamate saya yg senasib ( dpat ireland last minute) yet, die pun dah ada satu rumah rasanya.
i hope dapat jd rumate die at the moment,

yet, bila saya ajak die bersama,
die tanye saye satu soalan

'brapa minute nak jalan ke rcsi?'

ya Allah, itu yg difikirnya. :)

hu, tak tahu saya nak cakap apa.
sbb bagi saya, at the moment, yang lebih tinggi prioriti dan lebih utama
adalah ada rumah atau tidak di dublin.
untuk berapa jauh itu, itu soal kedua.
kalo jauh sangat, boleh dapatkan basikal, atau naik bus.
so,saya hendak tak hendak, just terus contact the senior yg handle rumah ni,
and say "i'm in."

dan turn out, rumah ini adalah yg terbaik untuk saya. dan penghuni2 yang laen adalah insan2 yg bagi saya, unik dan istimewa; sbb bersama mereka tiap2 hari, ada saja ilmu yg saya belajar. alhamdulillah, bersyukur untuk semua ini.

dan untuk semua kawan2 saya yang jauh, yang 2 3 tahun tidak bersua selepas pertemuan pertama, dan ada jugak yang lansung tak pernah nampak muka. mereka2 juga adalah yang ditakdirkan untuk sama2 membina diri menjadi lebih elok, baik dan mantap. insyaAllah.

itulah, sama ada kita sedar atau tidak, tiap2 insan yang kita jumpa ditakdirkan utk kita; sama baik untuk kita ambik teladan, buruk untuk kita ambik pengajaran.
apa pun, yang penting kita kena respect and raikan kepelbgaian pada tiap2 orang, sbb bukan semua orang boleh ikut cara kita as bukan kita boleh ikut cara orang.
memamahi, bertoleransi untuk kebaikan bersama. insyaAllah.

sekian saja sini sedikit perkongsian;
insyaAllah andai ada lagi, saya kongsikan dalam masa2 hadapan.
thanks untuk semua yg sudi meluangkan masa sejenak,
dan insyaAllah, 'kerna kita berbeza' itu akan ada. [cuma tak sure nak start dari mana]
baik2, menngundur diri dulu,
salam ukhwah, salam dakwah.

sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~
p/s- saya berusaha; kalau tiada, saya tak rugi apa2. Allah kan ada? Doanya semoga berjaya. insyaAllah, ameen.

Wednesday, November 26, 2008

bait al-isra'~

salam alaik.

41, Mt Pleasant Ave




apa khabar semua? alhamdulillah, moga2 kawan semua sehat dan terus berada dalam keadaan luar biasa.
luar biasa hebat, sehat dan cemerlang. :)
dan thanks untuk semua yang sudi singgah2, harap yang dah terbina ukhwah itu lebih erat, dan yang baru itu, dapat berkenalan. :)

lama tidak saya menulis seperti di atas, terkenang balik awal2 entry kat Mind of Kaito @ wordpress dulu.
okeh, cerita selepas sepi 2 3 hari, tentang rumah saya.

ya, rumah saya.

bait al-isra' @ baitul isra


suppose, awal2 lagi saya kisahkan tentang ini, yet, saya berkira2 untuk berkongsi apabila rumah kami dinamakan; dan blog rumah bersama itu betul2 established.

tentang rumah ini,
ini rumah kita.

rumah kami,
yang terletak di

41, Mount Pleasant Avenue Lower, Rathmines, Dublin 6

adalah satu rumah yang agak besar dan selesa [alhamdulillah] dan didiami oleh 8 orang bersama2.
2 orang adalah 2nd year RCSi dan 6 orang lagi adalah budak2 1st year.
senarai nama ahli ada di blog rumah. :p

kenapa isra'?

saya memetik ucapan uncle Xemi, salah sorang orang tua dalam rumah ini:

Name ISRA' ini kami pilih sempena name sebuah surah di dlm al-Quran iaitu al-Isra' yg lbh krg bermaksud 'memperjalankn di malam hari'...

Rumah ISRA' ini insyaAllah akan menjadi salah satu medan kami menempuh PERJALANAN hidup sbg muslim yg di amanahkan tugas dan tanggungjawab berat sepanjang hayat - 'ubudiyyah (51:56) & khilafah (2:30)...

Dalam memikul dan melaksanakn amanah ini, ibadat2 di MALAM hari spt qiam merupakan bekalan dan sumber kekuatan bg kite...semoga kami juga turut same dpt menjadi hambaNya yg berhempas pulas berjuang di siang hari dan merintih di malam hari mengharapkn keampunan dariNya...


Ini Rumah Kita



ini adalah blog rumah saya, yg boleh di access via adress

http://mtpleave41.blogspot.com


atau link yang dihadiahkan kepada kami oleh MSM


http://isra.msmonline.info


dan memalui blog ini, kami beramai2 dan bersama merakam kisah2 sepanjang hidup kami dirumah serba indah ini, dan berkongsi dengan dunia; so, secara tidak rasmi, ini adalah salah satu blog saya juga.


saya, as admin dan penulis utama mengambil tema

Ini Rumah Kita


dan untuk apa, mari saya memetik juga antara entry awal saya dalam blog itu:

ya, ini adalah tema blog ni; rumah kita.

kenapa aku susah2 pilih ini?

bukan sebab saja2, atau suka2, atau nampak best.

actually within 'ini rumah kita' i do mean it.

each 8 person of us, datang dari tempat yg berbeza (even aku dengan gembo satu negeri),
dengan background berbeza
sudah tentu ada ragam dan cara masing.

dan apa yang menyatukan kita kat sini, di ireland, specific lagi, rumah ini adalah akidah kita,
dan persaudaraan dan ukhwah sesama kita.

.....................................................

ini rumah kita,
dalam sepanjang setahun, or lebih lama lagi; kita akan menjalani hidup bersama2,
berkongsi segala pahit manis hidup, semua kenangan dan pengalaman,
dan perjalanan sepanjang ini adalah salah satu prosess membesar, mematang dan memantapkan diri kita menjalani hari2 kemudian.



baek, sampai sini dahulu.
saya pun terkejar2 nak ke RCSI utk mengikuti kelas clinical competencies.

akhir kata, thanks for support kawan2 dan singgah2 lah blog rumah kami selalu, sbb mungkin ada kisah bersama yg saya tidak dapat coretkan dalam blog ini, juga mungkin ada kisah2 untuk dalam blog ini saja.
dan insyaAllah, tentang 'kerna kita berbeza'; akan ada post dalam masa terdekat.

sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~
p/s-KeN, welcome home. :)

Monday, November 24, 2008

doa(ii)~

salam alaik.

ingatan, pesanan, renungan untuk diri, hati, jiwa dan akalku.



ameen.

(no full entry)


sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~

Friday, November 21, 2008

coret-coret(xi)~

salam alaik


Be yourself, and love it



entah, bagaimana hendak saya mulakan kali ini.
minggu ini, macam2 relfeksi diri, dan macam2 pengalaman dan ilmu yg saya dapat secara langsung atau tidak.
oh ya, alhamdulillah, my 2nd card-signing juga A. :)

menjadi diri sendiri.


tanya pada diri, "happy being me?"

alhamdulillah, menerima adanya diri kita, dan reda dengan seadanya.

ya, lately, this is often shouted inside of me.
as there are type of person, which

what to be like everybody else, want to have everything, want to know all sort of things and above all, extremely attention grabber


erk. ye, ada juga orang2 seperti ini. these guys terlalu takut to face the wolrd with who they really are, always compared with others and try to be superior and 'jack master of all trade'.

tak semestinya bila kita ada semua, tahu semua dan seperti semua, orang akan respect kita. or orang akan kagum dan sentiasa gembira bersama kita.ada lagi menyampah adalah. fikir2 dan renungkan kenyataan ini.

haru, pening kepala juga dibuatnye.
always nak jadi seperti orang lain.

honestly, how hard we try, kita takkan dapat menjadi orang lain. mereka adalah mereka, dan kita adalah kita.
kita ada lebih kurang sendiri, dan mereka juga begitu. ada lebih dan kurangnya.
ourself is unique, and entity that is special.
upon this truth, that how i treat other people, and my friends. respect of each every one of them and understand that every person is unique, as if there always something significant feature which differentiate from one, to another.

ini tidak sama mengambil seseorang menjadi contoh atau role model.
mengambil teladan, adalah mengadaptasikan sesuatu yang elok pada orang lain, untuk diri kita sendiri;
and role model itu as a guideline dan benchmark untuk improvement and progress of our self building.
it is not TOTAL SELF COPY.
it is not being the person.


we are, what we are and who we are. accept it. respect, love and appreciate it.

kenali diri, fahami kita punye kelebihan; gunakan untuk kebaikan.
hayati kita punya kelemahan, kuatkan, mantapkan.

dan if kelemahan kita itu kadang kala buat kita rasa inferior, as long we accept and respect it, insyaAllah, org akan respect kita juga.

dan juga, orang2 seperti ini, terlalu takut untuk terima and admit sesuatu yang silap, dan tak kena.

even so, if, in any topic discussted, when those guys are really out of topic, die dengan sedaya upayanye akan pusing.pusing,pusing, in the end, betul kat die balik.

"ye, betulla apa yg aku ckap tadi"
"ye, aku da pergi tempat tu semalam"
"ye, aku tahu semua"


isn't simple if admit if were wrong, and asked people, our friends to correct us?
being corrected, bukan sesuatu yang sangat humiliating pun, as how we perceived it.

if we take it personally, hu, memangla makan dalam; yet adalah lebih bagus rasanya if kita dengan lapang dada, terima apa yang salah dan silap itu adalah peluang untuk kita belajar, memperbaik dan memimprovekan diri?
insyaAlla we'll be a better person.

in fact,
learning from mistakes is much much much better than tak pernah silap


ingat, kita adalah kita. kita manusia biasa. ada salah, ada silap, ada lupa.
yang lebih utama, buka hati, buka minda dan lapang dada.

hormati dan sayangi diri, baru orang akan hormat dan sayang pada kita.

as i wrote and share this, its doesn't mean that saye lebih better, hebat, baek, bagus dan superior from this guys.
no. no. no.
this is as reminder for me, myself and for my friends there, who do want to take the essence of what i'm babbling about.

for what even so, just be urself, ourself. love it and appreciate it as:


dan saya? alhamdulillah happy being me, for everything i have; and for the future await.
i'm preparing for, and to it.

ya, aku dengan caraku, yg sederhana.




Ikhlas



sebaik mana pun tentang sesuatu itu, kalau kita tidak ikhlas, mmg susah untuk terima dan lapang hati untuk merasa isinya.

bila kita buat dengan ikhlas, kita buat dengan rela hati dan hati yang gembira.

tahu, yang penting pada tiap orang2 berbeza, nilai kita tentang sesuatu yang sama itu pun, belum tentu sama.
seuatu, mungkin lebih bermakna pada seseorang insan, dan langsung tidak punya nilai pada seseorang yang lain.

ya, mungkin bantal busuk kesayangan kita, adalah sampah pada orang lain.
atau sebatang pensel buruk, hadiah daripada orang yg kita sayang amat2 berharga; yet pada orang lain, it is just a pensel, dan die boleh dapat yang lebih baik.

iklhas, rela. lapang hati. tanpa paksaan.

do with conscious and no influence from other which are superior than us.

mungkin Allah lebih tahu apa yang terbaik, dan Dia merancang sesuatu yang lebih baik.

The other route



untuk mencapai sesuatu matlamat, banyak jalannya; dan jalan2 itu berbeza.
tidak semestinya untuk mencapai kita perlu lalui jalan yang sama.

dan biasanya, saya memilih jalan yang agak lain dan asing dengan orang lain.

kenapa?

sebab orang dah ramai lalui jalan itu, dan pengalamannya sama.
i choose to be different.

going through the experience different with others, and at the same time learn form others.

if the road not usually taken, tak semestinya tidak sampai ke destinasi bukan?

saya memilih untuk meneroka jalan lain;
adakala bila saja saya mengajak 2 3 orang rakan lain bersama, mereka terasa berat dan takut.
macam2 alasan yg diberi:
"aku malas la"
"susahlah"
"tak beranilah aku"


mungkin terlalu terbiasa dalam comfort zone.

terlalu takut untuk sesuatu yang baru, dan sesuatu yang tidak pernah ditemukan sebelum ini.
ya,

kita melihat dunia berbeza bukan?


ya, sbb mungkin risau bila dengan cara yang laen, hasilnya pun lain.
maka, rugilah akan satu pengalaman, ilmu dan mungkin kita akan dapat lebih lagi.

dan mungkin, when i try to solve something, or done something in my way; its seems weird.
"alien manakah ini?"


mereka2 yg tak faham, katalah apa2 yg anda semua mahu;

yet, bila my way seems more practical (alhamdulillah), beramai2lah mendabik2 dada mengatakan,

"ini, dah lama aku tahu macam ni".
"eh, ini aku pun tahu, cuma lupa"
"haAH, macam inilah aku nak wat"


oh please. :)


macam2 dunia ini ye, macam2 orang nye dan macam2 ragamnye.
dan tidaklah saya lebih daripada orang laen dengan sedikit pun.
saya hanya lelaki biasa, seorang insan biasa.
Allah memberikan saya ilmu, dan Dia boleh ambil kembali pada bila2 masa.
alhamdulillah untuk semua hikmah ini.

so, if after this, untuk kawan2 yg merasa pelik atas apa yg saya buat, dont worry;
i just found another route to achieve and arrive the same destination.

sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~
p/s-utk cik(bekas) presiden:- "kkdang kita perlu satu kejatuhan kecil, untuk satu kebangkitan yg lebih besar. :) "

Thursday, November 20, 2008

under renovation~

salam alaik.

Maintenance

preparing for, to the future.

Photobucket



insyaAllah fasa 1 tamat 2013.
fasa 2 selepas tahun2 itu. :)

(no full entry)

sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~
p/s- dalam krisis jiwa. moga terus kuat dan tabah.

Wednesday, November 19, 2008

a soul: one journey, the destiny~

salam alaik.


Hari yang Cerah



ya, alhamdulillah, hari dah cerah, hari yang cerah.
dan saya selalu berdoa, untuk hari yang cerah ini,
diri saya yg kecil dan kerdil ini terus tabah dan kuat menjalani hidup.

life is short, make it sweet


:)

a soul, one journey, the destiny.
satu muhasabah diri, untuk saya dan perkongsian bersama.


Jiwa, Perjalanan dan Takdir



satu jiwa, dan bila saya merenung diri, adakala jiwa kecil ini terasa berat, serasa kosong.

kosong. hampa. kecewa.

dan semua itu, dalam sedar tak sedar, menjadikan diri saya lebih kuat menjalani hidup.
jiwa kita perlukan belaian daripada langit, untuk terus tabah.
kita perlukan petunjuk dan hidayah daripada Allah, moga2 berada dalam reda-Nya dan tak sesat entah ke mana.

jiwa kecil ini, terlalu terbiasa tersenyum tenang, dengan tenangnya.

banyak benar kisah2 yang tertercoretkan, tak tercatat dan tak dikongsikan.
cuma, dengan diri berbisik.

dan kita, jiwa2 yg kecil, adalah hamba-Nya bukan?
tugas kita menjadi khalifah dan beribadat kepada Allah.
itu semua orang tahu.
kita menggalas satu perjuangan besar, dan satu matlamat jauh.



perjalanan kita, menuju Allah, untuk pulang ke rumah yg pernah kita diam dulu, syurga.
teringat lagi ceramah utz ridha tentang ini, 'syurga yg menderita, neraka yg mempersona'.

ya, our home there, syurga. insyaAllah.
dan perjalanan sepanjang kita di dunia ini, tidak lain hanya ujian, untuk Allah tgk sama ada kita berjaya atau tidak.
perjalanan hidup yan kehidupan penuh cabaran, benar2 menuntut segala sabar dan cekal menempuhnya.
even kekadang saya sendiri terhenti, serasa berat menggalas.

adakala ujian2 itu memang terlalu berat, tapi dalam berat2nya; janji Allah, tidak Dia uji kita dengan sesuatu diluarkemampuan kita bukan?

insyaAllah, dengan izin-Nya, dengan bimbingan-Nya, kita mampu.
dan bila kita lepasi semua ujian ini, insyaAllah; jiwa kita akan jadi lebih kuat daripada dahulu.




takdir adakala buat kita bingung bukan?
tapi, bila kita sejenak berfikir dan merenung; subhanallah.
betapa cantik dan indahnya tiap2 peristiwa Allah aturkan untuk kita.
semacam satu skrp dalam flow yang amat sempurna.

itu qada, dan qadar Allah. hanya Dia lebih tahu tentang apa yang terbaik untuk hamba2 ciptaan-Nya.
takdir menemukan, mendekatkan yg jauh dan adakala membuatkan yg dekat itu terasa amat jauh.
dan dalam hidup pula, kita mungkin kita tidak boleh memilih apa yang akan jadi pada kita,
yet, kita dapat pilih bagaimana tindak balas kita terhadap sesuatu.
kita boleh untuk megambil pengajaran dan berusaha untuk menjadi lebih baik, atau kita boleh buat tidak kisah.
sama ada kita sedar, apa2 yang berlaku itu, still adalah lecture2 subject hidup dan kehidupan, dan pengalaman atas tiap berlaku itu menjadi rakan yang paling erat dan rapat dengan diri.

dan saya, tersenyum tenang, seperti biasa.
saya tahu Allah itu dekat, dan insyaAllah saya mampu.

moga jiwa kecil saya terus kuat menempuh perjalanan, meniti takdir ini.


sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~
p/s- ya Allah, angkatkan hijab ini bila tiba waktunya. Kau lebih mengetahui.



Tuesday, November 18, 2008

facebook~

salam alaik.

Facebook

saya masih ingat lagi, time minggu2 a-level dulu; my classmate, bota a.k.a syahid awang selalu urging me to open a facebook account. at the moment, rasanya mmg tak sempat.

and pernah juga saya buat accountnye, yet takleh nak access.
so, i made a new account, and alhamdulillah; it seems the facebook macam banyak je laen daripada dulu.



when i browse sedikit sebanyak, baru saye faham kenapa ramai sangat my fren suka facebook.

simple and user friendly.

dan nampaknya saya agak baru dengan version baru facebook ini.
untuk kawan2 yg dah lama, harap2 dapat beri tunjuk ajar;

dan jgn lupa add me ye
silent_1412@yahoo.com


selamat menfacebookkan diri.

(no full entry)

sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~
p/s-ya Allah, ampuni aku atas kecuaian kali ini. ameen.

Monday, November 17, 2008

belfast: 2nd day~

salam alaik.

Ini Sejarah Kita



ya, seperti yg saya tulis semalam, 2nd day ni ada pengisiannye.
selepas penat lelah semalam berjalan, melihat dan menafsir kejadian Allah dan membeli-belah dengan rambang matanye;
kemudian, kami pulang dan tidur di nimfa mosque untuk semalam lagi;
dan keesokkan hairnya, kami bertolak ke rumah utz Khalid.


tibalah masanya untuk kami bersama2 merenung dan memahami satu pengisian yang dirancang oleh senior2 kami,
which 'Ini Sejarah Kita' yg disampaikan oleh Dr. Amin.



eh, ini sejarah kita?

oh ye, rasanya sudah tentu ramai yg tahu tentang program ini; or untuk siap2 yang tak tahu, bg saya; secara ringkasnya, 'Ini Sejarah Kita (ISK) adalah satu sesi kita merefleksi tentang sejarah islam, dari mula, berkembang, maju dan jatuhnya; agar kita dapat menghayati pengjaran dan mengambil pedoman untuk kita, as umat islam zaman sekarang.
daripada situ, kita sedar akan tanggujngjawab kita dan peranan kita untuk membangunkan islam.



bila habis program ini, saya dapati; as a muslim, sebenarnya perjuangan kita berat.
kita membawa risalah2 yang dibawa oleh rasul2 terdahulu, dan sekkrang menjadi tanggungjawab kita untuk menyambungnya.
dan untuk itu, kita hendaklah memperbaik diri kita, dan masyarakat muslim kita; dan insyaAllah darpada situ, kita dapat menyebar dan meluaskan dakwah islam ini kepada orang2 yang bukan islam.



dan bukan itu sahaja, as muslim; kita should bear the responsibility to membangunkan islam seperti gemilangnya islam yg pernah. mungkin perjuangan kita itu tidak nampak sekarang, dan mungkin perjuangan itu tidak berjaya semasa hayat kita; tapi perjuangan itu tetap akan diteruskan oleh generasi2 akan datang.
insyaAllah, suatu hati nanti, islam akan menjadi ustaziyatul alam a.k.a world order.
okeh, sampai sini sikit.

dan, bila sampai dublin ini, saya xdpat nak cerita panjang sebab masa dah singkat untuk berkongsi banyak, dan agak jenuh mengejar life as medical student yg selalu terperangkap dalam fenomena
'kerja > masa yg ada'


untuk rakan2 dan kawan2 yg berminat, buku ringkas tentang Ini Sejarah Kita boleh didownloadkan di link ini:

http://www.mediafire.com/download.php?we2t4z3ijci


hosently, saya tak dpat nak hurai panjang2. sbb esok (isnin pagi, waktu ireland) kelas sangat padat.
oleh itu, saya embedkan beberapa video2 youtube yg berkenaan dengan program ini, moga2 rakan2 semua dapat memperoleh ilmu dan manfaatnya bersama.









dan selepas tamat program, kami bertolak pulang dari belfast
alhamdulillah, selamat tiba perjalanannya ke dublin.

alhamdulillah, weekend ini bukan kosong dan sia2, terima kasih untuk semua yg terlibat secara langsung atau tidak langsung yg penat lelah menjayakan trip kali ini.

ya Allah, jadikan aku hamba-Mu yg lebih soleh, lelaki yg lebih baik. berikanlah aku kekuatan untuk memikul dan meneruskan perjuangan ini; sesungguhnya tiada yg berkuasa selain Engkau.

ameen, :)


sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~
p/s-from ireland, with love?

Sunday, November 16, 2008

belfast: 1st day~

salam alaik.

Berjalan-jalan



Alhamdulillah, walaupun kami bertolak dari Dublin agak lewat daripada yg dinyatakan dalam post terdahulu; which dalam pukul 11 malam.

Perjalanan dalam 2 jam daripada Dublin, dan alhamdulillah; kami selamat tiba di NIMFA (Northern Ireland Muslim Family Association) mosque which tempat kami berteduh dan bermalam sepanjang kami berada di Belfast ini.

kami sampai dalam pukul 1-2 lebih pagi; kemudian pergi singgah kedai makan Jaipur yang agak popular dan terkenal kepada student2 yg datang berjalan ke belfast sbb makanannye murah, banyak dan agak sedap.

hari 1st ni, memang agenda utama berjalan2 dan membelli belah; dan tempat2 kat belfast yang sempat kami singgah;
which Larrybane dengan Giant Causeway; sangat2 sangat2 sangat cantik.
subhanallah. mmg terpegun bila saya sampai dan jejakkan kami kat sana.

ha, jom jalan2. :)


Tazkirah Pagi

Pagi esokknye mmng indah, :) selepas usai solat subuh berjemaah dengan imam masjid,
dia memberikan sedikit sebanyak tazkirah untuk kami sama2 renungkan.

iman ini mengingatkan,
apakah tujuan kita kat bumi ni, dan mengapakah kita diciptakan.
tentu semua tahu bukan?

as khalifah dan hamba-Nya.

dan kembara kita di muka bumi ini adalah menuju syurga-Nya,
pulang ke rumah asal kita. :)

insyaAllah.

pesan imam itu lagi;
kita, as human diuji dengan 4 perkara @ berada dalam 4 situasi which,
diberi nikmat, ditimpa bala, bersabar dan dalam maksiat.

dan dalam semua itu, adalah ujian untuk mendekatkan kita dengan-Nya.
dalam tiap2 situasi itu; insyaAllah ia sentiasa buat kita bersyukur, reda, sabar dan memohon keampunan daripada-Nya.
dan insyaAllah, moga Allah tunjukkan kita dan bimbing kita ke jalan yang lurus.

ibadah pula, bukan sekadar ritual, tetapi seluruh perbuatan dan kehidupan kita seharian, kerana-Nya.
tiap perbuatan kita itu, andai kena dengan syariat dan diniatkan kerana Allah, insyaAllah ada pahala bersamanya.

destinasi singkat: Larrybane






ya, tempat ini adalah destinasi pertama hari ini, dan paling singkat.
yet, tempat ini yang paling2 saya suka.

meski suasana die kosong, betul2 takdak apa kecuali batu2 dan lautan,
tempat ini, dengan anginnya, dengan suasananya, amat, amat menenangkan.
seolahnya satu ketenangan jauh, yang lama dirindui itu, terasa amat dekat dan mesra.

saya sangat2 tenang disini.

seperti dunia terasa jauh, dan semua hilang daripada minda.
dan diri, hati ini terasa terisi dengan ketenangan yang mengalir lembut, seperti tiada apa2 yang pernah menjadi masalah.

dan dalam masa yang singkat ini, terasa kerdil dan sangat2 kagum dengan kuasa Allah.
subhanallah. agungnya kuasa-Mu.

tapi, sekejap saja kami kat sini, around 30 minutel as we re going to the next destination, Giant Causeway.

Giant Causeway



dan ini.
subhanallah.
lagi cantik.

kami agak lama disini, dalam 2-3 jam; berjalan2 sekitar kawasan pantai yang terbentuk daripada lava berpuluh juta tahun dahulu, yet menghasilkan satu langkap yang sangat cantik, batu2nya berbentuk hexagon.
dan tiap2 hexagon itu, apabila dilihat daripada sisi, nampak seperti tiang-tiang yang di susun indah.

sungguh hebat ciptaan Allah ini, sbb kalo ikut logik akal, mana mungkin boleh sesuatu berlaku sebegitu indah dengan spontan.

tapi tempat ini, tak seperti yg pertama tadi; serasanya seperti biasa, mungkin tenang itu ada, tapi tidak sedalam dan seasyik di larrybane.
hu, apa2 saja, yet; utk ini, saya tak nak tulis panjang, mari kita lihat gambar2nya, as said by sis fitrina, pictures hold thousand words
enjoy. :)
















alhamdulillah, sangat2 bersyukur saya dapat juga merasa dan menjejak tempat ini.
sangat2 bersyukur.
oh ye, tak lupa sempat saya sebat beberapa souviner sedikit.
kemudian, kami solat zohor dan asar di situ, dan bergerak ke destinasi terakhir hari ini: the 1 junction.

Shoping Heaven



honestly, itu yg saya dapat define tempat ni.
heaven benar untuk sesapa yang gila shoping,
sbb the 1 junction ini adalah satu kawasan yg jual brang2 factory outlet a.k.a terus daripada kilang.

dan harganya? 30-70% murah daripada harga asal kat pasaran.

kat sini, kita boleh dapat baju, kasut, coat, alat2 pinggan, dan ap2 lagi lah yg berjenama tetapi dengan potongn harga yang sangat tinggi.

alhamdulillah, sempat saya beli trench coat yg jenuh saya cari di dublin dengan harga £99, which harga asalnye £199.
dan satu outdoor shoe which £17.49 yang harga asalnye £35.49.

alhamdulillah, kalo nak ikut hati tu, banyak je lagi nak diborongkan,
tapi cukup2lah; at least saye dapat apa2 yg saya nak n perlu.
mmg rambang mata la kalo datang sini.

okeh, rasanya cukup sampai sini.
a day in belfast jalan2, dan esok, ahad; baru hari pengisiannya. insyaAllah.
sampai sini saja dapat saya kongsikan bersama.
dan insyaAllah, gambar2 yang ada orang (camera kawan2 yg laen) akan saya uploadkan ke dalam account flckr nnti.

sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~
p/s-seronok kalau dapat datang lagi dengan family.

Search

  • Snap Shots

    Get Free Shots from Snap.com