Monday, June 30, 2008

the bonds~

salam alaik.

Hana Kimi.
Nakastu Shuichi, Ashiya Mizuki, Sano Izumi versi rmanga

Nakastu Shuichi, Ashiya Mizuki, Sano Izumi versi real

ye, masih lagi on [hanazakari no kimi tachi e (for you in full blossom), ikemen paradise ] a.k.a Hana Kimi. ini drama adaptasi daripada manga(komik jepun).ceritanya? Ashiya Mizuki, watak utama (yg pendek dalam gambar diatas) seorang perempuan, menyamar jadi lelaki dalam sekolah Ohsaka Gakuen atas sbb2 tertentu. memang ada adegan2 mengarut, watak2nya pun unik. tak mahu ulas panjang lagi.

Ikatan.
A-Level Medcine 7M11 (2006-2008)

Majlis Tertinggi Fa-C Team 2007/2008

ada lagi dalam satu episod, satu scene; director sekolah tinggi ohsaka (ohsaka gakuen) bagi tahu student bahawa akan ada satu "personal interview". maka, timbul khabar angin yang sekolah itu akan ditutup. macam2 student itu buat untuk bantu sekolah itu, sampai ada yang kutip derma, tapi sebenarnya pihak sekolah nak tahu bahawa pelajar2 itu suka atau tidak sekolah itu. tentang ikatan?; bila berita(khabar angin saja) ini tersebar, watak utama itu Ashiya Mizuki sedih sebab kalau sekolah itu ditutup, dia akan berpisah dengan kawan2 dia. dalam sedih2, dia berjumpa dengan seorang emak seorang senior dia, Minami Io. kata Minami Io kepada Ashiya Mizuki,(translated into english) "Its no a big deal if the school being abolished; Its not this school that connected you guys together, if connection between you guys are really solid, you guys can meet anywhere, anytime you want. What is important is the feeling you have for being with Sano and everybody else, right?". Ya, yang penting how we are connected and how kita jaga the silaturahim agar terus utuh dan teguh. Renung dan tenung; dengan kematangan sendiri.

moga bermanfaat,
kaito~
p/s- untuk semua kawan2 seri perlis, tuanku syed putra, dan international education center.

Sunday, June 29, 2008

happiness~

salam alaik.


on hanazakari no kimi tachi e(for you in full bloom), hotties paradise; satu lagi drama jepun.
satu scene, satu watak itu bertemu teman lama; teman lama itu menghilangkan diri, tapi untuk kebaikan dan masa depan watak itu. dia akan kahwin dengan orang lain. in the end, apa yang dia boleh ucap adalah tahniah. mungkin aku juga akan begini?



kebahagiaan.
yang mana lebih penting? diri sendiri atau orang yang dicintai?;
bersama dengan orang yg kita cintai, tapi dia tidak gembira atau melihat orang yang kita cintai gembira dengan orang yang dia cintai, mana lebih utama?. fikir dengan kematangan sendiri.

moga bermanfaat,
kaito~

bunga juga~


salam alaik.

ada orang kata, "itu ros".ada juga orang kata, "itu mawar".dalam english, namanya "rose".apa2 pun, itu bunga juga. apa yang tersirat? tafsir dengan kematangan sendiri.

moga bermanfaat.
kaito~

Saturday, June 28, 2008

my boss my hero~

salam alaik.



ini satu drama jepun. mungkin ramai dah tengok. ceritanya menarik; simple dan penuh mesej. watak2 dia pun okay. hero hensem, heroin kawaii (comel), watak2 pipih pun mantap. dan ini bukan ulasan drama yang panjang dan professional (cuma pendapat peribadi).


watak-watak dalam drama itu.


ini heroin yg comel, Umemura Hikari.


Sakaki Makio, hero dan boss.

kisahnya simple, Sakaki Makio itu, pewaris kumpulan yakuza, "Kantou Sharp Fang"; tapi bodoh. atas kebodohan dia, his dad bagi syarat supaya grad the high school baru boleh dapat jawatan bos kumpulan. so, cerita ini; dalam 10 episod tentang hidup2 Sakaki Makio, dan kawan2 dia dalan kelas 3-A (san- A kumi) di St. Agnes High School.


Guru Kelas 3-A, Minami Yuriko. (my favourite =P)


dan ada beberapa pekara menarik dalam drama ini, secara langsung atau tidak:-

1. St. Anges Puding



Sakaki-kun suka puding. Puding ini, agak puaka. semacam trademark St. Agnes Cafe; limited edition just ada 12 dan dijual tepat 12.00 tgh hari. oleh itu, pelajar St. Agnes kena berlari2 untuk dapatkannya. agak dasyat, sampai keganasan berlaku. Puaka puding ini jelas, bila dalam satu episod, pembuat puding itu pergi bercuti; pelajar2 St. Anges hilang semangat nak hidup, merancau2 dan saling bergaduh sesama sendiri macam orang hilang arah. Sekolah itu jadi semacam perkampungan zombi. kerana 12 puding. bagi aku, kejar2 nak dapatkan puding itu, simbolnya kena berusaha betul2 dan dengan cara yang betul baru boleh berjaya capai matlamat. dan satu persaingan yang sihat sbb pihak sekolah pun bagi kebenaran untuk adakan race dapatkan puding.

2. Mizushima Tsubaki

Ini watak sampingan, tapi unik. Dia seorang Dr. di sekolah itu. Sorang watak yang slow and steady, tapi berisi and turn out as kekasih lama ayah Sakaki-kun. dia selalu muncul tiba, bagi nasihat kat Sakaki-kun, tapi kena pada masanya. ya, nasihat itu, lebih berharga daripada apa2 bila kena pada tempat dan masa yang betul. Bilik dia juga Sakaki-kun datang bila ada masalah atau nak berkongsi sesuatu. Bila Sakaki mula masuk dan benci belajar, dia bagitahu bahawa dalam life of high school, there is lots of happiness such love, friendship; and learning is a process of joy. As there is dalam satu episod, dia cakap about love, "Real love is something more terrifying than entrance exams or ghost. If you fall in love, it won't stop; your brain is on fire and that runs through your body. It runs quickly to your toes. Your pump in blood when your eyes meet. The lumberjack inside your chest carries a big hammer and from inside he hits, "gan-gan". Thats it; its pain, real love." Apa2 aja. Dia selalu datang tiba2 dan menyampuk. macam tahu2 saja. At the end of the story, dia still someone yang suka bagi galakan pada orang lain untuk belajar. well, learning is a life long process. 

3. Family Sakaki


Ayah dia seorang boss yakuza, selama ini dia layan Sakaki as a member, but not seorang anak. Sakaki pun melihat ayah dia sebagai seorang boss, bukan sebagai bapa. but by times, in the story, bapa dia quite insaf and want a family, so dia ajak Sakaki has family diner. Mulanya memang Sakaki kekok, just makan saja. but lama2 dia mula kongsi apa yang berlaku di sekolah dia. Ayah Sakaki pernah cakap kat Kuroi (penasihat utama Sakaki); "Selama ini, aku tak pernah buat apa2 sebagai seorang ayah, silapnya daripada aku, kali ni aku nak buat sesuatu (arahan untuk Sakaki ke High School) before aku meninggal." Ini refleksi masyarakat sekarang; terlalu sibuk dengan tugas, sampai tak ada masa dengan anak2 dan keluarga. Kalau ada masa pun, katakan satu hari, masing2 asyik tengok t.v dan buat kerja sendiri. Harap aku nanti cukup masa untuk keluarga, biar sekejap berkualiti. itu lebih baik daripada seminggu bersama tapi tiada pengisian.

4. Dedikasi Seorang Guru.

Ya, ini yang paling aku kagumi. Dedikasi guru kelas 3-A, Minami Yuriko(comel!!!); Sakaki-kun panggil dia Iron Face a.k.a "Tengkamen?" (muka tiada perasaan). seorang watak yg serious, dalam diam suka pada Sakaki(oh, ini bukan dedikasi). yang dedikasinya, sanggup dia korbankan cuti musim panas untuk adakan kelas asas buat Sakaki-kun yang betul2 agak kosong kepala dia(dalam exam main teka2 saja). Itu yang buat Sakaki-kun terharu sebab menurut dia(Sakaki), semua cikgu dia sebelum ini dah give up dengan kebodohan dia. Cuma Iron Face ini yang sanggup lagi mengajar Sakaki. As one of her word(dengan garang sekali) to Sakaki, "Kalau kamu itu bodoh pun, jangan gunakan kebodohan itu untuk larikan diri daripada masalah(exam)". ya, jangan gunakan kelemahan kita sebagai alasan untuk lari daripada masalah. semakin kita lari, semakin banyak masalah dan kita sendiri kena berani hadapi tiap masalah, insyaAllah; after it over soon, jiwa kita jadi lebih tabah dan kuat. balik pada dedikasi, dalam apa2 tugas pun, buat yang terbaik, buat sehabis baik. itu adalah amanah dan janji kita.dedikasi itu terletak pada hati. apa pun, sebelum dedikasi itu datang, cinta(suka dan senang dalam tugas@ study @ apa) perlu wujud.

5. Agnes Road?

satu lorong kecil belakang sekolah St. Agnes. untuk couple sahaja. no comment. Agnes road ini semacam satu tour bagi pasangan kekasih di sekolah itu. 1st destinasi, ice-cream booth; 2nd-booth gambar dan 3rd-sembang2 dibangku. Ini boleh dikata sebagai kemuncak hubungan 2 watak, Sakaki dan Hikari; but at last, even Sakaki itu suka@cintakan(?) Hikari, dia reject Hikari sebab dia dah sangat tua (27 tahun yg menyamar 17; kalau ikut undang2 jepun, orang dewasa yg terlibat dengan remaja bawah 18 tahun boleh dipenjara(?)). lagipun, seorang watak lagi, Sakurakoji Kun (kawan baik Sakaki dalam sekolah ini) ada simpan perasaan pada Hikari, tapi dia tak cakap.aku no comment. dan aku bukan anti-couple, bagi aku, itu pilihan individu, harap2 terlindung dalam batas pergaulan dan aku for the moment tak prefer. 

5.Leadership

sepatutnya ini lebih atas daripada Agnes Road. ini kualiti yang paling jelas, even tertera dalam tajuk "My Boss, My Hero". implisitnya(secara tidak langsung), seorang bos bukan sekadar bos, tapi seorang sahabat dan teman, yang dekat dengan orang bawahan. tidak sombong dan sedia memahami. balik pada cerita. pemilihan ketua kelas 3-A. semua tak nak volunteer, but bila cikgu kelas cakap, "kalau macam ni, tak ada ketua untuk *kumi 3-A". (*kumi-kelas @ gang). bila dengar perkataan 'kumi' saja, terus Sakaki volunteer(bagi dia, semacam ketua gang), and ambil tanggugjawab. tapi dalam2 itu, banyak cabaran untuk dia. classmate tak bagi kerjasama. biasa itu. by times, (even identiti sebenar dia itu bakal ketua yakuza yang ganas) Sakaki berjaya built the trust and gain respect from the member of the class. ya, itu penting, kepercayaan. dia berjaya bawa pasukan basketball kelas dia menang sports tournament; and yang paling menonjol dalam satu acara "Culture Frestival", kelas 3-A buat persembahan band, tapi missing seorang member. Sakaki pergi rumah mamat itu dan angkat dia datang kelas berlatih sekali. ya, setiap unit dalam organisasi itu penting, setiap satu. macam, kita perlu sedar dan hargai tiap2 antara itu. mungkin nampak(peranan itu) remeh, tapi bila hilang satu, macam2 masalah timbul.=)

dan ending cerita, sayang, Sasaki tak dapat graduate dengan kawan2 yang lain sbb identiti dia terbongkar. dan kalau betul2 nak tau cerita, tgk sendiri; ada banyak lagi yang aku tak sempat coretkan.

sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~


Friday, June 27, 2008

at the end of the day~

salam alaik.

entah, ada beberapa pekara yang mungkin boleh dikongsi :-

1. Jangan Lawan Pakar.
Tak tahu nak kata apa, dalam sibuk2 tadi, aku alter gambar untuk diprintkan as gambar pasport. bila sampai kedai gambar, aku mintak tauke itu editkan gambar tadi sbb background dia gelap sangat. bergaduh2 dengan tauke pasal itu. but at last aku give up, ye aku tak cukup ilmu lagi pasal digital picture, and i respect the tauke sebab dia bukan nak cari untung, but share his knowledge.
Malam pula aku datang balik, tangkap gambar. sembang2 pasal antivirus komputer dia; kali ini dia mengalah.(dapat cenderahati, alhamdulillah) insyaAllah esok aku singgah tgkkan lain.

2.Sikit Tentang Sejarah.
Sembang dengan Dib semalam. Dia nak mula sem baru merangkap practical di Hospital Tunku Fauziah (selamat2 hendaknya). kami cakap pasal sejarah, baguslah dia juga suka pasal ini. aku kadang2 sedih, budak2 zaman sekarang tak suka sejarah. sejarah itu guru hidup yang paling rapat, paling erat dan paling dekat. bahkan yang paling memahami kita. dan kita, harus belajar dan ambil iktibar daripada sejarah moga dapat jadi lebih baik. kata Dib, "History is repeating itself". (itu pun dia quote dari somewhere :p). kata aku, "Itu depends pada pelakunya, mungkin satu situasi sama berulang; tapi beza pada keputusan yang diambil itu buatkan sejarah berbeza".

3.Yang Lebih Baik.
Ini panjang. aku pun kadang2 malas nak fikir. by time, alhamdulillah aku dapat terima andai rezeki di Moscow Medical Academy, Rusia (InsyaAllah). dalam perjalanan pulang daripada Kolej Kediaman Cemara, aku fikir; betapa betuahnya aku dalam situasi ini. Kata Pn Rita, PMC ada list lagi (aku no 45. dan malas juga nak ambik tahu sangat). Mungkin, kalau dapat (alhamdulillah), tapi tak lepas cut off point, still ada firm backup ke Rusia. (Hebatnya perancangan Allah). tapi bagi aku, yang penting hujung nanti, seorang doktor melayu muslim yang mantap jati diri dan teguh imannya. (dan anda semua, moga tercapai cita2.) cukup sini saja.

4.Sikit Tentang Jiwa
Dalam perit, dulu agak kurang sebab ada sahabat dekat. Alhamdulillah, murah rezeki sahabat. Gembira untuk dia. ini mungkin aku terlebih rasa; dia ada hak untuk happy, jalan dia sudah cerah, dan aku masih lagi meniti pelangi; disebalik2 awan. apa berlaku tak penting. yang penting nilai. aku belajar, kadang2 kita tak sedar, bila kita menjejak langit, terlupa bumi, apatah lagi yang pernah dipijak. maaf berselirat. maksud aku, jiwa aku jadi lebih sensitif untuk fahamkan keadaan orang. dulu sama2 susah, bila senang; jangan buat tak kesah. takpa, masing2 punya hak. dan harap terbaik untuk masing. yang penting, jiwa itu membesar dan jadi lebih kuat.

5. Gosip Lagi?
Bangun pagi khamis, di BUZZ cik(bekas) Presiden Fa-C team. (tak perlu tahu siapa, ok). sembang2, panjang. kata dia, ada gosip lagi. aku dah agak. pasal ini aku give up. kisahnya, aku mintak tolong junior Fa-C team(tak perlu tahu siapa juga) sampaikan buku dan past paper pada junior ALM 8, (sahabat) aku. betul2, pasal cinta, nanti2 aku tulis panjang, for the moment, "no couple before akad". cuma fikir2kan, daripada buang masa, duit dan tenaga dalam satu hubungan pendek yang tak tentu hujungnya, baik gunakan masa itu untuk siap2kan diri untuk satu hubungan yang long term dan permanent a.k.a kahwin. nanti aku coret panjang lagi.

6.Cuti
Cuti, ini sebab utama kenapa blog ini wujud, dan harap2 dapat terus istiqamah. sebelum balik, banyak plan:-buat blog ini, habiskan buku tentang penulisan, habiskan kitab agama, belajar masak dan tolong emak dalam kerja-kerja rumah, keluar joging(macam tak perlu sangat sbb berat badan dah turun), latihan koordinasi badan. itu plan, rancangan. kawan2 pun banyak pelan masing2. ada budak kelas pergi pulau perhentian, aku tak pergi sebab gunakan duit itu beli external hardisk. sampai rumah, tiba2 dah ada streamyx balik; terperap seminggu. lepas ini, sibuk nak siap2kan pastport, medical check up, isi application, prepare barang untuk btn. semua2 itu kene siap by hari btn (14 julai). harap semua pelan itu jadi; tak sekadar tinggal mimpi.

7. Hidup Dan Memberi.
Cukup sampai sini. banyak lagi kerja nak disambung; insyaAllah, ada masa, ada entry lagi.
memang banyak nak kongsi. bak kata ustaz Hazrizal itu, "Erti hidup pada memberi". memberi. tambah pula pemberian itu ikhlas, terasa ringan dan nikmat sekali. renung2 dan tenung2.

moga bermanfaat,
kaito~

a new chapter begin~


salam alaik;
salam sejahtera dan moga berbahagia semua.


alhamdulillah, bersyukur "aku" (its okay kan? i wish a semi formal blog) kerana dapat teruskan Minds of Kaito di sini. oh ya, lupa nak bagitahu, yang Minds of Kaito  (www.silent1412.wordpress.com) dulu di tulis sepanjang aku A-Level kat INTEC, and then, after a month; jadual exam terlalu padat dan tak sempat aku nak meninta lagi.

so, insyaAllah, i'm moving here; with the same concept, minds of me, the plain me and yet expect the unexpected. here, i wish that i'm sharing the world from my point of views, also  maybe sometime, it is something small but still there is something to learn from. therefore, most of my entry are my opinions, not facts. 

and thanks for people who supported me before, yang sanggup sejenak singgah2 tengok catatan yang tak seberapa. ya, mungkin tak seberapa; tapi insyaAllah, ada ilmu2 yang kadang2 kita tak jangka.

panjang benar mukadimah; so a new chapter begin. life at INTEC is over as the A-Level story as well; yet for me, this is just a new beginning of a long journey menuju Allah, menjadi seorang insan. and from what i get nanti, insyaAllah, aku kongsi bersama2.

akhir kata, moga bermanfaat.
kaito~

Search

  • Snap Shots

    Get Free Shots from Snap.com