Tuesday, September 23, 2008

coret-coret(viii)~

Salam alaik.


Detik-detik terakhir



ya, apa pun, serasanya cepat benar berlalu masa ini, seperti, terkadang2 saya agaknya tertinggalkan waktu ya. (ayat nadim :p )
apa pun, lama benar saya tak mencoret2; sepertinya sibuk, tapi sebenarnya kosong. entahlah, kosong.

bak selalu dibicarakan oleh ustaz Hasrizal itu,

"kalau seseorang itu tiada sesuatu, macam mana nak memberi".

nampaknya benar. ouput adalah hasil akhir input yang melalui segala macam process. bagaimana ouput akan wujud jika tiada input. scientifically, we cannot make something out of nothing.

"yet, the arts student aa, u know, they can make of something out of nothing", bebel lecturer english sem 2-3 saya dahulu.

detik2 akhir, eleventh hour. seadanya, tidak lama lagi saya akan berangkat.

dan alhamdulillah, sebentar tadi, sudah hampir selesai mengemas dan membungkus segala barang2 dan perkakas2; serta buku yang akan menjadi teman2 sepanjang perjalanan nanti.

kerja2 mengemas itu pun, pada saat2 akhir. he he he, semacam tabiat org2 kita. isk2.
bukan apa, pada awal2 dulu, semacam tidak tahu menahu hendak apa yg dikemaskan, sepertinya orang yang hilang arah, tiada panduan.
apa pun, cuma tinggal sedikit2 saja hendak dikemas kini nanti.
harap2 selamat semua.
dan paginya nanti, saya dan keluarga akan bertolak ke kuala lumpur, untuk menunggu 25 september.
insyaAllah, selepas ini, dengan rasminya; satu babak dari kisah2 hidup dan kehidupan saya yg baru, bermula.

Menemukan

ha, ya; kali ini, entah. selalu jarang2 berlaku pada saya.

dalam minggu2 terakhir ini, sering saja saya berjumpa, bertemu, berselisih, dan apa2 yg sewajarnya, dengan orang yang saya ingin temukan sebelum terbang.

sepertinya Allah memudahkan tiap2 pertemuan ini; adakala sengaja, ada pula tidak disangka2.

saya bertemu2 dengan beberapa kawan sekolah rendahnya, kawan2 sekolah menengah; bersua dengan rakan dikenali semasa educamp petronas, berjumpa dengan guru-guru; terserempak dengan seorang yang sudah 3 tahun tidak bertentang muka (dan dia tidak mengenali saya- zeh!, aku gurau je ye); oh dan tidak lupa, sering sekali kebetulan membayar di kaunter2 the store kangar, yang dijaga oleh cashier kegemaran saya ( dia seiras cikgu matematik saya dahulu). :)

tetapi, ada juga yang tidak sempat bersuannya. insyaAllah, belum tiba lagi masanya mungkin.

alhamdulillah, moga2 pertemuan2 itu bisa menenangkan saya dalam perjalanan dan perjuangan yang tidak beberapa lama dibumi eire nanti.

itulah kuasa Allah, merencanakan hidup kita dengan sangat indah.
Dia menemukan dengan orang yang kita ditakdirkan bertemu, dan bersinergi bersama2. :)

Rezeki




alhamdulillah, dan tentang ini; sangat, sangat, sangat, sangat, sangat saya bersyukur.
terasa dimurahkan sangat rezeki oleh Allah, tatkala meniti hari2 terakhir sebelum berangkat.
terasa kecil diri, dalam banyak2 dosa, Allah masih memberi rezekiNya kepada saya.

dalam 2 minggu ini, ada saja sumbangan2 daripada datuk nenek, saudara, majikan ibu, rakan2 sekerja ayah untuk menampung biaya persiapan saya. ya; sepertinya jumlahnya dapat menampung, dan melebihi amount asal yang saya dapat dan digunakan sedikit tempoh hari untuk membeli barang2; membuat cermin mata baru, membaiki cermin2 mata yang lama.
sepertinya, terasa amanah yang dipikul untuk belajar dengan sebaiknya, terbaik. serasa jua harapan yang menggunung daripada mereka; dan saya? insyaAllah akan melangkah dan berjalan dengan sebaik2nya.

ya Allah, nikmat dan rezeki-Mu tidak kunjung putus; ampuni segala dosaku.
insyaAllah.
moga dimudahkanNya semua.



sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~

p/s-kisahnya, juga tentang bidadari; buku itu.

Tuesday, September 16, 2008

bidadari~

salam alaik.

Bintang



dia adalah antara bintang2 dari syurga. dan dia bidadari itu?

siapakah?

(no full entry)
sampai sini saja,
dan kali ini lain,
kaito~

p/s- mimpi saja; bukan kontroversi.

terbang melayang(ii)~

Salam alaik.

Departure



alhamdulillah, tadi bila bangun,
ada 3 misscall daripada kak Suriani JPA (masih ingat dia lagi?);
dan beberapa sms dari Khairiah dan Gembo (mereka classmate saya!) bagi tahu pasal details filght.
[thanks ye korang!] :)

but then, saya call balik kak Suriani,

'ha, ye, tadi kakak nak bagi tahu, details flight akak dah emailkan kat awak'

dan saya pun check my email.


From:Suriani Tuesday, September 16, 2008 10:07:49 AM
To:famek77@yahoo.com; azwinnur_88@yahoo.com; eve_aun@hotmail.com; abhafiz_88@yahoo.com; are_adoc@yaoo.com; patmapriya88@gmail.com; irene_wsk1988@yahoo.com; izzatash@yahoo.com; weili281@gmail.com; chee_cwy_88_sc@hotmail.com; silent_1412@yahoo.com
Cc:harlina

Saudara/i,

Untuk makluman penerbangan ke Ireland adalah pada 25/09/2008 dan penerbangan akan melalui Paris. Maklumat penerbangan adalah seperti berikut :-

25/09 KUL/CDG MH20 2325/0640

26/09 CDG/DUB AF5004 1015/1115

Pelajar-pelajar diingatkan supaya mematuhi semua peraturan yang ditetapkan terutama sekali berkenaan dengan berat beg (20 kg) dan hand luggage ( 5 kg). Saya berharap semua pelajar ke Ireland dapat mematuhi peraturan ini. Ini bagi mengelakkan timbulnya masalah semasa di kaunter check in. Beg harus diikat dengan riben berwarna kuning.


Diingatkan sekali lagi pelajar-pelajar perlu memakai pakaian blazer, seluar slack yang ditempah. Pakaian harus kemas. Kasut bertutup warna hitam.

Semua pelajar diminta berdisplin semasa berada di Klia. Pelajar perlu berkumpul di kaunter C15,16,17 pada jam 5.30 petang . Ini adalah untuk memberi ruang bagi pelajar-pelajar muslim berbuka puasa dan juga mengelakkan kesesakan di kaunter check-in.

Dengan mematuhi peraturan ini, kesemua perkara dapat berjalan dengan lancar... ;)

Sekian, harap maklum


itu lah seadanya. seperti yg tertulis, harap2, kalau ada kawan2 yg sudi datang menghantar kami ini, sila2lah datang.
harap2 selamat semuanya.

it is a new begining, insyaAllah.


sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~
p/s- ini pengumuman. ha ha ha.

Sunday, September 14, 2008

seteguh jati~

Salam alaik.

Harga Sebuah Prinsip


ya ya, sepatutnya ini post bersama coret2 yg lalu, sebab isinya saya dapat sejurus kad debit saya siap.
selesai urusan di maybank. saya ke the store, mencari2 kreko. he he he.
sayangnya, di situ, tiada. hampa. he he. :(

dan saya bergegas keluar.
on the way itu saya bertemu seorang sepertinya pernah dilihat.
pernah kenal dan agak dekat. berbaju kurung hitam, sedondong pula dengan saya pada hari itu. ha ha ha :p
lalu saja memintas dan menegur beliau.

oh rupa2nye, itu cikgu penasihat librarian, cikgu zalena.
ya, memang saya pernah lihat, pernah kenal dan agak dekat. dia ibaratnya seorang ibu pada saya.
dan seperti biasa, tidak pernah kalau bertemu dengannya tanpa ingatan dan tazkirah. huhuhu.

dan dihujung pertemuan kali itu,
"entah lagi kita akan bertemu, tapi cikgu harap, bila balik nanti, jadi seorang muslim yang lebih baik"

sambungnya,

"jaga diri baik dan jadilah orang yg prinsip; jangan asyik ikut ja orang buat"

"dan bila prinsip kita tu mungkin bertentang dengan org laen, kita kena berani lawan".

"ingat, majority belum tentu betul, so, kita tahu yg kita betul, maka kita kena berani lawan; mungkin kita dihina dan direndah2kan, tapi itu semua adalah harga yang perlu dibayar untuk sebuah prinsip"

"insyaAllah cikgu, saya simpan2kan pesanan ini baek." balas saya dalam anggukan.
kami pun usai, cikgu dan anak perempuannya ke kerata honda city barunya dan saya ke motor untuk pulang.

ya, harapnya dan selama ini, saya begitulah. bergerak dengan prinsip, persepsi, dan cara yang perjuangan sendiri. tersendiri
dari sekolah menegah lagi. oleh itu, saya sering dipanggil 'pelik'.
tapi yg penting, selagi saya tahu dan faham apa yg saya buat. biar2kan apa org kata. bukan saya sentiasa betul, ya; ada kala saya tetap consider dan minta pendapat orang lain. cuma dalam mungkin suasana2 tertentu, saya melihat sesuatu itu dengan dan dari sudut yang lain.

apa yg mereka tahu dan faham?

ha ha, dan oleh sebab itu, saya menjadi seorang yg perceiving, not judging.
sebelum diputuskan apa2, saya menilai dan berfikir dari sudut pandang banyak pihak.
dengan itu saya memahami banyak perkara, dan meihat dunia dengan lebih indah.
dan menjadi seorang yg tak mudah ambil hati.

alhamdulillah.
itu la, apa pun, ingat mungkin kita lain, selagi mana itu benar, kita kena pertahankan. majority belum tentu benar mengikut syariat. itu sekadar pendapat orang ramai, yang mungkin diterima sbagai kebiasaan, tetapi selagi ia bertentangan dengan syarak, it is definately no-no. kita yg perlu bangun dan pertahankan.


huhuhu, panjang pulak bising2 kali ini.
ya, biasala, mood menulis ini ada naik turunya.
apa pun, harap2 ini buat kita sama2 berfikir.

librarian smstsp 2005

sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~

p/s-congrate hanan, u found the title ! (sungguh hebat ya ur instinct :) )

Friday, September 12, 2008

coret-coret(vii)~

salam alaik.

Debit Card??

oh ya, kali ini, mungkin cerita sedikit tentang hari ini. ha ha ha.
tadi saya ke maybank kwsp, untuk buat traveller cheque.
tapi bila tiba dikaunter saja. ada seorang pegawai ini cakap,

"isk, hang ni, baik buat debit kad saja, senang; boleh guna kat mana2 tempat"



debit card saya(no card diblurkan) dan cermin mata baru


'"er, ye ke pakcik? kira nanti dan boleh pakai kat sana terus?" soal saya dengan blurnya.

"haAh, nah, pi isi borang ni, satgi pi kat kaunter tu", sambung pakcik tu, sambil dia tunjukkan kaunter tempat buat card @ bukak akaun baru.

saya pun dengan tak tahu apa, isi2kan dan ke kaunter.
bila selesai semua urusan, saya tanya kakak itu,

"eerr, nanti, bila kita withdraw kat sana, die keluar dalam ringgit ke? or euro?"

"die akan automatic convert", slumber je balas kakak yg berkanta lekap tu.

oh ye. ini. rasanya, saya satu2nya pelajar pmc-ireland intec yang ad problem ni.
ya,tak seperti rakan2 yang pergi briefing jpa pada 22 ogos;
mereka terus2 jpa bagi TC EUR 3900, dan cash EUR 300 dan rm 1200.
maka, tentang duit mereka sudah selesai.

tetapi, saya dan syafawati yang datang personal briefing pada 27 ogos pula, diberikan chque yang bernilai puluh2 ribu juga. saya dan syafa mendapat nilai yg bebeza sebab syafa pergi UCD.

so, apa pun, saya kena uruskan semua sendiri kewangannya.
dan bila saya cari2 info fasal kad debit ni, alhamdulillah,
world wide. senang cerita nanti. insyaAllahh.

nampaknye, saya cuma perlu bawa kad ini saja nanti; harap2, segalanya selamat.

sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~

Thursday, September 11, 2008

sesungguhnya~

salam alaik.

Kosong Jiwa

dalam tgh2 ramadhan, fasa ke 2, tempoh keampunan,
terasa jiwa saya kosong, dan dosa saya menggunug.
benar.
saya terasa agak polos, seperti patung.
keringnya jiwa ini ya Allah.




Sesungguhnya- Raihan

Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga

Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu



ya Allah, aku merindui cahayaMu!

(no full entry)
sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~

sebuah buku~

salam alaik.

One in A Million



oh ya, sepatut2nya, ini ditinta oleh nadim.
dia lebih suka buku daripada saya.

kisahnya, saya dan sebuah buku.
kenapa ya?

saya sangat suka buku ini. sangat sangat.
ini buku yang jarang2 saya jumpa,
entah, beberapa buku, yang pernah saya selak2,
pada hemat saya, ini agak lengkap untuk saya.
ingin sangat saya milikinya, tapi buat masa sekarang, belum mampu.
mungkin dalam 6-7 tahun lagi, bila saya mampu dari segi ekonomi.

dimana saya ditakdirkan terjumpa buku itu? ho ho ho,

tentu library intec. library lama yea.
ya, boleh dipinjam, dan saya dipinjamkan sebentar.

tahu2kan, library life intec tu,
tempohnya 2 minggu sahaja.

yaAllah, dan selepas itu,
entah bila pula saya akan bertemu kembali buku itu.
sekarang sudah bukan student intec,
di perlis ini, jauh2 pula dari kedai buku utama (major book stores).

insyaAllah, mungkin bukan sekarang,
mungkin akan masanya nanti;
dapat saya miliki buku itu.
dapat saya tandatangan
dan tulis nama saya disitu. :)
tak lupa bila tarikhnya sekali. he he.

ya, saya sangat suka buku itu, saya mengaku;
macam saya cakap tapi, bukan sebab kulit dia cantik
( dont judge a book by its cover);
tapi isinya lengkap,paling2 tidak pada saya, untuk saya, insyaAllah; alhamdulillah.

apa pun, moga2 dimudahkan saya untuk memilikinya.
insyaAllah, sampai nanti.
akan tiba detik dan tika.
atur tadbir ALLAH semua; siapa lain tahu?

untuk yg memahami, yg sudi mengerti
(ho ho ho, nadim, pinjam ya!)

apa tajuknya??
tidak mahu bagi tahu.
siapa mahu teka? angkat tangan. :)

sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~

p/s-ada sesuatu yang ganjil :p

terbang melayang~

salam alaik.


Fly High

oh ya, bila sebut pasal ini, teringat kem fly high village, di kem sri raudhah, gombak dahulu.
macam2 yang dapat disana.

alhamdulillah, even, saya antara lelaki ALM 7 yg mula2 bagi nama,
dan budak2 alm 7 boy, tak sampai 10 org pun pergi.

seronok, paling2, pengisiannya tentang Fiqh Traveller by Ustaz Hasrizal.
sampai 2 3 kali saya ulang dengar rakamannya.

dan oh ye, untuk adik2 junior yg mahu, boleh contact saya nanti.

kisah terbang melayang,
saya masih sedih. entah apa sebabnya, yg pasti bukan sbb saya nak tinggalkan tanah air nanti.
dah agak ramai kawan2 intec saya yang sudah terbang dan bakal terbang esok, 12 september (ini budak2 ke manipal, india),
bila saya msgkan seseorang tadi,

"Salam, hua, da nak fly da dia. bila check in?"
dan 20 minit kemudian (oh ye, dia mmg jenis lambat balas msg, ha ha ha)

"Ptg esok pkul 5.30, weh x siap kemas lg, cmna nie, wa3"

ha ha, sakan. itu mereka.

saya?

erm, saya akan berangkat agak lewat, pada hujung september.
student penang medical college, ke ireland untuk pre-clinical years di 2 tempat,
satu University College of Dublin (UCD) dan RCSI saya.

kawan2 UCD sudah berangkat pada 1 september yang lalu, sekrang ini dah mulakan kelas dan lecture mereka.
siap ada yang sakan shoping dan berjalan, menikmati tempat baru mereka.

dan pelajar2 RCSI, kelas kami akan bermula pada oktober, maka, insyaAllah, saya akan berangkat pada 25 september nanti.
juga bersamaan 25 ramadhan; dan tahun ini, saya beraya diperantauan nampaknya. haish, dah nasib.

Terlalu lama

apa pun, alhamdulillah, saya akan berangkat 25 september nanti.
masa yg cukup untuk saya membuat persediaan yang patut, dan untuk packing2 semua barang yang perlu dibawa.
tapi buat masa sekarang, belum apa2 lagi, even document2 tidak disusun dan traveller cheque tidak dibuat lagi.
isk2. harap2 dapat selesaikan dalam masa terdekat.

dan ramai bertanya pada saya,

'apa perasaan nak fly?'

honestly, saya dah tak rasa apa, cuma bersyukur.
ya, akibat terlalu lama ( lebih kurang 2 minggu lagi~), segala excited tu semua dah decline, macam sama perasaan saya menunggu result hari itu. nak kata gembira tidak, seronok tidak.
cuma saya menerima dengan seadanya. alhamdulillah.
dan ada kala saya rasa saya sudah pulang daripada Ireland.

oh, ini gara2 satu website yang best, http://dublinbest.wordpress.com , yang begitu menarik sekali menceritakan tentang dublin, ireland, dan life2 disitu, sehingga saya dapat menjiwainya(eeer, saya tahu, frasa ini tidak sesuai). apa pun, terima kasih kepada senior2 yang menjayakannya.

tapi dalam masa yang sama, masih saya sedih dan sayu.
entah kenapa, tapi bukan sebab saya tidak dapat beraya di malaysia, atau meninggalkan keluarga.
atas satu sebab yang lebih dalam.

soal rumah disana; oh ya, kami, pelajar2 RCSI juga tidak tinggal dihostel, tinggal dirumah luar atas sebab cost. alhamdulillah, tapi baru mendapat msg daripada wakil disana, bahawa sudah selesai. sekarang, masih menunggu further info daripada senior itu.

Untuk Mereka


dan ini, khas untuk kawan2 manipal yang bakal terbang esok, insyaAllah, moga selamat2 sampai semua.
semoga berjaya dan pulang dengan selamat 2011 nanti.
keep in touch, dan sepanjang di bumi orang ini, sama2 kita timba ilmu bukan sekadar apa yang ada dalam buku, bahkan lebih meluas dan holistik.

semoga, dalam perantauan orang ini, bisa menjadikan diri kita lebih bijak menilai dan menafsir; menjadikan kita bukan seorang doktor semata, tetapi seorang insan.

insyaAllah, semoga bertemu lagi, andai punya masa dan wang, saya akan pergi melawat kawan2 di manipal, insyaAllah.

sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~

p/s- cik (bekas) presiden, sampai bertemu nanti. =)

Monday, September 8, 2008

destination?(ii)~

salam alaik.

of the first step



ingat2 kembali, pada hari ahad, 24 ogos 2008.
di Ballroom 1, 5th Floor, Legend Hotel, Kuala Lumpur.

hari itu, ada Pre-Departure Briefing by Penang Medical College;
dan saya mendapat offer letter pada hari yg sama.

lagi saya terdiam.

We are pleased to confirm that you have been offered a firm 5 years medical place in Penang Medical College starting in September/October of this year.

You have been allocated at the Royal College of Surgeons in Ireland for the pre-clinical stage of the programme.


alhamdulillah.

apa lagi yg saya dapat ucapkan ketika itu.

terdiam.

being a pmc student, dah cukup baik, dan dapat RCSI; it is really a gift of life.
alhamdulillah.

masih, saya sedih dengan apa yang berlaku dulu.
ya, itu menguatkan jiwa; menjadikan saya lebih banyak merenung dan lebih telus menilai.
membuatkan saya lebih sensitif dan empati;lebih memahami dan menghormati orang lain;
lebih2 bersiap untuk mendepani dunia.

dan saya bersedih untuk 2 org klassmate saya yg tidak bernasib baik seperti ini;
mereka itu teman2 rapat saya di intec.
dan fikir2, ya; soal rezeki ini, kalau ada, akan dapat juga walau apa terjadi sekali pun,
dan seandainya tiada, ada yang lain.
itu tanda ALLAH Maha Pengasih dan Maha Penyanyang.

apa pun, ini bukan sekadar hadiah kosong daripada Allah, dan saya terima begitu.
ini adalah amanah dan tanggungjawab yang amat berat.
satu perjalanan baru akan bermula.

me, as a medical student.

insyaAllah.

sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~

Sunday, September 7, 2008

a medical student~

salam alaik.


ada sumthing yang mahu dikongsi bersama for kawan2 medic student.



dun take it seriously, tapi boleh dibuat renungan dan gelak2 tatkala stress

credit dr.Azli of IMAM UK EIRE and IMAM UK EIRE YahooGroups.


(no full entry)

sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~

Saturday, September 6, 2008

coret-coret(vi)~

salam alaik.

Malas dan Kosong



baru2 ini, saya sendiri dapat rasakan satu sindrom malas menulis. semacam ya, penyakit ini bermusim.
bukan apa, mungkin dalam sibuk2 menguruskan hal2 hendak berangkat. (tetapi sepertinya macam tiada apa sangat).
juga mungkin merasa tenang tenteram penangan ramadhan.

semacam malas ini penyakit universal ya.

daripada malas itu, tiada hasil. hasilnya tiada. kosong.
kepala pun tidak terlintas untuk berfikir2 berat, terasa acuh dan tidak dalam sesuatu.

macam mana nak atasi malas?

soalan cepumas yg sendiri saya tidak dapat jawab.

mungkin dengan matlamat dan hala tuju yg jelas.
daripada itu, kita tahu apa yg perlu dibuat, dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai matlamat
dan tiba di destinasi.

insyaAllah, ingatan untuk saya, dan kita bersama.
p/s-renung2kan gambar diatas.

Masa Depan



kebelakangan ini, sering saja merenung2, sejenak; apa yg akan terjadi nanti, mungkin dalam 3 tahun, 5 tahun dan 10 tahun akan datang.
seakannya, harap2 indah, dan harap2 sudah tentu menjadi insan yang lebih baik.

selalu saya berpesan pada sahabat, saya tidak dapat menjanjikan masa depan.

itu urusan Allah.

kita merancang, ya. dan Allah yang menentukan perancangan itu menjadi, atau lain hujungnya.
Allah juga merancang, dan perancangan Pencipta, tentu lebih baik.

ini adalah kebenaran mutlak bg saya, bukan sekadar untuk menyedap2kan hati.
tugas kita, menjalani hidup dengan lebih baik, dan berusaha sebaik mungkin.
berusaha, berikhtiar, bersungguh dan berdoa untuk yang terbaik.

ada sebahagian kerja itu tugas kita, dan selebihnya milik Allah.

saya merenung juga, menelusuri dan menyoroti masa lalu.
semacam peristiwa yang sempat saya kisahkan, tak terkisah dan cukup untuk saya simpan.
hemat saya, semacam itu semua tidak sia-sia. tidak kosong tanpa makna.
daripada itu, saya, dan kita dapat belajar, dan memahami bahawa yang berlaku itu,
hanyalah untuk menyiapkan diri kita mendepani hari2 mendatang.
menjadi insan yg lebih baik. menjadi lelaki yg lebih bertanggjawab. menjadi kekasih yg lebih setia.

sejarah adalah guru di sekolah kehidupan. itu pasti.
sama ada untuk kita berbaik dan bermesra dengan guru itu, atau biadap dan kurang ajar; itu pilihan kita.
apa yang kita buat, semuanya kembali pada kita; dan kita yang merasa efek dan kesannya.
kalau bijak kita belajar, kita akan lebih matang dan kuat;
jika tidak, kita akan mengulangi kelas2 yang sama; peristiwa2 yg serupa.
untuk kita sama2 renungkan.

semoga yg terbaik untuk saya, sahabat, dan semua.


sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~

p/s-cik(bekas) presiden, selamat fly n keep in touch.

Monday, September 1, 2008

ramadhan kekasih hati~

Salam Alaik,


(gambar daripada senikehidupan.com)


ya, telah tiba kembali satu bulan yg dirindui;
yg penuh berkat.

semoga tidak kali ini, sia2 dan kosong.
moga diakhir nanti, saya dan kita menjadi seorang insan yg lebih baik.

salam ramadhan;
marhaban ya ramadhan, ramadhan karim.

(no full entry)



sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~

Search

  • Snap Shots

    Get Free Shots from Snap.com