Thursday, July 31, 2008

coret-coret(iV)~

Salam Alaik.

Kekosongan


Kata orang, hidup ini umpama roda, sekejap naik, sekejap turun; ada kala kita di atas , dan ada ketika kita di bawah. Pernah tak kadang-kadang itu anda semua merasa kosong, terasa hampa seketika? Tiada sebab2 khas, cuma, tiba2 sahaja. Entah, seminggu ini, saya terasa kekosongan, yang selalu datang, tapi berjaya saya penuhkan; tapi kali ini, mungkin terlalu lama sangat cuti buat yang kosong terus dan bertambah kosong. Teringat kata2 classmate,

“Rasa jauh dari Allah? Guess who moved?”


Mungkin sebab ini juga. Mungkin sebab dosa2 juga yang halang hidayah Allah daripada datang. Kadang-kadang kita sendiri boleh rasa cahaya Allah itu ada dengan kita, dan ada kala hilang.

Boleh jadi kekosongan ini buat sengaja kita untuk rindu kepada Allah. Ya, mungkin, rasanya kekosongan ini boleh terisi dengan mencari Allah, insya-Allah, dengan izin-Nya.

Ya Allah, terimalah taubat2ku, sesungguhnya aku hanya hamba-Mu yang lemah.

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
(Surah Ali-'Imran 3: ayat: 135)


Inside:-
ii. Wow
iii. Kaito dan Nadim Muhammad


WoW



Ini? Wonderful overseas Weekend Satu program persediaan sebelum fly yang saya terlepas, sepatutnya diadakan pada 1-3 Ogos 2008, di Bukit Cerakah, Shah Alam. Sedih dan menyesal sebab tidak dapat ikut. At least dapat tahu sedikit sebanyak sebelum berangkat. Apa pun, salah sendiri juga, tidak aware and ambil tahu awal2, dan contact pihak pengurusan, satu pun tak terjawab, sedih betul. InsyaAllah, lepas ini harap2 dapat dikongsi ilmu dengan kawan2 yang sempat pergi.

Teringat pesan fasilitator masa ldk ice breaking sesama kursus bina negara,

“Mengapa orang barat maju? Sebab when they have information, they take action”


Apa pun, ya, to survive, kita especially as student kena proactive:- gigih dan giat usaha lebih sendiri2. Kalau tidak sendiri akan ketinggalan, dan rugi.

p/s- sorry cik (bekas) presiden, saya tidak dapat pergi dengan tidak kerelaan sendiri.

Kaito dan Nadim Muhammad.

Ingat lagi post saya tentang ‘bunga juga~’? Both Kaito dan Nadim Muhammad merupakan nama tidak rasmi (tidak seperti di MyKad ) saya; apa pun, saya tetap saya. :). But still, why i’am using these name?


Kaito, atau penuhnya Kaito Kuroba:- saya ambil inspirasi daripada salah satu watak detective conan, which is the true identity of the Kaitou(The Phantom Thief) Kid. Yup, the true identity as a simple high school student, but not the thief. Kenapa? Tidak pasti. Hehehe. Apa pun, bila orang tanya kenapa Kaito?, My standard answer will be

“Aku belajar bahasa jepun kat sekolah menengah dulu, so, it is like my japanese name”

And it still be.

But then, for those who knows the truth lies within, keep it as our memories.Personally, yup, there is a story during form 4 dulu, since then, i’m using this name. What happened itu tidak penting, yang pentingnya hasil daripada deretan peristiwa itu, saya menjadi saya yang sekarang. Alhamdulillah.


Nadim Muhammad:- ini nama pena saya, sejak tahun 2006. insyaAllah dalam sibuk2 dunia perubatan nanti saya seriouskan sedikit masa saya untuk dunia penulisan. Koleksi karya boleh dibaca di www.tintanadim.blogspot.com
ilham untuk nama ini? :- satu, cerita Hang Nadim dalam Singapura diserang todak. Dan maksud Nadim dan Muhammad itu sendiri.

Nadim bermaksud sahabat, dan Muhammad itu terpuji.

Maka sengaja saya aturkan Nadim Muhammad, bukan kebiasaan Muhammad Nadim supaya dibaca dan didoa terus saya menjadi Sahabat Terpuji, insya-Allah.

Cukup sampai sini coret2 pendek,
moga bermanfaat,
kaito~
p/s-cik (bekas) presiden, moga selamat sampai Malaysia.

Monday, July 28, 2008

the road not taken~

salam alaik

The Road Not Taken
by Robert Frost (1874–1963). Mountain Interval. 1920.


TWO roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I—
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.



..ini? eh, tidak lupa greeting, apa khabar anda semua? harap sihat2 selalu. satu lagi perkongsian singkat, tapi saya harap bermanfaat. ingat lagi tak poem ini? dalam 'selected poem and short stories' form 4 dulu kan? bila kita baca sekali lalu, memang nampak seorang pengembara dalam hutan, tgh pening nak pilih jalan mana untuk keep on journey dia.

itu sekali lalu, tapi kalau kita renung2kan; simbolik hutan itu adalah kehidupan, dan jalan2 itu adalah pilihan, agak2 apa yg kita boleh dapat daripada poem ini?

Bila Boleh Memilih

dalam hidup, memang ada pilihan, nak tak nak kadang2 kena pilih salah satu sahaja.alhamdulillah, kalau dalam sesuatu peristiwa itu kita boleh memilih apa yang kita mahu dan yang terbaik untuk kita. bila kita ada kuasa untuk memilih, pilihlah sesuatu yang membawa kita lebih dekat kepada ALLAH, meski perkara itu bukan orang biasa buat. memang nampak pelik bg orang lain, tapi bagi Allah betul, itu lebih baik, insyaAllah. :). mungkin agak pelik untuk melawan arus kadang2 itu, tapi untuk mempertahankan yang benar, kita perlu berani.seeloknya, andai ada pilihan yang penting, minta2 petunjuk daripada ALLAH, rajin2 buat solat istikarah. Allah lebih tahu ap yng terbaik untuk kita.

Terpaksa

dan bukan semua perkara kita akan dapat pilih yang kita mahu dan kita suka. seriously saya berkongsi daripada pengalaman. :). kadang2 hidup ini banyak twistnya. ada naik dan ada turun. ada ketika kita berjaya, kadang kala kita gagal dan kecewa. banyak perkara2 yang tidak kita inginkan tak dapat. haish, tentu sakit hati bukan?

bohonglah kalau tak!

tapi insyaAllah, anggaplah semua itu hadiah daripada Allah. ya, hadiah untuk kita sejenak berhenti untuk mengingatkan DIA, untuk kita lebih kenal DIA, dan lebih dekat kepadaNya. Allah pencipta kita, tentu lebih tahu apa yang terbaik untuk ciptaanNya. apa kata sejenak kita renung hikmahnya. ujian2 ini untuk menguatkan diri, hati dan jiwa. insyaAllah. selalunya kalau kecewa kali pertama, seandainya seseorang itu pandai menghadapinya, insyaAllah bila kecewa kali kedua, tidak affect sangat hidupnya

hikmah? ya, terus terang, memang kita tidak nampak sekarang, tapi insyaAllah lama2 akan datang satu demi satu, dan dengan jelas kita faham dan bersyukur dengan apa yang telah berlaku. mungkin kita tak dapat apa yang kita mahu, tapi apa yang kita dapat adalah betul2 berbaik untuk kita. ya, bak kata2 motivasi kat sebelah ini,"Kita tidak boleh ubah apa yang kita lihat, tetapi kita boleh ubah diri kita yang melihatnya. Jika kita tidak dapat apa yang kita suka, maka langkah yang terbaik ialah suka apa yang kita dapat"

sedangkan janji Allah dalam al-baqarah, 216,:-
“..tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bg kamu,dan boleh jd kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bg kamu.Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui”


Kita HambaNya

ya, macam the road not taken, pilihan yang kita lalui, mungkin tak sama dengan orang lain atau tak sama dengan apa yang kita inginkan; which in the end memang make a big difference. tapi macam saya ulang2kan, itu adalah terbaik untuk kita, untuk perkembangan diri kita.

ya, kita hambanya; Allah telah aturkan qada dan qadar, tentang soal jodoh dan rezeki. ketetapan ini bukan untuk kita sudah merasa cukup ( bukan tidak bersyukur); tapi sepatutnya buatkan kita berusaha untuk sesuatu yang lebih baik. ingat, kita usahakan sebaik2 tadbir (urusan, ikhtiar) dan kita tunggu sebaik2 takdir (tawakkal). Allah Maha Adil, Dia tidak buat sesuatu sia2.

akhir kata, ada satu hadis nabi untuk kita renungkan,
"sangat mengagumkan keadaan seorang mukmin, sebab keadaan bagaimanapun baginya adalah baik, dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang muslim. jika mendapat nikmat, dia bersyukur dan itu baik baginya (mendapat pahala), dan apabila menderita kesusahan, dia bersabar, maka kesabaran itu lebih baik baginya(mendapat pahala).
[hadis riwayat Muslim-petikan drpd kitab pedoman hidup muslim]


sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~

Sunday, July 27, 2008

negaraku(ii)-[btn: my story]~

salam alaik.


Secebis Prakata- may i say so?


(gambar 131 orang peserta kursus kenegaraan bersama ketua fasilitator- i know it is the same image as the entry before)


oh ya, saya ulangkan a part of quote dalam post negaraku(i), kata2 ketua fasilitator kem itu selalu;

"adik2, abg harap adik2 semua datang sini dapat buka minda seluas2nya, mungkin ada yang kena paksa, ada yg sukarela, tapi cuba setkan minda adik datang kem ini dengan gelas yang separuh penuh, moga dapat dipenuhkan separuh lagi, bukan gelas yang penuh, menyangka kita tahu semuanya, nnti diri sendiri yang rugi."

"ingat sama2 kita disini, satu hasrat, satu matlamat dan satu tekad", sambung beliau lagi. (err... plkn????)


(pintu masuk ke kem ulu kenas)


haish, agak lama bertangguh untuk ini. malas? mungkin. mungkin juga tidak sampai anginnya. sbb bagi saya, entry post ini lebih bersifat peribadi. sekadar rakaman pengalam secara terus sepanjang kursus kenegaraan, dan insyaAllah secebis ilmu dan hikmah yang saya dapat sulingkan sepanjang program. maka, post ini untuk sesiapa yang berminat sahaja. :).oleh itu, sesiapa yang pernah menyertai kem ini, pasti ada cerita versi mereka sendiri, itu kisah mereka;dialu2kan membaca kepada sesiapa yang belum pernah dan tidak akan, mungkin sedikit sebanyak dapat gambaran, dan untuk junior2 dan kawan2 yang akan pergi, mungkin ini dapat bagi persediaan awal untuk semua, tapi siapa2 yang betul2 nak adventure and betul2 feel, its okay to stop reading here. :p


(its obvious right?)


kem ini, mungkin for some people kem brainwash, but it is true? ngee, itu kalau hendak tahu, pergi merasa sendiri.
apa pun, saya ringkaskan disini, kursus yang selama 5 hari itu di kem bina negara ulu kenas, kuala kangsar (dan kem2 ditempat lain yang sama) terdiri daripada 4 sesi ceramah :o, diikuti oleh 9 sesi ldk :#, ujian fizikal, lari 2 kilometer, :z kembara dan ujian bertulis :y pada hari terakhir. but even semua2 ini, in short, this kursus memang sangat best(depends how we accept it)!


(ini sebab banyak gambar fasilities dalam itu tiada)

sila klik read full entry untuk cerita yang lebih panjang.

Menara Bangsa

“Suria muncul di pagi hari,
Kita bangun sederap kaki,
Menara bangsa akan kita bina,
Perkasa tiada rebah lagi.

Mentari sudah ada di sini,
Pasti bersinar seribu tahun lagi,
Biar berhembus angin sangka kala,
Malam pasti tiada datang.

Kita sudah tiada perlu tidur,
kerna mimpi ada di depan mata,
Embun jernih pengganti keringat,
Berkilau bagai mutiara.

Rimba akan terus hijau,
Unggas riang ria b’kicau,
Air jernih meriak di sungai,
Udara nyaman tenang di rongga.

Darah kembali berharga,
Merah buat penyeri muka,
Senyum jernih meniti di bibir,
Kasih sayang jadi milik semua.

Kita bebas,
terbang laksana burung,
Terikat hanya di tali cinta.
Kita bebas terbang laksana burung,
Terikat hanya di tali cinta.”

Menara Bangsa -
(tekan play untuk dengar)


terus terang, ini lagu wajib kursus ini. percayalah, mula2 itu memang susah nak menyanyikan lagu klasik (eh, taklah sampai 60-an), tapi insyaAllah, when the camp habis, terngiang2 selalu.memang mula2 itu, hancur, pitching lari, sampai ketua fasilitator buat kelas vokal khas pula. macam2. lagu ini ada makna yang mendalam, dan dinyanyikan pada setiap sesi ceramah dan sesi penutup. :)

Pembentangan Kertas Kerja

ini? ini adalah ceramah (isnin malam sehingga selasa petang), cuma didalam jadual program diayatkan dengan lebih elok. :p. kertas kerja yang dibentangkan adalah tentang elemen2 negara yang saya tulis dalam post yang lalau:- tanah air, rakyat, kerajaan dan kedaulatan (include rumusan). untuk setiap sesi, seorang peserta dilantik menjadi pengerusi majlis dan penghulu dikehendaki membuat laporan kepada penceramah. sebelum laporang dibuat, kami beramai2 menyanyikan lagu menara bangsa. secara ammnya, pengisian kertas kerja ini baik, penceramah2nya juga berpengalaman. daripada pembentangan kertas2 kerja ini, banyak informasi yang kita tahu, mungkin sebelum ini kita tahu, cuma tak beberapa ambil kisah. banyak yang penting telah saya rumuskan dalam post yang lalu; betapa pentingnya kedaulatan negara. untuk pertahankan kedaulatan, penting pula kestabilan politik, dan untuk kestabilan politik negara, perpaduan antara kaum di malaysia kena terus mantap dan kukuh. untuk itu, semua rakyat malaysia harus faham sejarah, dan betapa pentingnya kontrak sosial. itu secara umum. cukuplah mungkin. :) apa pun, as malaysian, kita patut bersyukur.

LDK-Latih Diri Kental

kumpulan 8, jalur gemilang


macam saya bagi tahu tadi, sesi LDK (latihan dalam kumpulan) yang ada sebanyak 9 sesi ini selama 2 hari (officially rabu dan khamis) adalah komponen utama kursus ini. selepas tamat ceramah, kami semua dihimpunkan di dalam dewan utama pada malam selasa untuk sesi pertama ldk, iaitu ice breaking, daripada situ, semua fasilitator diperkenalkan (er... tak ingat semua pun) dan beberapa aktiviti berlangsung. salah satu daripadanya, ujian 3 minit, dimana peserta diberi kertas yang mengandungi arahan dan perlu laksanakan arahan2 tersebut. but it is a trick, because in the end, the last arahan is just asking the students to sit down, so, sesiapa yang tak baca arahan sampai habis memang terkena. :p. and then kami dipisahkan kepada 11 kumpulan kecil, yang terdiri daripada 12-14 orang dalam tiap2 kumpulan, dan setiap kumpulan dikenali dengan nama lagu2 patriotik malaysia, contohnya kumpulan saya, jalur gemilang. dan penglibatan dalam ldk ini menyumbang 55% markah untuk the whole kem.


saya menggambarkannya sebagai wadah untuk 'latih diri kental'-kenapa?. saya tidak tahu apa yang berlaku dalam ldk lain, tapi dalam kumpulan ldk saya, fasilitator bukan sahaja mengisi dengan pengisian yang dirancang, tetapi dalam masa yang sama mereka membina jati diri dan keyakinan dalam setiap ahli kumpulan. daripada 9 ldk yang ada, hanya tujuh sahaja ldk dalam kumpulan kecil. dan ditempatkan dibilik ldk masing. kumpulan saya di rumah kempas, bilik 2.

pengisisan ldk bermula dengan sesi taaruf, kenal diri, tahu tentang negara, kemudian perbincangan, macam biasa. dibincangkan banyak tentang sejarah kita, dan perkara2 yang ditekankan seperti perkara 153 perlembagaan. ya, dalam ldk ini, mungkin kita dapat belajar banyak, tapi itu semua terpulang pada diri masing2 untuk terima macam mana. memang, dalam kumpulan saya, mula2 itu, ya Allah, hambar sangat. sangat hambar. (sorry guys!!), tapi syukur dengan Pak Ismail n Pak Zaidi, fasilitator kami berjaya hidupkan kumpulan. mula2 itu mereka sangat2 garang, tapi lama2kumpulan kecil kami makin seronok, tambah bila sudah saling kenal tiap ahli.

mungkin saya bernasib baik dapat kumpulan itu, sebab fasilitator2 kami bukan sahaja ikut modul, tapi bagi saya, saya melihat mereka membina the inner strength of us. daripada yang cakap tak dengar bunyi jadi kuat, yang cuak speak in front dah jadi slumber, dan macam2 lagi, semua dalam tidak sampai 2 hari. alhamdulillah. tapi teringat juga kami didenda tawaf menyanyikan lagu jalur gemilang sbb 'disalahkan' dalam satu aktiviti.[ apa pun, thanks guys =)]

on the last ldk (binding) kami semua dikumpulkan kembali beramai2 di dewan utama untuk sesi rumusan ldk. but then, ada aktiviti2 lain sebelum tamat. salah satunya break stone (xmahu ulas lanjut) dan menyanyikan lagu tiap kumpulan kuat2. dan alhamdulillah, kumpulan saya dapat tempat kedua. ahahaha macam2.
then, kami diminta untuk membuat satu tugu manusia, dengan seorang lelaki memegang jalur gemilang diatas, dan peserta perempuan ramai2 buat bulatan besar, sampai dengan penuh semangat menyanyikan lagu jalur gemilang (lagi? :p). selepas itu dipertontontkan video tentang betapa pentingnya menjaga kedaulatan negara kita. :). lepas sesi penutup, kami beramai2 bersalaman dengan fasilitator2. :)

Ujian Fizikal + Kembara

ini termasuk dalam 5% markah, which include a series of physical activities, macam pusing2, tahan nafas satu minit, lompat tali pendek, pumping, balancing. dan pada hari lain, kami perlu lari 2 kilometer dalam masa 18 minit bagi lelaki dan 24 minit bagi perempuan. dan khas di kem ulu kenas, kami berpeluang merasai turun menara setinggi 15 kaki?.

kembara pula hambar, sangat hambar disebabkan pihak kem mengejar masa, lalu mereka telah memendekkan sesi kembara; kembara yang sepatutnya menjadi sesi yg mencabar, sekadar menjadi jalan2 melihat alam sahaja.

Ujian Bertulis

ini merangkumi selebihnya 40% markah untuk cemerlang dalam kursus kenegaraan ini dan diadakan pada hari terakhir. seingat saya, ada 60 soalan objektif yang perlu dijawab dalam 1 jam 30 minit, tapi ramai saja yang siap lebih awal . banyak berkisar tentang islam hadhari, dan semua pengisian yang kami dapat dalam ceramah dan ldk sepanjang kursus.

Makanan

eh? aA.. ini tidak langsung perlu risau. 6 kali sehari, bagi saya, time makan from next time makan, tidak sempat merasa lapar, and in fact berat naik mendadak selepas balik daripada kem ini. (oh tidak!). di kem saya, makan tengah hari dan malam, lauknya sama sahaja, cuma berbeza masakannya. tapi di kem2 lain, kawan2 saya beritahu yang lauknya berbeza. =)

Konklusi

apa pun, in short, kem ini memang seronok. alhamdulillah, ada juga pengisian sepanjang cuti, kalau tidak duduk kosong saja.
at least kita boleh kenal ramai kawan, belajar hal2 baru. ramai juga kawan2 yang balik daripada kem ini terlebih2 patriotik, alhamdulillah la- kena sayang negara kita. =). kita patut bersyukur, as malaysian, we are here.

apa pun, sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~

p/s-this is a personal story.




Friday, July 25, 2008

Negaraku(i)~

Salam alaik~



Open Your Mind

"Mind works like parachute, its only works when you open it",
nasihat Ketua Fasilitator Kursus Kenegaraan pada sesi tazkirah kepada 131 orang peserta kursus yang berlansung selama 5 hari itu.

dan dia selalu mengulang2kan,

"Adik2, abg harap adik2 semua datang sini dapat buka minda seluas2nya, mungkin ada yang kena paksa, ada yg sukarela, tapi cuba setkan minda adik datang kem ini dengan gelas yang separuh penuh, moga dapat dipenuhkan separuh lagi, bukan gelas yang penuh, menyangka kita tahu semuanya, nnti diri sendiri yang rugi. ingat sama2 kita disini, satu hasrat, satu matlamat dan satu tekad"


ha, sampai juga mood nak berkongsi secebis pengalaman dan ilmu daripada Kursus Kenegaraan Mahasiswa Ke Luar Negara(KMR-H1850-08), 14-18 julai 2008 di kem bina negara ulu kenas, kuala kangsar. mungkin post kali ini panjang, oleh itu; saya letakkan rumusan disini. ya, untuk siapa2 yang tidak ingin baca panjang, cuma isi penting yang saya nak stresskan, untuk kesedaran kita bersama.

Perpaduan Perlu Kekal dan Kukuh


ini post serious.ini bicara sebagai rakyat malaysia, untuk rakyat malaysia. daripada sesi ceramah yang pertama, sesebuah negara itu terdiri daripada elemen2 seperti tanah air, rakyat, kerajaan dan kedaulatan; maka, mungkin dapat disimpulkan bahawa sesebuah negara itu adalah tanah air yang ada rakyat, dan kerajaan yang ada kedaulatan. dan tentu semua tahu or faham tentang apa itu tanah air, rakyat dan kerajaan. tapi, apa itu kedaulatan? kedaulatan adalah satu hak kepada sesebuah negara untuk memerintah dan mentadbir negara dengan acuan sendiri tanpa campur tangan kuasa asing. dengan kedaulatan, negara kita dapat buat dan laksanakan dasar sendiri, dapat kawal perbelanjaan sendiri, oleh itu ketenteraman negara terjamin.

apa jadi bila sesebuah negara itu hilang kedaulatan?

kalau nak list semua, memang panjang, tapi semua itu sedikit sebanyak dapat digambarkan dengan negara2 islam yang kita semua tahu, palestine dan iraq. palestine- tengak apa jadi sejak israel lancarkan kempen zionis? tanah air mereka ada, tapi rakyat mereka tidak dapat merasakan kebebasan untuk mentadbir negara sendiri, dan semua dikawal, ditindas dan diperkotakkatikkan oleh isreal laknatullah itu. anda mahu negara kita jadi begitu? iraq- sejak 2003, america melancarkan perang ke atas regim saddam hussein, atas alasan ada wmd( weapon mass destruction)- senjata pemusnah besar2an- tapi as 5 years berlalu, tgk? apa pun tidak ada bukan? itu sekadar alasan2 kosong untuk kuasai sumber minyak di iraq. kita sendiri dapat lihat (perlukah saya letakkan gambar disini?) betapa rakyat iraq itu dipermainkan, dihina, ditelanjang, diseksa, dibinatangkan oleh tentera2 america. mesage america cuma satu - siapa yang berani menentang mereka akan binasa. mahu juga negara kita jadi begini?

kenapa boleh jadi seperti apa yang berlaku diatas? kita ambik iraq sebab komposisi masyarakat lebih kurang daripada kita-ada tiga puak utama iaitu sunni, syiah, dan kurdish. bagaimana america boleh masuk?, sebab puak2 ini saling tidak bersatu yang sering bertelingkah. so, dapat pointnya disini? perpaduan negara kita perlu kukuh dan utuh, jika tidak negara kita bila2 masa boleh dijajah kembali selepas merdeka. anda semua mahu dijajah kembali? cukuplah 446 tahun dulu. kita rakyat malaysia, tak kira melayu, cina, india, dan minoriti lain harus faham situasi ini, betapa pentingnya perpaduan untuk sesebuah kedaulatan, jika hilang perpaduan itu, kestabilan politik negara (ini secara umum, bukan memihak mana2 parti politik atau merujuk pada mana2 parti) akan tergugat, lantas kuasa2 asing yang sudah lama mengintai sudah punyai alasan untuk campur tangan seperti america (tengok dalam kes anwar baru2 ini, kenapa tiba2 america bising?). kita mungkin berbeza agama, adat, fahaman dan sebagainya, tetapi kita ada negara yang kita perlu jaga, tanah air yang perlu kita bela. ingat itu, kalau dijajah lagi, malu kita hendak berdepan dengan nenek moyang kita, dan cucu- cucu kita nanti.


Tulang Belakang


raja2 melayu


[istilah penting-politik= bukan memihak mana2 parti, tapi merujuk kepada kuasa yang dipegang]
saya bagi amaran awal2. untuk terus membaca ini, kena dengan minda yang terbuka, sebab kalau anda menutup minda dan menstatikkan dimensi dan persepsi, entry ini adalah racist. dan ini bicara tentang betapa pentingnya orang melayu memegang kuasa politik utama dan menjadi tunjang utama politik dimalaysia. untuk bangsa melayu, sedar2kan diri. sedar2kan diri, perjuangan kita belum selesai, tugas mengisi kemerdekaan ada dalam tangan kita,

pernah terfikir kenapa?

sepanjang sesi2 akhir ldk, perkara ini secara langsung dan terus dibangkitkan;(ingat, ini bukan memihak pada mana2 parti).
terus kepada isi utama, dengan kuasa politiklah, kita, melayu dapat melangsungkan survival bangsa kita dan seterusnya menjaga kebajikan kaum2 asing. dengan kuasa politik, baru bangsa kita terbela. anda percaya?. tapi itu kebenarannya, fikir2 dan renung2kan kembali; buka kembali sejarah negara kita.

dahulunya bangsa kita mundur, teruk, terbiar dek penjajah british, sekadar pesawah, petani dan nelayan. even dalam education pun british tidak bagi anak2 melayu belajar tinggi, sekadar cukup2 makan saja. kenapa? sebab kita tidak pegang kuasa politik. itu saja. dan tengok sekarang selepas merdeka? bagaimana kerajaan (umun, neutral dan tidak memihak pada mana2 parti) bantu orang melayu untuk maju - kita ada kuasa? anda sendiri tentu dapat jawab bukan?.

dalam negara kita, hak2 melayu dipertahankan, orang melayu ditolong benar2. perkara 153 dalam perlembangaan, salah satu subset pertama dan kedua menyatakan, orang melayu ini dapat tanah rezab, ada kuota untuk permit, lesen, biasiswa, bantuan2 pendidikan dan sebagainya. okay, so, daripada ini, macam mana ini dapat direalisasikan? tentu dengan kuasa politik bukan? perkara 153 ini bukan kita orang melayu senang2 dapat, tetapi dengan pengorbanan yang sangat besar. ya, sangat besar. sebabnya, ini adalah syarat kontrak sosial yang berlaku antara pemimpin2 berbilang kaum untuk mencapai kemerdekaan:- orang melayu memberikan kerakyatan kepada orang bukan melayu, inexchange orang bukan melayu mengiktiraf perkara2 153 ini. tapi sekarang tengok apa jadi? ramai2 puak bukan melayu yang tidak faham sejarah mengungkit hak2 keistimewaan orang melayu. dan kalau terus begini, sepatutnya kita mengungkit tentang kerakyatan mereka juga kan?

maka, kita orang2 melayu seharusnya sedar. untuk pertahankan kuasa untuk terus kita menjadi teras, kita sesama kita perlu bersatu tidak kira apa juga fahaman politik kita. kita perlu berpadu, seperti perpaduan tok nenek kita semasa menentang pengistiharan malayan union ketika dulu. daripada situ, barulah hak2 kita terjamin dalam bidang pendidikan, ekonomi dan sosial. daripada perpaduan yang kuat, kita dapat bela agama dan bangsa kita, jesteru negara. pernah anak2 remaja sekarang terfikir dan befikir tentang ini?pernahkah orang kita berfikir tentang ini? kelansungan dan survival bangsa kita sekarang. kalau kita tgk paper, tgk berita, orang melayu sendiri saling bercakaran dan bertengkar sesama sendiri sbab agenda politik yang sendiri. menyusahkan orang saja. daripada buang masa debat minyak kosong, ada baiknya fikirkan macam mana nak bantu rakyat terus. sekadar cakap2 kosong, siapapun boleh omong.

apa pun, as melayu, kita kena ubah mindset kita, kita kena kuat berjuang dan berdaya saing untuk setaraf dan berada lebih tinggi daripada bangsa2 lain di malaysia untuk kebajikan kita dan bersama. kita perlu pegang kuasa politik dan ekonomi; jika tidak kita akan jadi boneka dan hamba ditanah air kita sendiri. mungkin tidak sekarang, tapi dalam 10 tahun lagi siapa tahu? tgk anak2 remaja sekarang, betapa ramai yang terjebak dalam gejala sosial, rosak akhlak, merempit, hisap dadah. anak2 bangsa lain berjaya di universiti, sebilangan anak2 melayu bangganya repeat di pusat serenti. haish. kalau begini, macam mana nak warisi negara kita? fikir2 dan renung2kan, sebab kata hang tuah pada lebih kurang 500 tahun lalu, "takkan melayu hilang didunia". yang mana tidak hilang? sekadar bangsa atau kuasa? jawapannya ada pada kita.

sampai sini saja,
moga bermanfaat.
kaito~

JanjiNya~

Salam alaik,

entah kenapa sepi 2 3hari ini; banyak hendak berkongsi, tapi tidak tertulis. apa pun, mari kita renung2kan gambar dibawah
(sumber http://senikehidupan.com)




(no full entry)

sampai sini saja,
moga bermanfaat.
kaito~

Tuesday, July 22, 2008

memberi, kerana ALLAH.~

salam alaik~


Ikhlas

"Eh, dengar mamat tu tulis blog masa cuti, rajin betul", kata seorang classmate saya time tunggu nak ke Kuala Kangsar.
"Rasa-rasa, sapa yang nak baca kisah hidup dia tu ek", sambung dia lagi.
[Oh ya, dia refer kepada schoolmate dia, bukan saya. :-P]

dan walaupun bukan dia refer kepada saya, tapi terasa juga mungkin. hahaha. :-).kata-kata macam itu kadang2 memang menusuk, terasa. dan kali ini nak saya kongsi sedikit tentang ini.menulis blog. masing2 ada tujuan sendiri, dan untuk apa blog mereka wujud. macam2 kita dapat tgk dan baca daripada segenap topik, bermula tentang diri sendiri, hingga entah apa2 lagi.

dan saya nak berbincang tentang ikhlas. bukan sekadar dalam menulis blog saja. .
insyaAllah, ini untuk diaplikasikan dalam segenap hidup.

Yang Penting Hati

Teringat post yang lama di Minds of Kaito dulu, yang bak kata ilah, "yang penting hati". ikhlas dan hati? memang ibarat siang dan suria. ikhlas itu datang daripada hati yang ihsan. eh, ihsan pula? tentu kawan2 tahu apa itu ihsan bukan? pernah ditanya Rasulullah akan Jibril, apa itu ihsan, dan jawab baginda:-
"Bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya, jika engkau tidak melihatnya (sekalipun) sebenarnya Ia melihat engkau" (Hadis Muttafaqun'Alaih).


Ikhlas Dalam Memberi

ini main point post ini. memberi dengan ikhlas, cukup kerana ALLAH. memberi dan berkongsi, bagi sesetengah orang amat berat. kenapa? itu mungkin sebab mereka pentingkan diri sendiri, terasa takut nak memberi, risau yang ada itu berkurang. kalau mereka memberi pun, cukup2 mengharapkan pengiktirafan dan balasan daripada orang lain, kalau tidak, jangan haraplah.

seandainya kita ikhlas kerana Allah dalam memberi, insyaAllah kita akan buat sehabis baik, sebaik-baiknya. tidak kisah dalam apa sekali pun, memberi ikhlas kerana Allah secara tidak langsung membuatkan kita menjalankan peranan sebagai seorang insan yang semata-mata mengharapkan keredaan Allah, dan dengan itu buat terasa kita benar2 kerdil.

dalam apa yang kita buat, tidak kisah sebagai sahabat, teman, anak, abang, suami, isteri, majikan, pekerja atau apa2 pun, kalau kita dapat melaksanakan peranan dan tugas kita dengan cukup baik, dan insyaAllah sempurna. dengan itu, secara langsung, tertunai segala hak yang dituntut oleh orang lain, mungkin sahabat, pasangan hidup, majikan dan sebagainya.

pendek saja kali ini, tapi renung2kan;
kita membina hidup dengan apa yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri.

sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~




Monday, July 21, 2008

hijrah untukNya~

salam alaik,

dan dengan nama Allah kita mulakan.tapi, mungkin selepas seminggu berhenti seketika daripada menulis, agak kekok untuk teruskan kembali; apa pun, post tentang pengalaman kursus kenegaraan ditangguhkan dahulu.

Perubahan


kita bermula dengan yang lebih asas, yakni definisi. (buku pendidikan islam fokus pmr pelangi)- hijrah dari segi bahasa bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat; manakala dari segi istilah pula perpindahan Rasulullah dari Mekah ke Madinah.

seperti yang kita semua tahu; apabila mendengar perkataan ini, teringat akan peristiwa hijrah Nabi Muhammad daripada Mekah ke Yathrib @ Madinah. itu yang tipikal. apa yang saya ingin berkongsi pendapat dan pandangan adalah dalam konteks yang lebih hikmah, iaitu berubah. insyaAllah, perubahan daripada keadaan asal, menjadi yang lebih baik.

dan telah Allah berfiman dalam Surah Ar-Rad, ayat 11:
"....Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..."


ya, itu janjiNya. renung2 dan tenung. apa pun, isi pentingnya disini, perubahan itu bermula dengan dan dalam diri kita. kita hendak, kita sedar dan kita tahu. maka daripada itu, insyaAllah satu tindakan akan muncul. dan dengan izinNya, itu adalah langkah2 awal untuk menuju kejayaan.

Pengorbanan

ini adalah focus utama kenapa post ini wujud;pengorbanan dan hijrah. mungkin pada orang agak sinonim, ada yang rasa tiada kena mengena. biasalah manusia,sama-sama khilaf.hijrah dan pengorbanan, pada saya sendiri agak signifikan kalau kita hendak berubah menjadi lebih baik. meninggalkan tabiat atau kebiasaan lama. memang, susah kalau kita hendak tinggalkan satu comfort zone kita dan membentuk satu comfort zone yang baru.

apa pun, bila terasa berat nak korbankan sesuatu untuk hijrah, seperti masa, komitmen, kebiasaan hidup, dan semua2; kita tenung balik sejarah hijrah itu sendiri. dapatkah kita bayangkan bagaimana perasaan Rasulullah ketika berhijrah itu? Betapa kuatnya baginda untuk tinggalkan Mekah, tempat tumpah darahnya, dengan pula banyak saudaranya disitu?. tapi baginda yakin dengan janji Allah. dan kita sendiri tahu apa hasilnya; Madinah Munawarah- kerajaan Islam pertama terbentuk, lantas menjadi kubu utama untuk menyebarkan islam.

wallahualam

cukup sampai ini dulu, sekadar mencari kembali momentum yang hilang;
moga bermanfaat,
kaito~




Saturday, July 19, 2008

resolusi reformasi~

Salam alaik.


Reformasi

ya, insyaAllah, selepas penambahbaikan grafik dan layout blog, (meski tak lengkap sepenuhnya) aku fikir2, ada baiknya aku gunakan blog ini ke arah sesuatu yang lebih baik. terus berkongsi, tetapi lebih yang bermanfaat. reformasi. ini bukan reformasi yang dilaung2kan dalam 10 tahun lepas (dan langsung tidak ada kena mengena dengan politik tanah air). mengikut kamus dewan edisi ketiga, perkataan reformasi bermaksud, "(réformasi) perubahan atau pembaharuan yg mengarah kpd keadaan yg lebih baik, mis dlm sistem sosial, politik, dan kebudayaan sesebuah masyarakat:". insyaAllah, kearah yang lebih baik. usaha ini bukan yang boleh selesai dalam satu malam, tetapi perlukan masa yang panjang, dan usaha yang tak kenal lelah. harap2 segala ini, yang saya kongsikan dengan dunia menjadi sesuatu yang bukan kosong dan sia2.

1. Latar Belakang
asalnya, aku buat blog ini saja2; mungkin boleh dikata serampang dua mata:- untuk isi masa lapang time cuti selepas a-level dan before fly; dan melatih diri aku untuk menulis dengan lebih baik dan kerap. sebelum ini, "Minds of Kaito" di www.silent1412.wordpress.com adalah satu blog untuk merakam kisah2 aku sepanjang a-level, dan untuk orang2 yang dekat, dan dijemput sahaja. reformasi kali ini adalah untuk membawa blog ini menjadi satu wadah perkongsian ilmu, bersama dan dengan dunia, moga bersama, saya dan dunia memperoleh manfaat.

2. Matlamat
insyaAllah, bila dah siap sebahagian sedikit dalam 2 minggu lepas; pengisian blog ini juga penting, bagaimana dan ke mana, itu menjadi satu persoalan. konsep sekarang adalah perkongsian, saya akan mengisahkan apa2 yang patut; dan insyaAllah bersama2 kita berkongsi ilmu. segala macam perkongsian, mungkin dalam dan tentang hidup dan kehidupan, motivasi, cinta, perkahwinan, isu-isu semasa, kisah orang perseorangan, dan juga insyaAllah, sebagai wadah dakwah; menjadi wacana untuk membawa diri kita kearah yang lebih baik.

3. Posting
ini adalah tentang dan kekerapan. posting saya merupakan penulisan saya sendiri, dan mungkin diolah daripada sumber2 yang dinyatakan atau terus diambil daripada mana2 yang tertentu(sudah tentu tidak lupa untuk memberi penghargaan); seperti mana yang diungkap dalam sub tajuk Matlamat di atas, kebanyakan posting sedikit sebanyak berkisar dan berlegar tentang hidup dan kehidupan amnya. dan daripada itu, sama2 kita sulingkan hikmah. apa yang bisa kita dapat daripada peristiwa, mungkin sesuatu itu nampak kecil, tapi impaknya luar biasa. insyaAllah, kebanyakan pengisian berdasarkan pengalaman dan teladan, bukan rekaan dan perasaan semata2. kekerapan posting? insyaAllah saya akan tulis seadanya yang saya mampu; andai punya luang panjang, ada pengisian. insyaAllah. tapi sebolehnya saya cuba untuk berkongsi satu post tiap hari.

4. Sasaran dan Jaringan
untuk sesiapa yang sudi. itu paling tulus yang saya dapat sasarkan. kita tidak boleh paksa sesiapa untuk ini (singgah dan baca). yang penting kerelaan hati anda yang sudi singgah dan menjengah dunia kecil ini, dan mengambil apa yang ada untuk saling memperbaik diri termasuk saya. sudah tentu pengalaman saya dan orang2 yang terlibat mungkin kecil. ada lagi yang lebih hebat, lebih besar dan tak tertanding. apa pun, matlamat saya adalah untuk berkongsi, tidak kisah apa pun, yang penting ilmu itu, kita dapat hayati bersama. dan kepada sahabat2, kawan2, dan kenalan2, seandainya anda semua mendapati laman ini baik, terus2kan menyokong dan segala yang kurang itu harap2 anda suarakan, moga2 saya dapat menambahbaik lagi untuk kebaikan bersama. saya amat berharap saya dapat membina satu jaringan yang kuat dengan semua, moga matlamat blog saya sebagai perkongsian dan medan dakwah tercapai. untuk itu, saya berharap anda semua dapat membantu saya untuk mengukuhkan jaringan blog ini sesama kita.

5. Kesimpulan dan Harapan
insyaAllah, semua ini harap2nya baik untuk semua; saya dan anda, moga sama2 mendapat manfaat. moga satu blog kecil ini bukan sekadar himpunan aksara2 yang berjuta, tapi kosong tanpa makna. dan semua ini, seperti yang saya bicarakan tadi, bukan dapat siap dan selesai dalam satu malam. untuk menjayakan matlamat, kita bermula selangkah kecil, sedikit demi sedikit untuk sampai ke destinasi. kejayaan besar adalah himpunan kolektif daripada tiap2 kejayaan2 kecil. moga berjaya saya gunakan ini sebagai wadah dakwah islamiah dan pembangunan diri untuk saya, dan anda semua menjadi insan yang lebih baik. sama2 kita doa2kan untuk yang terbaik. insyaAllah. dan terima kasih untuk semua.

dan dengan lafaz bismillah, saya mengumumkan revolusi reformasi "Minds of Kaito".

sampai sini dulu,
moga bermanfaat.
kaito~

coret-coret(iii)

Salam alaik


Satu Langkah Baru

alhamdulillah, dah selamat sampai rumah selepas satu minggu di Kem Bina Negara Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak.
tak tahu nak tulis apa sangat, sebab itu mencoret pendek. post pengalaman tentang btn, insyaAllah saya akan kisahkan nanti, cuma sebelum itu perlu dirangka beberapa reformasi hala tuju "Minds of Kaito" dahulu.

apa pun, berbanyak terima kasih kepada anda; sahabat2, kawan2, kenalan2 atau sesiapa yang telah banyak sangat membantu dalam pembangunan blog ini, sama ada secara terus, langsung atau dalam apa jua kondisi yang sedia ada. banyak2 terima kasih.
insyaAllah, selepas ini, saya akan hala tujukan perjalanan blog ini ke satu matlamat yang lebih jelas, akan kenapa dan mengapa blog ini wujud.

sampai sini dulu,
moga bermanfaat
kaito~

Friday, July 11, 2008

bila ALLAH menguji~

Salam alaik.


Satu Perjalanan Jiwa


1. baik, dengan nama ALLAH aku mulakan; ya, hari ini betul2 aku nak berkongsi cerita tentang dugaan menimpa2. alahmdulilah. :). bila Allah nak tunjuk kuasanya, DIA boleh. baik, cerita ini asalnya bermula pada 1 July, time aku pergi buat medical checkup; hari itu just sekadar buat urine test, chest x-ray dan ambil blood sample; then diberitahu kerani itu supaya datang pada 8 July untuk Mantoux Test (Tb test). so far, alhamdulillah segala berjalan lancar, dan dengan baiknya. selepas ambil suntikan Tb pada selasa (8 July); aku diminta datang untuk mengambil keputusan semua dan habiskan sight dan eye test pada hari ini, jumaat 11 July jam 2.45.

2. daripada pagi tadi; alhamdulillah segalanya berjalan lancar, tapi selepas balik daripada solat jumaat, dalam pukul 2.15 petang, dan bersiap2, aku tgk motor tidak ada. ya Allah, emak aku pergi ke pejabat pos untuk mengirimkan wang kepada atuk aku di baling. so aku tunggu. okay, tabah lagi menunggu, dah pukul 2.30, kemudian pukul 2.45, dan kemudian 3.00. ya Allah, aku dah terlewat. so, aku terpaksa kejutkan ayah aku dan minta dia hantarkan. (aku tak mahu kejutkan awal2 sbb selalunya aku pergi dan selesaikan semua sendiri.) alhamdulillah, kasih sayang seorang ayah itu, selesai satu masalah, itu baru satu.

3. bila dah sampai hospital, ambil nombor giliran semua; tunggulah aku dengan taat ( ya, saya tahu, perkataan ini tidak sesuai :p) dan penantian yang cukup lama itu benar2 menyeksakan. nurse itu bagi aku bilik doctor yang agak slow progressnya; and its turn out that i be the last person to see the doctor, before that aku ditimbang berat (constant since last year) dan diukur tinggi (reading=173 cm?? -aku makin pendek ke sbb my 2006 medical checkup reading 173.8cm). okay, bila dan dipanggil nombor 4052; masuklah aku ke bilik pemerikasaan no 1 itu dengan slumber dan berharap semua dapat selesai dengan cepat.

4.tapi, (okeh, kalau dalam cerpen, ini dipanggil konflik dan klimaks cerita-sekadar nota tambahan tapi ini kisah benar :z ); bila doctor itu check semua body system; alhamdulillah semua okay; then its it the time kena doctor isi result blood test. result untuk Hepatitis B dan HIV ada, (alhamdulillah, saya negatif); tiba sampai ke result VDRL test (VDRL test: A blood test for syphilis (VDRL stands for Venereal Disease Research Laboratory) that detects an antibody that is present in the bloodstream when a patient has syphilis.) resultnya tiada dalam database. doctor bingung, dia minta aku ke kaunter hadapan untuk beritahu nurse dan contactkan lab. tunggu sekejap. dapat call daripada lab, mintak tgk balik database. aku masuk balik dalam bilik doctor, dan doctor cakap tiada. yang bingung doctor itu, dah jadi bengang. aku helpless. mengadu kat nurse depan tadi.

5. nurse di kaunter, yang aku takkan lupa namaya, Rosliza bt Mohd Amin; orang kelantan. masih ada slang a.k.a loghat kekelantanan meski dia cuba meng'KL'kan cakap2 dia. :). Kak Liza itu yang bersusah2 tolong aku. terima kasih kak, terima kasih sangat. satu kes VDRL, satu lagi; aku tidak diinformkan untuk pergi ke bilik pemeriksaan 9 untuk mengambil bacaan Mantoux Test (TB test). ha, lagi masalah. kak itu pun pening2 juga. dengan kes VDRL, Mantoux Test lagi. then aku pergi main2 balik tempat ukur ketinggian ( sbb masa itu tinggal aku seorang sahaja) dan kakak itu mengambil bacaan baru untuk aku. so, ketinggian aku sebenar 175cm dan itu yang aku tulis dalam passport.

6. nasib baik bacaan Mantoux Test itu hanya sekadar ukur diameter bulatan merah pada lengan; so kakak itu boleh tolong buatkan dan dia tak tahu pula macam mana nak tulis resultnya; bersusah2 dia contactkan nurse yang bertugas bahagian ambil bacaan test itu. selesai lagi. dan yang tinggal VDRL test. lepas bincang2 dengan lab, bincang2 dengan doctor; mmg kebetulan amat ujian VDRL boleh dilakukan dan result agak cepat, so aku diminta ke lab dan diminta tunggu keputusannya. sembang2 dengan kakak itu, dan seorang doctor yang tinggal, haru2; itu ujian sikit nak jadi dr. and kami pun turun bawah untuk tunggu result. dalam 6.25 petang itu, baru dapat result; just nak confirm negative saja. alhamdulillah. so then lepas ucap terima kasih semua, aku balik; dan rupa2nya ayah aku tunggu daripada time dia hantar aku tadi. (pukul 3). kesian ayah.

7. rasanya itu sahaja kisahnya; ya, kisah kecil dan biasa. betul, ini kisah biasa yang mungkin pada kawan2 langsung tiada makna. tapi bagi aku, aku melihat sebagai satu ujian kecil daripada Allah, sbb hari ini; aku telah mengambil satu keputusan reformasi hala tuju blog ini. insyaAllah juga sebagai medan aku berdakwah (aku akan tulis lebih lanjut tentang ini). ya, aku amat2 menghargainya, hari ini; benar2 satu perjalanan jiwa.

8.Allah menguji, tak kira bila dan dimana, dan ini selalu aku cakap,"kita merancang, Allah juga merancang, sudah tentu perancangan Pencipta kita lebih baik". ya. banyak juga yang aku dapat belajar hari ini, secara tak langsung merasai life as doctor yang pukul 6 or 7 petang nak sampai rumah, penat2 nurse yang doctor selalu tak tahu. aku belajar untuk menghormati dan memahami mereka lebih, meski nurse2 itu sebagai pembantu. itu lah hidup. :)

cukup, sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~


deklarasi pemergian~

Salam alaik.

Away For A Week




Oh ya; aku ingat hendak buat pengumuman rasmi; tapi usah2 lah. anggap yang biasa2 sudah cukup, sekadar pemberitahuan bahawa aku akan bertolak..untuk ke Shah Alam pada 12 September 2008. Maka, tiada post2 yang dapat aku berkongsi dengan kawan2 yang sudi singgah dan jenguk2 blog aku yang tak seberapa ini. dan oh ya, tadi dapat msg yang lebih tepat bahawa kami (peserta2 BTN) kena berkumpul di hadapan Kolej Kediaman Cemara pada pukul 9.30, diarahkan oleh Pn Rita, head of program of A-level. (dan gambar diatas tidak kena mengena secara langsung dengan pengumuman ini)



Sekolah Aku(?)


banner goodluck spm 2005


seingat aku, aku bernekad; pada tahun 2008 ini aku tidak mahu jejak SM Sains Tuanku Syed Putra itu sehingga betul2 satu minggu sebelum aku berangkat meninggalkan Malaysia (insyaAllah); tapi, Allah punya perancangan, sbb terkejar2 dengan BTN dan pengesahan document, aku terpaksa berkejar2 ke sekolah pagi tadi untuk segala pengesahan document; sampai2 office terus minta pakcik kerani itu cop pengesahan dan terus minta tanda tangan pengertua, tanpa sempat beramah mesra (macam YB pula :p) dengan adik2.itu pun semasa tunggu pengetua tandatangan, ada seorang adik datang pejabat;macam takdir pula sbb dia yang paling aku tak nak jumpa hari ini. dan oh ya, jumpa Cikgu Zarina (ye Zeh, your mom!), katanya aku dah berisi. heh, no comment. :D. selepas selesai, terus bergegas pulang sbb terkejar hendak ke sekolah ayah untuk scankan pasport. insyaAllah aku akan datang melawat sekolah selepas BTN selesai; aku cari masa singgah sebentar.

baik, sampai sini saja.
moga bermanfaat,
kaito~


Thursday, July 10, 2008

tekun usaha jaya~

salam alaik.

Tekun + Usaha = Berjaya
Logo Sekolah Saya 2001-2005


tajuk post ini, rasa2 siapa tahu? (budak2 syed putra, jangan buat2 tak tahu pula); huhu, oh ya, ini moto sekolah kami dulu, SM Sains Tuanku Syed Putra. tapi, itu lumrah hidup, siapa2 yang tekun dan berusaha, insyaAllah akan dapat kejayaan. ketekunan dalam usaha itu amat2 perlu; baru kejayaan yang kita dapat berkualiti. kenapa aku membebel pasal ini? kali ini bukan entah. sbb ada dua tiga kawan aku tanya2, macam mana nak score exam or macam mana nak mantap study. bagi aku, apa lagi yang boleh buat? dah janji Allah siapa yang berusaha akan dapat hasilnya; siapa yang tanam benih, jaga elok2, siram dan baja, akan dapat pokok dan buahnya. dalam study pun, kita kena tahu cara nak study. paling2, kita kena kenal cara diri kita study dulu, sama ada boleh dalam keadaan bising, or kena diam2 seorang2 (ini aku :-p) or apa2 saja. kita kena tahu apa style yang paling sesuai dengan kita dan cara nak handle tiap2 subject.ada certain subject itu kita boleh handle seorang2, but ada certain subject yang perlu banyak memorising selalunya bagus study berkumpulan, 2 atau 3 orang. of course cara study math tak sama dengan biology; physics tak sama dengan chemistry. nak dimudahkan lagi, ambil tahu tentang kandungan silibus, itu menjimatkan masa kita dan menetapkan skop apa yang kita perlu study. dan kalau kita tak berapa faham tentang sesuatu, tanyakan diri; kawan2 dan lecturers; jgn sepi tak tahu seorang diri. dan bila study itu, letakkan matlamat atau objektif ttng tajuk apa atau topik apa yang kita nak focus dan faham bagi sesi study kali itu. mungkin sampai sini dulu, nanti aku bisingkan lagi. (*aku buang tebiat ke? tgh cuti bebel pasal study?)



Minds of Kaito Makeover

glance of the new Minds of Kaito (on Safari)

astounding make over. itu bak kata (other)Kai dan cik ruhanarazak.blogspot.com.[thanks =P]. itu kerja satu hari khamis, daripada pukul 12.11 tgh hari, sampai pukul 10.53 malam; so, satu hari ini aku betul2 terperap dalam bilik,bermula dengan experimental blog- eXpeRimentasi ( cik (other) Kai, saya tak malas :-p) main2 photoshop cs3, menekuni code2 yang apa2 entah; pusing internet merata2 mencari widget2; buat header baru( in my favourite browser is Safari ok-tapi lari dalam firefox, then alhamdulillah diperbetulkan balik). adjusting counter; minta nasihat2 dan tak habis2 asyik berulang refresh the page untuk tgk code functioning atau tidak. so far, phase i dah siap;dan phase ii aku sambung lepas balik BTN nanti.  cuma tinggal nak cari beberapa widget dan nak try balik code "Read Me" (yg berkenaan- tolong2, aku cuba dalam 20 kali tak boleh2 lagi). tapi, tak sangka, dalam satu hari, alhamdulillah dah boleh bernafas rehat sebentar. dan apa pun, yang penting kena rajin sikit dan tekun la. (eh, boleh masuk tajuk post). dan sesiapa nak tahu apa2 dan tanya apa2, simply can contact me; aku boleh bagi apa2 yang patut i.e. address untuk template, widgets dan apa2 saja. insyaAllah. dan kawan2, jom backup blog anda di https://www.blogbackuponline.com

Khabar DiHujung Hari.

Logo BTN (daripada laman web rasmi)


Peta Ke Kem Ulu Kenas

tentang kem Biro Tata Negara a.k.a BTN. tadi baru dapat msg yang bagi tahu kem itu akan diadakan diKem Ulu Kenas Kuala Kangsar pula, bukan di Sekyen 30 Shah Alam. alhamdulillah. mungkin tempat lain itu, harap2 dapat lebih banyak pengalaman; mungkin lebih mencabar kembaranya dan mungkin lebih di ceruk dan rantau.(dan pasti line hp, terutama Maxis tidak ada). dan rasa2 mungkin lebih dicuci otaknya nanti. alhamdulillah aku jenis yang suka ambil tahu tentang politik sedikit sebanyak, cukup sebagai pemerhati bebas berkecuali; terbuka mata dan minda sikit, so, insyaAllah aku agak bersedia nak pergi btn nanti; cuma keperluan nak dibawa bersama itu nak kena tgk2kan list yang Marwan bagi 2 hari lepas. harap2 balik BTN ada input yang baik, sbb aku tgk kawan2 aku yang dah balik, ramai yang terlebih2 patriotik; mungkin baru terbuka mata mereka; dan insyaAllah dapat buka mata aku dengan lebih luas.

dah; cukup, sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~ 

Wednesday, July 9, 2008

coret-coret(ii)~

salam alaik.

Satu Minggu Ini

ya, satu minggu ini, agak kosong. selain sibuk pergi buat pasport isnin pagi, dan alhamdulillah lepas ambik nombor giliran terus ke kaunter (tak ada orang lain); merayau di the store kangar on department pakaian berkali2, tapi just shoping sehelai seluar dan baju untuk ke BTN, dan beli tiket pergi dan balik ke dan dari Shah Alam. esoknya, hujan lebat. dalam kebasahan ke klinik kesihatan untuk suntikan TB (Mantoux Test), dan readingnya pula pada hari jumaat, so sekali physical medical checkup on friday. rabu? tidur and you tubing. deman btn mungkin, so ada you tubing video2 politik. gelak sakan. yang penting kita kena pandai pilih dan nilai; dengan kematangan dan kewarasan sendiri. 

Blog Design

jenuh. bagi aku, untuk buat(design) satu blog yang cantik dan lebih personal, memang; banyak kena usaha sendiri. kena cari XML code, then tafsirkan; then redesign the XML code sikit2. ada lagi nak adjust colour, nak adjust font semua. agak penat, dan aku cuba buat dengan sebaik mungkin. terima kasih untuk kawan2 yang beri tunjuk ajar, dalam sibuk2 pun aku kacau lagi. blogging ini betul2 perlu kesungguhan. kena baca tips2, kena collect widget2, betul2 time consuming. tapi, insyaAllah, perlahan2m dan sikit2, lama2 siap.dan siapa2 nak link blogger skin dan yang lain berkenaan, insyaAllah yM kan aku (silent_1412).

Istiqamah

ya Allah, ini. sangat susah. betul2, even dalam apa pun.tapi kena kuatkan diri dan cuba tetap, terus dan tekun. kadang2 itu, syaitan suka betul ganggu. pesan seorang kakak (lagi), "kalau nak istiqamah itu; bila buat sesuatu, diam2kan saja dan jangan bagi tahu orang lain". insyaAllah boleh. kawan2, ada tips untuk istiqamah?

Moscow(ii)

tajuk yang sama ek? application untuk Moscow Medical Academy, alhamdullillah dah separuh siap. nak kena susun2kan document balik, kena buat checklist dan kena translatekan segala macam yang dia mintak. tadi sembang2 dengan seorang kawan; dia tanya, "kau suka Ireland ke Rusia?". and still aku jawab tak kisah. aku betul2 tak kisah?. entah. pasal dan soal ini; aku sudah serah untuk Allah tentukan, dan aku menjalani jalan2 yang siap untuk aku. bukan berserah bulat2. usaha2 dah. A-level dah buat betul2. lepas itu doa tak sudah2. harap2 yang terbaik itu, tetap yang terbaik meski kadang kala melukakan.

Sekatan atau Kawalan?

jenguk2, tidak sampai 3 bulan lagi ada di Malaysia (insyaAllah). 14 August result A-Level, dan boleh check online. itu penentu hidup mati, dan penentu jalan2 aku lepas ini. untuk ke perantauan, pesan seorang kawan, "gunakan masa di Malaysia ini baik2, bagi cukup dan mantap ilmu dan imannya". teringat ceramah Ustaz Hazrizal (ya, dia lagi), time pergi kem Fly High Village; tajuk ceramahnya 'Fiqh Traveller'. kata dia(lebih kurang okay),

"Kat luar negara nanti, banyak cabarannya dan tidak ada siapa yang tengok2 dan kawal kita. tak dak warden yang nak mai datang ligan (kejar) kalau tak turun sembahyang; korang bebas sebebas2nya. tapi bebas2 itu, sebagai seorang muslim, kene ada panduan. macam kat jalan raya, bila korang jumpa trafic light. bila trafic light merah, kita kena berhenti sbb nak bagi jalan untuk orang lain. korang anggap lampu isyarat itu sebagai apa? sekatan atau kawalan?. kalau seorang itu anggap sebagai sekatan, maka dia akan terus redah saja bila lampu merah; kalau tak dak kereta lain, nasib baik la selamat, kalau tak, accident percuma je. kalau kita lihat sebagai kawalan, bila merah kita berhenti, dan ikut peraturan, insyaAllah selamat. macam itu juga hidup as muslim; agama itu sebagai kawalan, bukan sekatan."

lebih kurang begitu lah quote dia, bukan exact sebab kem ini bulan april dulu. best juga kem itu; at least dapat banyak ilmu yang jarang orang lain dapat.

sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~

p/s- gambar2 sumber daripada www.iluvislam.com (mari kita join iluvislam ramai2!)

Tuesday, July 8, 2008

bintang di surga~

salam alaik.

Bintang Di Surga
(bintang di syurga) by Peterpan.


Masih ku merasa angkuh 
Terbang kenanganku jauh 
Langit kan menangkapku 
Walau kan terjatuh 

Dan bila semua tercipta 
Hanya untukku merasakan 
Semua yang tercipta 
Hampa hidup terasa 

Lelah tatapku mencari 
Arti untukku membagi 
Menemani langkahku 
Namun tak berarti 

Dan bila semua tercipta 
Tanpa harus ku merasakan 
Cinta yang tersisa 
Hampa hidup terasa 
 
Bagai bintang di surga 
Dan seluruh warna 
Dan kasih yang setia 
Dan cahaya nyata 

Oh bintang di surga 
Berikan cerita 
Dan kasih yang setia 
Dan cahaya nyata

lagi. lagu peterpan. haha, aku sangat suka kumpulan ini, lagu2nya bukan selapis. dah oh ya, bintang disurga. ini lagu yang mula2 aku tak layan sangat, tapi lepas sembang2 dengan Izzat Asyraf, classmate aku, dia stress about tajuk ini.

"Kau tau tak napa diorang letak 'bintang disurga'?", dia tanya satu hari.
"Err.. entah", aku blur.
"Siapa lagi bintang-bintang di syurga, kalau bukan bidadari.", dengan selamba kata dia.
"Ye tak ye jugak ek", aku sahut.

itu kata Izzat. kami sama2 layan peterpan ini; sbb itu lah. lagu2 dan lirik2 dia bukan selapis, tapi mendalam. tapi aku tak nak buat ulasan lirik lagu ni; saja.pernah aku msgkan cik (bekas) presiden time dia pergi ALM diner, "Salam, enjoy ur diner. Ko sure mcm bintang di surga mlm ni. :-p". entah dia faham atau tidak(maksud bintang disurga ni). 

Bidadari.
bidadari, entah; aku nak kongsi apa dengan semua ya malam ini. apa kata petikan daripada novel ayat2 cinta.

Bidadariku,
namamu tak terukir
Dalam catatan harianku
Asal usulmu tak hadir
Dalam diskusi harianku
wajahmu, wujudmu tak terlukis
Dalam sketsa mimpi-mimpiku
indah suaramu tak terakam
Dalam pita batinku
Namun kau hidup mengaliri
Pori-pori cinta dan semangatku
Sebab
Kau adalah hadiah agung
Dari Tuhan
Untukku
Bidadariku..

er.. tak tahu muka surat berapa, dan credit untuk adik ummu; dia yang cari petikan ini. =)
kenapa bidadari? err (lagi).. tak tahu nak cakap apa. 
tapi, bagi aku, itu simbolik yang agak istimewa.

sampai sini, aku tak nak cakap(tulis) panjang2.
moga bermanfaat,
kaito~

Monday, July 7, 2008

ingatan~

salam alaik.



simply, the pictures hold thousand words
kaito~

Sunday, July 6, 2008

aku terima nikahnya~

Salam alaik,

Masa Yang Sesuai


eh, bukan2, aku tak menikah lagi. calon pun tak ada lagi. itu tajuk buku Ustaz Hazrizal Abdul Jamil (www.saifulislam.com) dengan persoalan yang menarik - pelikkah cinta tanpa berkenalan, keluar makan-makan, berbalas emel dan SMS?. asyik fikir2 tak tahu apa yang nak tulis malam ini, mungkin aku nak kongsi sikit tentang2 dalam buku ni. dalam buku ini, ada ustaz ini menerangkan sedikit sebanyak pendapat dan berkongsi pengalaman dia membina sebuah keluarga islam. aku nak ambik satu bab kecil, tentang era pra perkahwinan- memilih masa yang sesuai. kata (ya2, tulis dalam buku itu) ustaz tentang itu(dan ustaz, saya petikkan buku ustaz ye!) :-

"Jangan mengambil langkah untuk berpasangan, jika sudah pasti dalam setahun dua jangka masa terdekat ini tiada kemungkinan untuk anda berkahwin!". Itu amaran saya kepada peserta.
Wajah peserta mula kelat.
Saya telah jelaskan secara panjang lebar tentang soal kesan fitrah daripada perhubungan jangka panjang  di dalam dan di luar perkahwinan di dalam bab Menguruskan Fikrah Tentang Perkahwinan (bab awal buku ini-kaito). Hubungan seorang lelaki dan perempuan lazim dihinggapi rasa jemu yang mencabar komitmen kita kepada hubungan itu. Perasaan jemu itu mungkin muncul di tahun ketiga perhubungan, mungkin juga tahun keempat, malah kelima pun bisa.
Jika perasaan ini muncul di dalam sebuah perhubungan yang telah diikat atas nama perkahwinan, maka suami dan isteri akan belajar melayarkan bahtera rumah tangganya buat seketika dengan kesedaran dan tanggugjawab, tatkala perasaan cinta itu pudar seketika. Ia adalah kesan biasa daripada sebuah perhubungan, dan selepas ujian ini berjaya dilepasi oleh seorang suami dan isteri, maka insya-Allah, cinta itu mekar yang mekar kembali itu akan menjadi cinta yang kekal kukuh hingga ke akhir usia.
Tetapi jika proses itu berlaku lantaran cinta panjang lebar dari zaman cinta monyet hingga monyet menjadi gorila, maka tidak mustahil kekasih anda akan tiba-tiba memberikan signal untuk menamatkan hubungan yang terbina selama ini!
Banyak alasan yang diguna pakai..
"Saya mahu mendekatkan diri kepada Allah"
"Saya mahu tumpukan perhatian kepada pelajaran yang begitu membebankan sekarang ini."
"Saya rasa kita sudah tidak ada keserasian lagi."
Hakikatnya semua itu adalah alasan yang dibuat sedangkan sebab yang sebenarnya ialah, "Saya sudah jemu dengan awak!". Itu sahaja!
Maka, jika ibu bapa sudah memberi amaran bahawa perkahwinan adalah persoalan yang tiada ruang perbincangan hingga tergengam ijazah di dalam tangan, maka hindarkanlah daripada perbuatan menyeksa diri dengan mencari cinta di alam matrikulasi, atau tahun praklinikal bagi pelajar perubatan kerana anda mencari risiko yang amat membebankan.
"Ustaz..habislah saya macam ini..saya sudah bertunang. Kami merancang untuk berkahwin mungkin dalam empat atau lima tahun lagi!", seorang peserta berjumpa dengan saya dengan wajah panik selepas ceramah berakhir.
"Sabar... apa yang Ustaz sebutkan tadi, bukannya ketetapan nas. Tetapi ia adalah pengamatan kepada pengalaman dan pembacaan. Pengalaman pelbagai pihak yang memberitahu semua itu. Jika anta sudah ada idea tentang cabaran ini, maka buatlah persediaan sebaik-baiknya. Bersederhana dalam berhubung, jangan bergayut telefon sampai lepas kahwin dah tak tahu nak sembang apa, dan bijakkan diri dalam mengekalkan kesungguhan masing-masing menuju perkahwinan. Dan 'jangan pandang belakang'! saya tersenyum.
"Ada hantu ke Ustaz?", tanya beliau.
"Kalau hantu, alhamdulillah. Tapi masalahnya, anta mungkin akan nampak bidadari-bidadari lain untuk menambah options!', saya bergurau.
"Faham, faham!" katanya sambil mengurut dada. Lega barang kali.

Okeh, petikan tamat. So, harap2 dapat mesejnya. Kalau nak lebih lagi, beli sendiri buku "Aku Terima Nikahnya" (ini promosi tak berbayar, aku tak dapat komisyen ok!) RM 20.90 di semenanjung, RM 22.90 di Sabah dan Sarawak.

No Couple Before Akad


no couple before akad ek? seems the words harsh for somebody(ini tak tertulis dalam buku itu). aku tak kata couple itu salah, itu pilihan individu, dan harap2 kekal dalam batas2 islam. bagi aku, aku memandang yang lebih jauh, perkahwinan dan kehidupan selepas itu. entahlah, bagi aku yang tak seberapa ini, aku sudah merenung dengan diri untuk memilih sebegitu. memandang jauh, bagi aku (ini pendapat peribadi), daripada terjebak dalam hubungan yang pendek, sementara dan belum tentu arah tuju; buang masa, duit(kredit) dan tenaga saja, lebih baik aku menyiapkan diri untuk itu, dan untuk masa yang sesuai nanti. menyiapkan diri daripada segala segi; mantapkan ilmu2 agama, ilmu2 rumah tangga dan ilmu2 parenting. kukuhkan ekonomi, takkan nak bagi anak bini makan pasir kot; sediakan tempat tinggal yang elok lagi kondusif untuk pembinaan sebuah keluarga yang islamik. menyiapkan emosi, minda dan keteguhan untuk satu komitmen yang safe and long lasting. ya, dan mungkin nanti, bila tiba masa dan aku betul2 bersedia, time aku terima nikahnya,proudly i would say, "its me, for you; in full blossom!" =P.

sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~

Saturday, July 5, 2008

coret-coret(i)~

salam alaik.

Sedikit Cerita

bila hujung minggu, entah. ada saja dalam kepala, kadang2 tak terungkap; more than words. kadang2 bila mengadap depan komputer, nak kongsi hilang. ya, menulis ini perlu mood juga; sama bekarya, bila datang ilham dan kena suasana, baru ada hasil. seminggu berlalu, borang tak terisi lagi, insyaAllah aku tgk2kan malam ini. kene mula isi, masa pun tak banyak lagi, paling2 kena siap tidak mahu tidak before pergi btn nanti. apa pun, memang kalau rancang itu, mahu jadi(nasihat untuk diri).

Mimpi

Pagi tadi, sesudah subuh lelap sebentar. mimpi ketemu seorang kawan lama. pelik. itu 2nd time mimpi macam itu. mimpi berjumpa, sembang2 lama. tapi sayang, bila bangun tak ingat butir2 apa yang disembangkan. biarlah, bagi aku itu mungkin hadiah. aku takkan bertemu kawan ini untuk satu jangka masa yang panjang, dan amat lama. harap2 dapat bertemu lagi.

Moscow

Haah, insyaAllah sambung medicine sana, Moscow Medical Academy, 6 tahun di(bekas) tanah  Tsar itu. tak kisah, yang penting hujung nanti, macam aku selalu cakap, seorang doktor melayu muslim. =). Tadi sembang2 dengan classmate, dapat lagi satu point best untuk ke Rusia. dapat belajar bahasa Rusia. iya, kalau sudah 6 tahun dibumi orang, insyaAllah dapat sedikit sebanyak rapat dengan setempat. insyaAllah, aku ini jenis cepat adapt dengan keadaan sekeliling, sbb itu kalau di Shah Alam tak ada sangat loghat utara, keluar pun bila sembang dengan org2 utara esp cik ilham =P.

Antara Cahaya

ini? patutnya Nadim lebih bicarakan dengan caranya. ya Allah, tetap2kan hatiku.

sampai sini mungkin,
moga bermanfaat,
kaito~

p/s- moga selamat perjalanannya; pergi, sepanjang dan pulang di bumi Kangaroo itu ya, cik (bekas)  presiden 

Friday, July 4, 2008

gifted~

salam alaik.

Gifted.
pendek saja kali ini.baru habis tengok cerita L: Change the World.(dan zeh, thanks for the link) tak mahu banyak komen. cuma nak petik kata L pada hujung cerita, "No matter how gifted, you alone cannot change the world".dan jawab pembantu dia, "But that is the wonderful thing about this world" ya, ada msg disitu, fahami dan renungi.

moga bermanfaat,
kaito~

Search

  • Snap Shots

    Get Free Shots from Snap.com