Thursday, May 14, 2009

sampai sini dulu, lagi~

Salam alaik.

Exam


Saya pun insyaAllah, bakal menjengah dan menyapa peperiksaan hujung semester 2 sebagai pelajar pra-perubatan di royal college of surgeons; dan sedang bertungkus, lumus menyiap, dan menyediakan diri tatkala menghitung hari yang tinggal untuk tanggal 25 Mei.

Sungguh, ujian ini adalah ujian; tetapi terasa ringan berbanding semester pertama, dan terasa lapang, meski waktu tak sesenggang. Bertambah2 jua bahan yang hendak diulang-ulang kajian itu berganda banyak; tetapi masih terasa luang. alhamdulillah.


Ireland


Dan bumi Ireland ini, memang; benar. Tidak akan sia-sia atas semua Allah aturkan;
atas tiap perkara peristiwa sehari-hari, akan tiap insan yang ditemukan dan dikenali; atas tiap konflik dan tekanan, atas setiap yang ceria dan derita;
tidak akan pernah sia-sia andai kita bersedia, dengan hati yang terbuka untuk menerima; memahami dan mengerti. untuk sejenak, termenung dan merenung; untuk berfikir dan menafsir.

InsyaAllah, hujung semester ini, saya memegang amanah baru; insyaAllah akan dikenali dengan, dalam satu wadah yang baru; juga sebgai insan yang lebih menngerti tujuan kembara diri; mengerti penyaksian hak ilahi.Sebagai perkongsian, amanah sebagai Ketua Keluarga (presiden) of IMAM Ireland Sc itu adalah satu amanah, tanggungjawab yang sangat, sangat, sangat berat; juga tatkala memikul agenda dakwah sehari-hari, dalam seadanya diri terkadang haus dengan tarbiah.

Jalan-jalan yang akan datang, insyaAllah; adalah mendoakan saya, lebih baik daripada semalam.

Sungguh, saya gembira dan bersyukur untuk adik-adik ALM 8 PMC-Ireland yang bakal mewarnai tanah ini dalam bulan september nanti; mendoakan juga mereka terus tabah berjuang tatkala meniti jalan-jalan yang sangat dekat pada saya dahulu. Semoga berjaya untuk A-level ya!

Sampai sini dulu

Alhamdulillah, sudah hampir satu tahun blog ini bersama;
dan terungkap denganya bermacam cerita.


akan masa-masa yang berlalu,
terkadang terasa sebentar,
ada yang sempat saya kongsi,
ada pula yang saya simpan erat.

dan kali ini, insyaAllah;
blog ini sampai sini dahulu.

insyaAllah,
setelah hampir satu tahun di bumi Ireland ini;
dan segala apa yang saya dapat tatkala meniti hari-hari,
adalah asas baru untuk saya menulis,
maka insyaAllah, penghujung blog ini bukan penamat,
tetapi satu permulaan yang baru.

InsyaAllah, saya bercadang untuk membeli hosting
dan memulakan langkah baru, dengan fikrah yang lebih jitu;
matlamat yang lebih jelas,
untuk berkongsi dengan lebih matang dan berfikir lebih panjang.

InsyaAllah, saya merancang sepanjang summer nanti akan saya gunakan sebaiknya
untuk menyediakan satu wadah baru untuk dunia.

Seungkap syukur, bila dengan segala cerita;
bila sebentar kita renungkan, tenungkan;
adalah satu-satu kelas dan hikmah yang menyediakan kita untuk satu takah lagi dalam hidup.

InsyaAllah, nantikan wadah baru saya; dijangka akan beroperasi tatkala semester baru nanti. Kali itu, insyaAllah, moga fikrah, matlamat dan tujuan saya lebih jelas, dan lebih jitu dan mantap. Sekarang, kita semua ada satu misi besar bukan? dan insyaAllah, itu adalah salah satu jalan saya.

Seungkap terima kasih atas semua yang masih sudi singgah, menjengah sebentar dalam masa dan luang yang ada; maaf juga atas kekosongan entry sejak daripada bulan April;
sungguh, banyak yang ingin terkisah, mungkin lelah hidup adakala menjadikan semua itu terus, lolos berlalu; hilang terkontang ditelan masa dan tika.

Sampai sini dahulu, semua kisah dan cerita;
insyaAllah; ini bukan penamat, tapi permulaan untuk satu yang lebih baik.



sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~
p/s:-masih, tetap, dan insyaAllah terus mendoakan cik(bekas)presiden untuk lebih kuat, tabah dan matang!

Wednesday, April 8, 2009

belfast and the answer~

salam alaik.

Belfast


'eh, ee, aus, cuti spring nnati korang pegi mana ek?', tanye aku pada mereka after habis kelas jummaat minggu lepas.

'tak tahu lagi, tapi hari ahad nnti kami nak pegi belfast', kate e'e.

'belfast?, nak ikut boleh?', sambung aku.

'okay, no hal', cakap aus.



ya, 2- 3 hari lepas, saye ke belfast, lagi.
melarikan diri ke belfast?
membawa diri ke belfast?
atau menyahut panggilan ke belfast?




sungguh, seperti dalam entry blog yg lalu;
saya berharap dapat jejak belfast untuk kali kedua.
itu yg trip ini pun, tak disangka2.
dan memang tak pernah2 saye buat macam ni.



the answer




cuma kali ini,
sepertinya saya pergi untuk menunaikan janji pada diri;
tapi juga mencari satu jawapan.

dan bila saya cakap tentang ini,
'mencari jawapan'

ramai pula yang menyoal,
'jawapan apa?'

erk. sungguh, susah nak jawab.
susah, sebab satu perjalanan kali ini;
meski sebentar, laluan yg jiwa saya langkah agak lama.



its the answer, of the time.
it is a journey throughout the moment itself.

yes, more.than.words.

jawapan ini tentang satu keyakinan;
menjadi lebih kuat dan utuh.

moga hujung nanti.


sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~

Thursday, April 2, 2009

of thousand words(i)~

salam alaik.

More Than Words

Lately, saya banyak diam; tak kira daripada berbicara, ataupun mengungkap tinta.
Mungkin mahu menukar angin, entry2 after this banyak gambar barangkali;
seperti seingat pesan sis fitrina (sori, lama xvisit :p)

yup, kadang2 tu; the picture talks more.

Spring and stories within



It is spring now; and yet lots of thing to come!


Journey



Kewajipan, bila mana lebih banyak daripada waktu;
adakala membantu dan meningatkan.
Perjalanan masih lagi jauh.

Knowledge



Prof Aidan Braford:- short lecture notes; concise lecture.
aku agak suka dengan kelas dia; even a single graph,
he gonna say, "this is teribble"


sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~

Saturday, March 28, 2009

move along~

salam alaik.

Move Along- All American Reject



Go ahead and waste your days with thinking
When you fall everyone stands
Another day and you've had your fill of sinking
With the life held in your...
Hands are shaking cold
These hands are meant to hold

Speak to me, when all you got to keep is strong
Move along, move along like I know ya do
And even when your hope is gone
Move along, move along just to make it through
Move along
Move along

So a day when you've lost yourself completely
Could be a night when your life ends
Such a heart that will lead you to deceiving
All the pain held in your...
Hands are shaking cold
Your hands are mine to hold

Speak to me, when all you got to keep is strong
Move along, move along like I know you do
And even when your hope is gone
Move along, move along just to make it through
Move along

(Go on, go on, go on, go on)
When everything is wrong, we move along
(Go on, go on, go on, go on)
When everything is wrong, we move along
(Along) along (along) along (along) along (along)

[Softly:]
When all you got to keep is strong
Move along, move along like I know you do.
And even when your hope is gone
Move along, move along

[Loudly:]
Just to make through
When all you got to keep is strong
Move along, move along like I know you do.
And even when your hope is gone
Move along, move along just to make it through
[x2]

Move along
(Go on, go on, go on, go on)
Right back what is wrong
We move along
[Simultaneously]
[Fade out]



Pernah dengar lagu ini? Kalo pernah okay la, kalo tak jom layan. :P

This song bila saya 1st dengar pun time semester 4 zaman2 intec, masa2 result interview Penang Medical College(PMC) dah kluar, thanks untuk Izzat Asyraf; macam jadi lagu tema kami je time tu.

Oh ye, kami sama2 fail interview time tu; memang down habis.
Tapi, bg saya itu adalah antara rahmat paling besar, alhamdulillah.

So this entry ini agak personal sikit, perkongsian khas untuk adik2 PMC A Level Medicine 8 kat Intec yang baru lepas interview PMC Khamis lepas.
Ingatkan nak tulis entry untuk wish korang, tapi; ya Allah, sangat pack. :)



Interview



Memang kan? Interview PMC untuk dapat placement sangat stressful. Tentu terasa ada yang tak kena, ade yang tak betul dan tak cukup; dan dengan panel2 pulak, ade yg sangat bernasib baik; dapat panel yg insyaAllah, sure sebelah kaki dah dapat. Ada juga panel2 yang daripada Ireland, khas daripada RCSi dan UCd sekali kan?

Apa pun interview korang dah berlalu, dan yg saya punye satu tahun lepas.
Mendoakan yang terbaik untuk adik-adik semua.

Result interview korang akan keluar dalam bulan April nanti rasanya.

dan just nak share jugak, i'm failed the interview; proudly. :)

hahaha, bangga pulak; takde just nak bagi semangat untuk adik2.

untuk hari-hari selepas interview ini; terus melangkah dan focus untuk A-Level korang.

Tarbiyah



Ya, untuk hari-hari selepas interview; terus focus untuk A-Level.

Bila nnanti result keluar, realitinya; bukan semua akan dapat;
congrate untuk adik2 yg berjaya dan untuk yang dalam 2nd, 3rd, 4th,.. list
of course sangat sedih dan terasa sanga-sangat-sangat-sangat-sangat down sekali. :)


Baik, raikan kesedihan itu( saya dan izzat asyraf ke mc donald after that); take time and relaks.

Pastu, move along; and move on.

focus untuk a-level, bagi dapat 15 points



dan korang akan cakap "amboi, senangnye cakap".

hahaha. :)

mari saya petik surah al -ankabut ayat 2 :
"Apakah manusia mengira mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan:'kami telah beriman', dan mereka tidak diuji?


alhamdulillah; sepanjang2 periode kami (saye dah izzat asyraf) in uncertainty; banyak benda yang kami belajar.

saya dapat sesuatu yang lebih dan sangat berharga; dan dia sendiri punya cerita.
cerita dan kisah saya; ada terkongsi sedikit sebanyak dalam entry2 awal.

untuk adik2 yg tidak berjaya LAGI, insyaAllah; take it as ujian daripada Allah;
dan ujian itu adalah tarbiyah daripada Allah untuk kita lebih dekat daripadanya.

saya sendiri fail the interview, dan tak tahu dapat pergi n sampai RCSi
until after 1 week result A-Level keluar. and its really2 stressful.

alhamdulillah, memang saye fail, but in the end Allah bg balik via 15 points.

so adik2, yg sedih2 jugak; tapi jgn down; move along ye!

Hikmah



Hikmah sesuatu pekara atau satu-satu peristiwa; kita takkan dapat lihat on the spot; if not itu bukan hikmah(rahsia sebalik).

bila dah setahun berlalu ini; bila renung balik kawan2, nampak sikit-sikit. :)

Allah lebih tahu tentang kita dan keupayaan kita; dan kadang-kadang tu mungkin DIA nak bagi rezekiNya dengan jalan yang lain; siapa tahu?

(sori ye) Ada dulu seorang kawan saya yg time interview dapat panel yg 'dah sure sebelah kaki dapat'; dan bila result keluar; of course la die dapat!

huish, sape tak jeles. masuk sembang2 sket; dapat.

tapi alhamdulillah la, itu rezeki dia; by in the end A-Level keluar, dia xdpat 15.
bukan ngak riak or what; just want to say a point that Allah knows best about our paths.

Jalan2 dan jejak kita, sudah ada; dan kita terus2 saja melangkah bukan?

jua hikmah to be payed to the failure; simply this sharing with u guys.
during my time dulu; takde sapa yang konsgi bagi tahu.

alhamdulilah, mungkin as the hurts sangat2 tu, saya sendiri feels free to share and to helps adik yg akan datang; moga kita sama2 berjaya.

banyak lagi hikmah dah rahsianya; and its starting to unfold satu demi satu bila saya di dublin.

so adik2, ingat my pesan;

move along if any happen after this, focus on ur a-level


dan doa2kan yang terbaik.
sbb ini bukan assurance yg dapat 15 points akan dapat; tapi more chance untuk dapat.

sebab rezeki Allah yang bagi.

during my batch; ade 10 orang (including me) senasib; dapat in the end.
other 10 ke Rusia, dan india to pursue their study.

insyaAllah, mungkin itu yang terbaik masing2.
Allah tentukan, siapa tahu?

apa pun, selamat berjuang ye adik2; jumpa di dublin september nanti; insyaAllah

sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~
p/s:- untuk cik(bekas) presiden juge,"kuat2!, kamu boleh :)"

Friday, March 27, 2009

a simple sharing~

salam alaik.

Untuk Dikongsi

Bila dah lama tak menulis ni, rasa lain. seolah berat je nak mula balik;
tapi, rasa banyak pula yang nak di hulur.

dalam semput2 masa, there is satu attachment email yang agak nice to be share mungkin.

enjoys and have thoughts about it.



Health:



1. Drink plenty of water.
2. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner
like a beggar.
3. Eat more foods that grow on trees and plants and eat less
food that is manufactured in plants.
4. Live with the 3 E's -- Energy, Enthusiasm, and Empathy.
5. Make time for prayer.
6. Play more games.
7. Read more books than you did in 2008.
8. Sit in silence for at least 10 minutes each day.
9. Sleep for 7 hours.
10. Take a 10-30 minutes walk every day. And while you walk, smile.


nak lagi?


Personality:



11. Don't compare your life to others'. You have no idea what
their journey is all about.
12. Don't have negative thoughts or things you cannot control.
Instead invest your energy in the positive present moment.
13. Don't over do. Keep your limits.
14. Don't take yourself so seriously. No one else does.
15. Don't waste your precious energy on gossip.
16. Dream more while you are awake.
17. Envy is a waste of time. You already have all you need.
18. Forget issues of the past. Don't remind your partner with his/her
mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
19. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate
others.
20. Make peace with your past so it won't spoil the present.
21. No one is in charge of your happiness except you.
22. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems
are simply part of the curriculum that appear and fade away like
algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
23. Smile and laugh more.
24. You don't have to win every argument. Agree to disagree.



Society:



25. Call your family often.
26. Each day give something good to others.
27. Forgive everyone for everything.
28. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6.
29. Try to make at least three people smile each day.
30. What other people think of you is none of your business.
31. Your job won't take care of you when you are sick. Your
family and friends will. Stay in touch.

Life:




32. Do the right thing!
33. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful.
34. GOD heals everything.
35. However good or bad a situation is, it will change.
36. No matter how you feel, get up, dress up and show up.
37. The best is yet to come.
38. When you awake alive in the morning, thank GOD for it.
39. Your Inner most is always happy. So, be happy.

Last but not the least:

40. Please Forward this to everyone you care about .




sekadar kecil, moga bermanfaat.

sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~

Monday, March 23, 2009

melangkah semula~

salam alaik.

Maintenance



selepas genap 2 bulan blog saya ditutup atas sebab maintenance.
actually, same je kan? tiada apa yang beza even selepas baru kembali melangkah.

yet, apa yang dimaintenance tu bukan this blog; but me, myself.
alhamdulillah; dalam 2 bulan tu; macam2 jadi, dan i found the answer juga.

the best it yet to come, dan tak boleh nak duduk saja goyang kaki


and still, the dream of yesterday is the hope of today and the reality of tomorrow


dan hari2 selepas ini, bukan main2 lagi.
insyaAllah.

destinasi hujung nanti; adalah janji.

Perkongsian

dan insyaAllah; saya akan bawa blog ini sebagai satu medium perkongsian yang lebih bermakna dan bermanfaat; merakan cerita2 yang boleh kita ambik iktibar, yang dikongsi akan suka dukanya, tangis tawanya.

mungkin seringkas rakaman waktu singkat saya dibumi asing yang serasa mesra.

insyaAllah, saya akan menjadi lebih baek.



sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~

Wednesday, January 21, 2009

of a smile~

salam alaik.

Senyum2 selalu




yet, this exams week quite stressful.
saje selak2 'the last memory'.

simple sharing of the old days entry.

senyuman itu percuma;tetapi amat berharga,
sekejap cuma; di ingatan sepanjang masa.

senyuman itu tak boleh dibeli,dipinta,dipinjam meskipun dicuri kerna hanya berharga tatkala diberi sebagai hadiah.

Senyuman membahagiakan sebuah rumahtangga, memesrakan persahabatan; memberi kekuatan, memulihkan semngat, mengembirakan dan ubat yang mujarab kepada yang letih,kecewa,sedih dan rungsing.

Senyumlah selalu; senyuman mengayakan si penerima tanpa memiskinkan si pemberi. Tiada siapa yang terlalu kaya hingga tidak memerlukan senyuman; tiada pula yang terlalu miskin untuk memilikinya; dan tiada siapa yang yang amat2 memerlukannya lebih daripada seseorang yang tidaklagi memilikinya untuk diberikan kepada dirinya sendiri dan orang lain.

-untuk yg memahami-

the last memory: 12 June 2006 by silent_1412


:)
moga senyuman ini, terus kekal.
(no full entry)
sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~
p/s:- jiwa, kamu kena tenang; kuat selalu.

Tuesday, January 20, 2009

exam(ii)~

salam alaik.

Ujian



alhamdulillah, exam sudah hampir tamat.
tapi, exam kali ini;
bukan sekadar exam biasa2.

ya Allah, lapangkan dadaku.
mudahkan bagiku, urusanku.
lepaskan kekeluan dari lidahku;
agar mereka mengerti bicaraku.


2 paper lagi tinggal,
dan yang terakhir paling berat (psychologycally).

yet, when its over,
it is not an end;
its the beginning.

ya Allah,
ringankan bagiku, langkahku.
angkatkan beban-beban dibahuku.


(no full entry)


sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~

Sunday, January 11, 2009

mimpi~

salam alaik.

Doa



ya, aneh.
tapi, ini (gambar itu) adalah salah satu mimpi saya, impi(an) saya, dan doa saya.

dan seperti kata Nadim, "untuk yg memahami".

(no full entry)
sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~
p/s-ya, moga sampai.

keampunan~

salam alaik.

taubat



dalam detik2 akhir nak dekat exam ni, teringat saya akan satu hadis daripada hadis 40 susunan imam nawawi; which the hadis ke 42 (the last in the book), tell about the forgiveness from Allah. Maha Suci Allah, yang Maha Pengampun lagi Penyayang, dan penerima taubat hamba2-Nya.

as, the hadith:-



‫ﻋﻦ أﻧﺲ‬t ‫یﻘﻮل: )) ﻗﺎل اﷲ ﺗﻌﺎﻟﻰ: یﺎ اﺑﻦ ﺁدم، إﻧﻚ ﻣﺎ دﻋﻮﺗﻨﻲ ﻗﺎل: ﺳﻤﻌﺖ رﺳﻮل اﷲ‬ ‫ورﺟﻮﺗﻨﻲ ﻏﻔﺮت ﻟﻚ، ﻋﻠﻰ ﻣﺎ آﺎن ﻣﻨﻚ، وﻻ أﺑﺎﻟﻲ. یﺎ اﺑﻦ ﺁدم، ﻟﻮ ﺑﻠﻐﺖ ذﻧﻮﺑﻚ ﻋﻨﺎن‬ ‫اﻟﺴﻤﺎء، ﺛﻢ اﺳﺘﻐﻔﺮﺗﻨﻲ ﻏﻔﺮت ﻟﻚ، یﺎ اﺑﻦ ﺁدم، إﻧﻚ ﻟﻮ أﺗﻴﺘﻨﻲ ﺑﻘﺮاب اﻷرض ﺥﻄﺎیﺎ ﺛﻢ ﻟﻘﻴﺘﻨﻲ‬ .‫ﻻ ﺗﺸﺮك ﺑﻲ ﺷﻴﺌﺎ ﻷﺗﻴﺘﻚ

ﺑﻘﺮاﺑﻬﺎ ﻣﻐﻔﺮة (( رواﻩ اﻟﺘﺮﻣﺬي وﻗﺎل: ﺡﺪیﺚ ﺡﺴﻦ ﺻﺤﻴﺢ

Daripada Anas r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Allah Ta'ala berfirman: Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau, andainya engkau datang mengadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang menghadapKu tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan untukmu keampunan sepenuh isi bumi.

Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata ia adalah hadis hasan sahih.


untuk pengajaran hadis ringkas..


Pengajaran hadis

(1) Hadis ini menjelaskan betapa besar dan luasnya Rahmat dan belas kesian Allah SWT yang tidak terbatas bagaikan lautan tidak berpantai.

(2) Allah berjanji akan mengampunkan segala dosa hamba-hambaNya yang berdosa walau berapa banyak dosa tersebut dengan syarat mereka berdoa, minta ampun dan mengharapkan keampunanNya dan dengan syarat dia mati dalam lman, tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu.

(3) Syirik adalah dosa besar paling dahsyat yang tidak akan diampunkan oleh Allah SWT walaupun semasa di dunia dia seorang yang baik, beramal soleh dan melakukan banyak kebajikan. Amal soleh tidak memberi apa-apa erti apabila dihimpunkan berserta syirik. Sebaliknya, orang-orang yang melakukan dosa yang bertimbun banyaknya, dia masih mempunyai harapan untuk mendapat kurnia dan pengampunan Allah SWT, Tuhan yang Maha Pengampun dengan sebab kelebihan imannya.

(4) Hadis ini tidak bertujuan menggalakkan orang-orang mukmin melakukan dosa, sebaliknya ia hanya menunjukkan peri betapa besar dan luasnya rahmat dan keampunan Allah SWT.

ya, insyaAllah, sebagai peringatan untuk saya, dan bersama. semoga kita sentiasa memohon ampun dan taubat daripada Allah, mudah2kan kita dikurniakan syurga kelak.
insyaAllah.

sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~
p/s- meski tgh dekat nak exam. :)

Monday, January 5, 2009

exam~

salam alaik.

Ujian





insyaAllah
tidak semua ini melainkan ujian daripada Allah.

"sesungguhnya bersama kesulitan, ada kemudahan"
al-insyirah, ayat 6


(no full entry)

sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~

Thursday, January 1, 2009

tahun baru~

salam alaik.

Buku baru



dan beberapa hari lepas,
kita telah menyambut tahun baru hijrah
dan akan tiba, tahun baru masihi menyapa.

dan soalan2 klise tahun baru ni,

"apa azam tahun ni"

bila tahun baru saja, azam baru mesti ada. tapi, rasa2 azam tahun lepas dah tercapai ke belum?

kata orang, bila tahun baru ni; kita tutup buku lama, dan buka buku baru.
kita tinggalkan tabiat buruk yang lama, dan berhijrah menjadi lebih baik.

dan bila tahun baru ni, itulah;
harapnya kita dapat menjadi lebih baek, lebih elok dan lebih bagus.
elok, mantap dan molek dalam semua bidang.

tak kira akidahnya, ibadahnya, akhlaknya, sosialnya, akademiknya.
dan selalu buat muhasabah diri.
kita as human, memang sentiasa buat silap,
cuma yang membezakan antara seseorang itu bijak atau tidak, sama ada dia belajar daripada kesilapan dan tidak mengulanginya lagi, or buat tidak tahu, dan terus menerus melakukan kesilapan yang sama.

tahun baru ini, menjanjikan banyak benda, dan perkara. dan banyak pula agenda. tidak kisah dalam apa2 bidang. sama ada untuk pembaikan diri, tarbiah dan dakwah. sama ada kita mahu terlibat atau tgk saja.

tahun baru, fajar tahun baru; moga terbitnya dengan harapan dan semangat yang baru.
menyinarkan jiwa2 yang dingin dan menhangatkan hati.

moga hari2 dalam tahun baru ini, lebih indah.

sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~
p/s-ya, post yang sama daripada blog rumah saya.

Search

  • Snap Shots

    Get Free Shots from Snap.com