Saturday, August 30, 2008

destination?(i)~

salam alaik.

Detik-detik terakhir

ya, sebagaimana saya pernah mencoret2 dalam post terdahulu.

destination: moscow.

dan saya begitu reda sekali.

ini gara-gara didiskriminasi dinegara sendiri, semasa interview ke medical school awal tahun ini.
apa kisahnya? biarkan, yang penting; jgn kita underestimate kebolehan orang lain.

apabila berjumpa head of program of a-level, pada 15 ogos lepas, untuk mengambil slip keputusan a-level,
dengan senang hatinya berkata,

"there will be another place for those who get 15(points of a-level), we (she and the pmc) have been discussed, there are another vacancy; so just wait."

saya dan seorang classmate saya diam. saya lebih2 lagi diam. benar2 terkilan.
yang classmate saya itu, benar2 mendesak dia.
sambung dia lagi.

"yes2, there will be, but; wait. the earliest result can be is on wednesday, so, if there is no news then, just accept that you re not meant to be there"

kata saya dalam hati, "suka suki je". dan classmate saya itu, masih lagi tidak tenteram, nampak sangat dia betul2 tertekan tentang ini; dan saya? reda.

kemudian saya bersiap2 untuk kembali ke perlis, atas sebab tiket habis pada hari yang dirancangkan (sbb cuti sekolah), saya pulang pada selasa malam, dan sampai di rumah pada rabu, 20 ogos 2008 (post 'home sweet home')

waiting until wednesday,
--------sepi tiada berita---------

kata seorang kawan,
"esok(khamis) ada list lagi, berdoa okay; doa itu senjata orang mukmin. bersabar la ye, kita sama2 susah dulu".

dan saya menunggu esoknya.

pagi, sepi.

tgh hari? sepi juga.

ptng? masa berlalu, perlahan2.
bila dah nak pukul 4 itu, saya pun dah mula terima kenyataan mungkin, tiada rezeki saya.

tapi tiba, dalam pukul 4.30, saya tiba2 dapat panggilan, daripada jpa,

"adik, adik yang tak dapat pmc itu kan", kata kak Suriani dihujung panggilan.

"ya,", sedih je jawab saya.

"bukan apa, akak nak panggil adik datang briefing jpa esok, untuk budak2 ireland," sambung kakak itu lagi.

"jpa baru dpat list daripada pmc, adik dapat ke ireland", lagi kata kakak Su.

saya sepi.

"alhamdulillah, tapi saya kat perlis sekarang; rasa2 boleh tak jpa buat briefing untuk saya pada hari laen?" kata saya.

"insyaALlah, nnanti kami akan contact adik lain ye", sambung kakak itu.

panggilan tamat.

terkejut.syukur.sedih.

alhamdulillah, mimpi saya; tiba2 jadi kenyataan. terasa baru bangun pula daripada tidur.
syukur. saya tidak mampu berkata apa2 dan cakap banyak.
cuma, diam sepanjang hari.

apa pun, teringat orang kata, 'kalau rezeki itu, tidak ke mana; buat lah macam mana pun, akan ada juga'

besarnya kuasa ALLAH, DIA boleh buat apa saja.
DIA boleh bagi ujian dengan tiba2, dan dengan tiba DIA bagi nikmat.

itu lah, sebahagian kecil kisah saya. kisah peribadi mungkin; tapi masih, impaknya berbekas dalam diri saya.
terus terang, saya tidak gembira melompat2 selepas mendapat khabar. tetapi merenung, merasa kerdilnya diri.

bila berada dalam keadaan helpless, ALLAH saja yg mampu tolong kita, bukan sesiapa yang lain.
bila dalam saat2 terakhir, bukan lagi bemakna sesuatu telah tamat; tetapi, harapan masih ada.
itu mungkin, ALLAH mengajar saya. satu tarbiyah terus daripadaNya.

alhamdulillah.

baek2, nanti saya kisahkan lagi.


sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~

Friday, August 29, 2008

home sweet home(ii)~

Salam Alaik.

Kembara Jiwa


baru selamat tiba daripada ipoh, bertolak pukul 8 malam.

alhamdulillah.

oh ya, saya pulang daripada shah alam pada hari jumaat, 11.30 pagi ke ipoh, dan daripada ipoh ke kangar disebabkan tiket terus shah alam-kangar telah habis.

terima kasih untuk sahabat saya, kerana menumpangkan saya sebentar sementara menunggu bas pada pukul 8 malam ananti.

benar, secara kasar, lebih kurang 3 minggu saya berada di selangor, dan berlegar2 disekitar kuala lumpur; macam2 urusan.
bagi saya, urusan2 ini ibarat satu simulasi pengembaraan yang saya akan alami nanti, insyaAllah.

dalam tempoh itu, saya telah lalui satu kembara jiwa; kembara yang mematangkan diri dan peribadi, yang mengukuhkan hati dan jati.

pelbagai peristiwa yang saya alami, yang adakala buat saya merasa akan kerdilnya diri, dan agungnya ALLAH.

segala ragam manusia yang buat saya sentiasa bermuhasabah; dan belajar untuk menjadi lebih baik.

akan tiap2 tingkah personaliti insan2 yang buat saya meneliti, dan lebih memahami.

suasana dan keadaan yang adakala terkawal, ada ketika diluar dugaan, benar2 menuntut tabah dan sabar.

menemui kebenaran yang pahit, tetapi amat manis dan senang dikenang.

menelusuri tujuan dan matlamat, daripada itu membina cita-cita, merangka harapan dan masa depan.

kembara kecil, tetapi hasilnya besar. alhamdulillah.

moga, segala ilmu yang saya dapat sepanjang ini, dapat saya kongsikan bersama kawan2,
juga secebis pengalaman singkat, bisa kita sama2 jamah hikmahnya.


sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~

p/s-kisah2nya, dalam post yang lain, insyaAllah.

Tuesday, August 26, 2008

coret-coret(v)~

Salam alaik.

Tidak Produktif

ya, bulan ini agak kurang post daripada saya.

sebab utama mungkin, saya tidak berada dirumah sendiri, untuk satu jangka masa yang lama.
(even post ini ditulis semasa saya dalam persinggahan)

lagipun, bulan ogos 2008 ini, merupakan bulan yang penuh dengan segala macam peristiwa2 penting dan penentuan hala tuju dan arah perjalanan saya selepas ini, apa pun; alhamdulillah, pada hujung2nya, ada kesudahan yang baik.



Persinggahan Kembali

saya kembali merantau, selepas tidak sampai 2-3 hari tiba pulang.

itu gara-gara panggilan di saat2 akhir daripada JPA, untuk memngkhabarkan tentang destinasi saya seterusnya.
oleh sebab itu, saya terkejar2 untuk kembali ke Shah Alam, dan berulang ke Putrajaya untuk menggantikan briefing yang terlepas serta mengambil 'advance' daripada JPA dan ke tempat2 lain untuk menguruskan sedikit sebanyak bersama membeli sedikit barang keperluan seperti buku2 perubatan, lab coat, dan stethoscope untuk dibawa ke kolej perubatan nanti.

Pulang?

ini masih kabur2. dan saya terikat antara masa.
ya Allah.

harap2 dapat pulang sebelum puasa.

ada beberapa urusan penting mungkin dirumah itu.
moga dapat diselesaikan segera hal2 ini.
aku mahu pulang.


sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~

Wednesday, August 20, 2008

ujian~

salam alaik.

Seindah Ujian



ya Allah, ujian apakah untuk aku tempuhi lagi?

insyaAllah, akan aku sambut
dengan hati yg penuh reda, jiwa yg penuh takwa.
dengan dada yang paling lapang, dan minda yang paling senang.

ya, Engkau lebih tahu.

ya Allah, mudah2kan langkahku; aku hanya hambaMu.

"Allah's Good Pleasure was on the Believers when they swore Fealty to thee under the Tree: He knew what was in their hearts, and He sent down Tranquillity to them; and He rewarded them with a speedy Victory"
Al Fath:18


(no full entry)

:-)

sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~

p/s- andai senyuman ini, adalah senyuman.

Tuesday, August 19, 2008

home sweet home~

Salam alaik.

Pulang


Alhamdulillah, saya selamat sampai dari Shah Alam, setelah agak2 2 minggu berada di sana secara sedar tak sedar.
ya, bertolak ke Shah Alam pada 8/8 2008 (Olympic) dan selamat tiba pada 20/8 2008.

lama betul merantau kat negara sendiri, tapi negeri orang. macam2 yang saya lalui, dan ada perkara baru yang saya dapat belajar.

Ha, banyak kisahnya, apa pun, insyaAllah, saya akan kongsi sedikit demi sedikit.

ini pun sekadar coret2 harap untuk cari semula momentum blogging ni.


(no full entry)

sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~





Saturday, August 16, 2008

macam disana nanti~

salam alaik.

Kejayaan



"Ha, macam mana, seronok kan?", kata Ustazah Rukiah, tatkala saya melawat beliau semalam.

"Alhamdulillah, cukup2", balas saya perlahan.

Sambung ustazah lagi, "Macam itu lah kita nanti, disana(akhirat). bila yang kita usaha2kan penat lelah di dunia ini, balasannya syurga.", kemudian ustazah tersenyum. dalam sekali.

Terkesima. Petang2 itu bila dapat satu tazkirah yang mungkin kadang2 saya sendiri lupa.

"Ya uztazah, panjang lagi tu," sambut saya, "Hidup kat dunia ni memang penuh cabaran, insyaAllah, harap2 berjaya juga kat sana nanti".

alhamdulillah, terima kasih ustazah.

oh ya,nak tahu result saya?

Tiba Detik

ada 2 3 post yg saya skip, memandangkan result a-level saya baru keluar khamis lepas.
dengan rasa yang sudah flat (sebab terlalu lama cuak, menanti), khabar yang baik datang. alhamdulillah, at least release sedikit sebanyak tekanan2.

baru selesai satu, ada lagi beberapa hal tidak masih kabur, harap2 Allah mudahkan, insyaAllah.

teringat lagi Khamis, 14 Ogos 2008 itu, dalam mamai2 baru bangun tidur(tertidur masa tunggu result),turun melangkah ke CC Double A berhampiran kolej cemara.
bila sampai, buka web result, dan isi

Examination: GCE June 2008
username: silent1412@yahoo.com
password: ******

then, clik login,
keluar la result nye.



alhamdulillah, apa pun, syukur sangat. (sengaja saya blur2kan di tempat yg berkenaan, atas sebab2 privasi).

tapi ini bukan penamat perjuangan saya. tidak, bahkan ini adalah langkah pertama. insyaAllah, perjalanan saya dalam dunia perubatan, alhamdulillah Allah berikan tapak pertama yang baik.

dan tahniah untuk cik(bekas) presiden. :)

Hikmah

ya, Allah sendiri telah beri tahu, bahawa akan DIA yang lebih mengetahui akan sesuatu, akan luasnya ilmuNya, dan hebat kebijaksanaanNya.

syukur, perjalanan kita ini, apabila kita berhenti dan merenung seketika; akan betapa indahnya tiap2 peristiwa yang berlaku kat kita, insyaAllah. memang indah diatur untuk kita, dan apa yang kita dapat itu, memang cukup2 apa yang kita perlu.

banyak yg saya dapatlihat, hikmah sepanjang2 peristiwa sebelum a-level. apa itu? nanti saya huraikan lagi. sekarang pun, even result dah keluar, perjalanan saya masih agak kabur lagi, harap2 dapat yang terbaik.

daripada perjalanan saya seminggu tatkala menanti result, macam2 yang saya belajar, insyaAllah saya akan kongsikan dalam post2 yang lain.

sampai sini saja,
moga bermanfaat
kaito~

p/s-alhamdulillah; congrate cik(bekas)presiden, kita jumpa lagi di taj mahal ye. insyaAllah.

Thursday, August 7, 2008

satu perjalanan~

Salam alaik.

Di Persinggahan

entah, ini post yang saya tulis di rumah?? (hostel) kawan2 Japanese Association Degree Program, di Batu 3 Shah Aam.

Oh ya, saya dalam perjalanan untuk ke program IMAM predeparture briefing yang akan diadakan pada 8 dan 9 ogos di Astana Dugang Country Resort, Bangi, Selangor.Memandangkan program ini diadakan di Selangor, saya bertolak lebih awal untuk merancang perjalanan yg belum tentu hala. hehehe. :p

ya, memang tergopoh, dengan program ini pada 8 dan 9 ogos, dan result a-level pula pada 14 ogos, jarak antara dua peristiwa itu agak dekat, dan masing2 kena datang Shah Alam. nak kena datang ambil result itu pasti, dengan phycology test yang tarikh entah bila.

masalah nak datang balik ini cuma satu.

duit.

pergi balik dan makan2 untuk satu perjalanan agak2 dalam rm100. dan saya bukan dari keluarga yang berada.

apa pun, bertolak saya dalam pukul 10 pagi daripada stesen bas Kangar,
dan alhamdulillah selamat sampai di stesen Shah Alam dalam 6.15 petang.
tapi, selepas itu saya perlu ke stesen ktm komuter untuk ke rumah kawan2 saya di batu 3.

rasa2 saya naek apa?


MEnanti

pilihan pertama saya. pak cik teksi yang selalu saya panggil. tapi, bila ALLAH menguji, alhamdulillah, pak cik itu turn out saya punya call.

cukup bagi saya. saya tak beberapa gemar untuk mengambil teksi yg sedia ada di stesen bus (i'm stupid?) sebab selalunya mereka ini mencekik darah. mahal tambangnya.

saya tunggu rapid kl. ya Allah, ini murah, tapi berjam2. ye, paling cepat pun 1 jam.

memandangkan penantian yang tidak pasti itu terlalu lama, saya nekad megambil keputusn untuk berjalan kaki, ke pit stop2 perhentian bus. entah kenapa tergerak kaki melangkah menelusur jalan2 yang dulu hanya naik dengan bus intec. merasa tiap2 saat, tapi penat la. sampai bulatan depan akasia, lalu depan seksyen 18.

tiba2 nostalgia mengimbau. ya Allah, terasa macam semalam je baru balik daripada intec dan kolej cemara. rindu benar dengan suasana kat cemara. sangat2. tapi, even saya sampai berjalan disitu, bus rapid kl tidak juga sampai2 lagi. jam sudah dalam pkul 7.25 malam (agak2 45 minit saya berjalan).

ya, saya terus berjalan, melepasi ole2, then taman perumahan, satu lagi perhentian bus, dan satu lagi perhentian bus. jam dalam pkul 7.50 malam. saya penat. terasa nak ambik teksi tapi terasa tidak berbaloi selepas 3/4 perjalanan untuk ke stesen komuter.

penat. tension. tapi tidak menyesal kerana saya memilih untuk berjalan daripada menanti bus rapid kl.
tapi in the end alhamdulillah bus sampai juga diperhentian terakhir.

alhamdullah sampai juga di stesen komuter, dan nasib baik tidak lama menunggu komuter untuk ke stesen batu 3 tiba.
dan selamat tiba di rumah kwan2 yang baik2 hati ini. terima kasih korang semua.

harap program predeparture brefing esok berbaloi.

sampai sini saja,
ini rasanya catatan peribadi?
kaito~

Wednesday, August 6, 2008

jawapan daripada ALLAH~

Salam alaik.



terasa kosong lagi. tidak tahu apa yang hendak dikongsikan, tapi bila selak2 file lama, terjumpa ini.
harap2 bermanfaat.

ADAKAH AKU SUDAH DIKIRA BERIMAN ?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
Surah Al-Ankabut ayat 2-3



KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
Surah Al-Baqarah ayat 216


KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
Surah Al-Baqarah ayat 286


RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
Surah Al-Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya mencapai kemenangan)."
Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
Surah Al-Baqarah ayat 45


APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka..."
Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
Surah At-Taubah ayat 129

ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!

"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
Surah Yusuf ayat 12


sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~

p/s- saya akan ke shah alam pada khamis, 7 hb, dan ke bangi untuk program pre-departure ; harap2 semoga selamat.

Monday, August 4, 2008

apa dan siapa~

Salam alaik.

Yang Lebih Penting

bagaimana saya mahu mulakan perkongsian kali ini? agaknya otak ini kadang2 terbeku akibat terlalu lama cuti nan kosong, tiada pengisian2 formal yang ada pun mungkin sedikit atas usaha2 sendiri. insyaAllah. apa pun, apa khabar sahabat, kawan2, dan kenalan2 semua? moga baik selalu seadanya, moga berada dalam diluarkebiasaan selalu. orang hebat selalu fikir mereka hebat, bertindak seperti orang yang hebat. bagaimana hebat itu? terpulang pada diri sendiri nak tafsirkan.

kali ini tentang siapa dan apa. ya, dalam bosan2, apa kata saya kongsi dengan semua one of my views about this.

apa dan siapa.


so, antara ini mana lebih penting, terutama dalam berbincang, berdebat, bertengkar :p , bermuzakarah atau apa2 lagi yang sewaktu dengannya.


The Truth First


dalam konteks yang saya nak kongsi ini, perbincangan dan seerti dengannya, apa pun, yang perlu diutamakan adalah 'kebenaran' tidak kira usul itu datang daripada mana2 pihak.

apa lebih penting daripada siapa.


ya, dalam sesuatu perkara, kita manusia yang khilaf, mungkin kadang2 itu melakukan kesilapan, tersalah langkah. mungkin akan sesuatu atau terhadap sesuatu perkara itu, pandangan dan pendapat (apa) kita (siapa) itu tak kena, atau ada yang lebih baik yang kita sendiri terlepas pandang, tapi dilihat oleh orang lain, tidak kira siapa dia, boleh jadi teman baik, sahabat, kawan2, cikgu, ibu bapa and the list goes on.

so, mungkin kadang2, mereka menegur untuk kebaikan, maka insyaAllah lebih baik kita cuba tenung2kan dan baiki diri apa yang kurang. insyaAllah itu dapat buatkan diri kita lebih baik. ingat, kebenaran itu lebih utama,even tough its hurts daripada siapa.

the truth is cruel, but fair.

Ego



tapi kadang2 itu, atas kenapa dan mengapa yang saya utarakan pekara yg agak kecil ini, sebab kadang2 itu, sendiri dapat lihat bahawa ada sesetengah manusia itu memang keras kepala nak terima silap. memang sakit hati juga bila berdepan dengan orang sebegini. (guys, have you met this kind of people?)

kenapa? simple reason:- ego.

ego itu memang kita perlu, sikit2 bagus. ya, untuk kita jaga maruah dan harga diri. bagi bila dah lebih2 dan melampau itu, agak2 la.

seseorang itu merasa dia sudah cukup baik, cukup bagus dan cukup sempurna. baginya, tarafnya lebih tinggi daripada orang2 lain. haAh, ye la tu. as for these guys, 'I ALWAYS RIGHT, NEVER WRONG'.

ya Allah, please, you re not maksum.

these ego people (saya merujuk kepada mereka yang SANGAT EGO), too insist on their stand, sampai tak sanggup langsung nak consider pandangan dan pendapat orang lain. saya tidak bermaksud bila meminta pendapat orang lain itu seperti tidak berdikari, kerana in the end, yang menetapkan sesuatu keputusan itu adalah diri kita sendiri, tetapi, as taking in consideration of other people opinion, thought, feelings, sometime makes the decision we make is good for all, even though tidak seperti yang kita harapkan sangat.

these people betul2 takut nak buat salah, or memang fobia dengan word, " you re wrong!", instead, the always wanted the world to be as their rules. the world should revolved around them, but IT IS NOT!. (honestly, i have met them, and this is from my experinces)

saya selalu fikir kenapa mereka sangat takut? for me, failure or salah, as we take it as positive things, we look as it as the steps to succes a.k.a not fail, but not success YET. and the wrong thing is not WRONG but not CORRECT YET. insyaAllah this will be a force to do better, to figure out other alternatives, and makes we learn from the mistakes.

so, its okay kalau silap; yang penting kebenaran, tidak kira daripada mana2 pihak. :)
buka mata, buka minta dan buka hati. kita manusia biasa.

yang baik itu datang daripada ALLAH, dan segala yang kurang itu kelemahan saya sendiri.
insyaAllah, these reminder untuk diri saya sendiri, dan untuk kita semua.

sampai sini saja.
moga bermanfaat,
kaito~

Saturday, August 2, 2008

something limited~

Salam alaik.

It is Tormenting




saya on a japanese drama, 'honey and clover'. mungkin ramai dah tahu tentang cerita ini, but even sekarang saya dalam episod 9,. hahaha. apa pun, insyaAllah nanti saya kongsikan ulasan about that story. apa pun, drama ini agak penuh falsafahnya.

apa pun for now, i wanna pick up satu dialog dalam cerita itu, dalam episod 2. tapi bukan about cinta. hahaha.boleh jadi juga.
dialog between Hanamoto Hagumi dan Takemoto Yuta, after diorang balik shoping;

this *game is little tormenting, right?

why?

because what you want is in front of you but you can't get it.

youre right.

but this is a gift from God right?

a small and happy gift for those who are not good but work hard.


in this world, not everyone can get what they want right?

yes, because quantity is limited.




*game itu dia referkan kepada permainan yang kita guna mesin macam tangan untuk pickkan mainan @ things dalam box.


itu dialog mereka, and yup, bila saya fikir2kan balik bila tgk drama itu, memang ada betulnya. sebab ada beberapa benda dalam dunia ini terhad, dan itu pula menjadi permintatan ramai.sebab itu kadang2 kita tak dapat apa yang kita inginkan.

Something in Front


in the end of the episode, ada satu monolog watak utama, Takemoto Yuta:-

even tough it is right in front of you,
there is something that you can't have.
no matter how much you strech your hand out,
there is something that you can never touch.

eventhough you can't obtain it,
is there a ligh at the end of the path if you continue to search?

even if your wish didn't come true,
is there a small bit of happiness waiting somewhere?


ini? mari kita sendiri renung2kan bersama2. macam saya beritahu tadi, drama ini agak berat falsafahnya.

Mencari Alternatf


so, bagi saya, apa yang terbaik, kita boleh mencari alternatif, atau sesuatu yang lain. mungkin alternatif itu lain, tapi boleh jadi masih sama daripada segi kualiti atau mungkin boleh jadi lebih baik. siapa tahu?

yang penting, kita harus berusaha sehabis baik dan semampu yang boleh, dan selepas itu serahkan urusan pada ALLAH; tenang kita dengan qada dan qadarNya.

apa pun, meski kita tidak dapat apa yang kita inginkan, boleh jadi apa yang kita dapat, walaupun alternatif, percaya dan yakin, bahawa ALLAH telah tetapkan seperti itu, dan itu yang sebenar2nya terbaik untuk kita.

ye, bak kata seorang junior itu,
belum cuba(untuk seuatu yang baru itu) belum tahu kan?.


:)
sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~

p/s- entry kali ini berlapis2. sengaja begitu. harap2 semua dapat manfaat.


Search

  • Snap Shots

    Get Free Shots from Snap.com