Sunday, January 11, 2009

keampunan~

salam alaik.

taubat



dalam detik2 akhir nak dekat exam ni, teringat saya akan satu hadis daripada hadis 40 susunan imam nawawi; which the hadis ke 42 (the last in the book), tell about the forgiveness from Allah. Maha Suci Allah, yang Maha Pengampun lagi Penyayang, dan penerima taubat hamba2-Nya.

as, the hadith:-



‫ﻋﻦ أﻧﺲ‬t ‫یﻘﻮل: )) ﻗﺎل اﷲ ﺗﻌﺎﻟﻰ: یﺎ اﺑﻦ ﺁدم، إﻧﻚ ﻣﺎ دﻋﻮﺗﻨﻲ ﻗﺎل: ﺳﻤﻌﺖ رﺳﻮل اﷲ‬ ‫ورﺟﻮﺗﻨﻲ ﻏﻔﺮت ﻟﻚ، ﻋﻠﻰ ﻣﺎ آﺎن ﻣﻨﻚ، وﻻ أﺑﺎﻟﻲ. یﺎ اﺑﻦ ﺁدم، ﻟﻮ ﺑﻠﻐﺖ ذﻧﻮﺑﻚ ﻋﻨﺎن‬ ‫اﻟﺴﻤﺎء، ﺛﻢ اﺳﺘﻐﻔﺮﺗﻨﻲ ﻏﻔﺮت ﻟﻚ، یﺎ اﺑﻦ ﺁدم، إﻧﻚ ﻟﻮ أﺗﻴﺘﻨﻲ ﺑﻘﺮاب اﻷرض ﺥﻄﺎیﺎ ﺛﻢ ﻟﻘﻴﺘﻨﻲ‬ .‫ﻻ ﺗﺸﺮك ﺑﻲ ﺷﻴﺌﺎ ﻷﺗﻴﺘﻚ

ﺑﻘﺮاﺑﻬﺎ ﻣﻐﻔﺮة (( رواﻩ اﻟﺘﺮﻣﺬي وﻗﺎل: ﺡﺪیﺚ ﺡﺴﻦ ﺻﺤﻴﺢ

Daripada Anas r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Allah Ta'ala berfirman: Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau, andainya engkau datang mengadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang menghadapKu tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan untukmu keampunan sepenuh isi bumi.

Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata ia adalah hadis hasan sahih.


untuk pengajaran hadis ringkas..


Pengajaran hadis

(1) Hadis ini menjelaskan betapa besar dan luasnya Rahmat dan belas kesian Allah SWT yang tidak terbatas bagaikan lautan tidak berpantai.

(2) Allah berjanji akan mengampunkan segala dosa hamba-hambaNya yang berdosa walau berapa banyak dosa tersebut dengan syarat mereka berdoa, minta ampun dan mengharapkan keampunanNya dan dengan syarat dia mati dalam lman, tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu.

(3) Syirik adalah dosa besar paling dahsyat yang tidak akan diampunkan oleh Allah SWT walaupun semasa di dunia dia seorang yang baik, beramal soleh dan melakukan banyak kebajikan. Amal soleh tidak memberi apa-apa erti apabila dihimpunkan berserta syirik. Sebaliknya, orang-orang yang melakukan dosa yang bertimbun banyaknya, dia masih mempunyai harapan untuk mendapat kurnia dan pengampunan Allah SWT, Tuhan yang Maha Pengampun dengan sebab kelebihan imannya.

(4) Hadis ini tidak bertujuan menggalakkan orang-orang mukmin melakukan dosa, sebaliknya ia hanya menunjukkan peri betapa besar dan luasnya rahmat dan keampunan Allah SWT.

ya, insyaAllah, sebagai peringatan untuk saya, dan bersama. semoga kita sentiasa memohon ampun dan taubat daripada Allah, mudah2kan kita dikurniakan syurga kelak.
insyaAllah.

sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~
p/s- meski tgh dekat nak exam. :)

No comments:

Search

  • Snap Shots

    Get Free Shots from Snap.com