Thursday, January 1, 2009

tahun baru~

salam alaik.

Buku baru



dan beberapa hari lepas,
kita telah menyambut tahun baru hijrah
dan akan tiba, tahun baru masihi menyapa.

dan soalan2 klise tahun baru ni,

"apa azam tahun ni"

bila tahun baru saja, azam baru mesti ada. tapi, rasa2 azam tahun lepas dah tercapai ke belum?

kata orang, bila tahun baru ni; kita tutup buku lama, dan buka buku baru.
kita tinggalkan tabiat buruk yang lama, dan berhijrah menjadi lebih baik.

dan bila tahun baru ni, itulah;
harapnya kita dapat menjadi lebih baek, lebih elok dan lebih bagus.
elok, mantap dan molek dalam semua bidang.

tak kira akidahnya, ibadahnya, akhlaknya, sosialnya, akademiknya.
dan selalu buat muhasabah diri.
kita as human, memang sentiasa buat silap,
cuma yang membezakan antara seseorang itu bijak atau tidak, sama ada dia belajar daripada kesilapan dan tidak mengulanginya lagi, or buat tidak tahu, dan terus menerus melakukan kesilapan yang sama.

tahun baru ini, menjanjikan banyak benda, dan perkara. dan banyak pula agenda. tidak kisah dalam apa2 bidang. sama ada untuk pembaikan diri, tarbiah dan dakwah. sama ada kita mahu terlibat atau tgk saja.

tahun baru, fajar tahun baru; moga terbitnya dengan harapan dan semangat yang baru.
menyinarkan jiwa2 yang dingin dan menhangatkan hati.

moga hari2 dalam tahun baru ini, lebih indah.

sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~
p/s-ya, post yang sama daripada blog rumah saya.

No comments:

Search

  • Snap Shots

    Get Free Shots from Snap.com