Friday, June 27, 2008

at the end of the day~

salam alaik.

entah, ada beberapa pekara yang mungkin boleh dikongsi :-

1. Jangan Lawan Pakar.
Tak tahu nak kata apa, dalam sibuk2 tadi, aku alter gambar untuk diprintkan as gambar pasport. bila sampai kedai gambar, aku mintak tauke itu editkan gambar tadi sbb background dia gelap sangat. bergaduh2 dengan tauke pasal itu. but at last aku give up, ye aku tak cukup ilmu lagi pasal digital picture, and i respect the tauke sebab dia bukan nak cari untung, but share his knowledge.
Malam pula aku datang balik, tangkap gambar. sembang2 pasal antivirus komputer dia; kali ini dia mengalah.(dapat cenderahati, alhamdulillah) insyaAllah esok aku singgah tgkkan lain.

2.Sikit Tentang Sejarah.
Sembang dengan Dib semalam. Dia nak mula sem baru merangkap practical di Hospital Tunku Fauziah (selamat2 hendaknya). kami cakap pasal sejarah, baguslah dia juga suka pasal ini. aku kadang2 sedih, budak2 zaman sekarang tak suka sejarah. sejarah itu guru hidup yang paling rapat, paling erat dan paling dekat. bahkan yang paling memahami kita. dan kita, harus belajar dan ambil iktibar daripada sejarah moga dapat jadi lebih baik. kata Dib, "History is repeating itself". (itu pun dia quote dari somewhere :p). kata aku, "Itu depends pada pelakunya, mungkin satu situasi sama berulang; tapi beza pada keputusan yang diambil itu buatkan sejarah berbeza".

3.Yang Lebih Baik.
Ini panjang. aku pun kadang2 malas nak fikir. by time, alhamdulillah aku dapat terima andai rezeki di Moscow Medical Academy, Rusia (InsyaAllah). dalam perjalanan pulang daripada Kolej Kediaman Cemara, aku fikir; betapa betuahnya aku dalam situasi ini. Kata Pn Rita, PMC ada list lagi (aku no 45. dan malas juga nak ambik tahu sangat). Mungkin, kalau dapat (alhamdulillah), tapi tak lepas cut off point, still ada firm backup ke Rusia. (Hebatnya perancangan Allah). tapi bagi aku, yang penting hujung nanti, seorang doktor melayu muslim yang mantap jati diri dan teguh imannya. (dan anda semua, moga tercapai cita2.) cukup sini saja.

4.Sikit Tentang Jiwa
Dalam perit, dulu agak kurang sebab ada sahabat dekat. Alhamdulillah, murah rezeki sahabat. Gembira untuk dia. ini mungkin aku terlebih rasa; dia ada hak untuk happy, jalan dia sudah cerah, dan aku masih lagi meniti pelangi; disebalik2 awan. apa berlaku tak penting. yang penting nilai. aku belajar, kadang2 kita tak sedar, bila kita menjejak langit, terlupa bumi, apatah lagi yang pernah dipijak. maaf berselirat. maksud aku, jiwa aku jadi lebih sensitif untuk fahamkan keadaan orang. dulu sama2 susah, bila senang; jangan buat tak kesah. takpa, masing2 punya hak. dan harap terbaik untuk masing. yang penting, jiwa itu membesar dan jadi lebih kuat.

5. Gosip Lagi?
Bangun pagi khamis, di BUZZ cik(bekas) Presiden Fa-C team. (tak perlu tahu siapa, ok). sembang2, panjang. kata dia, ada gosip lagi. aku dah agak. pasal ini aku give up. kisahnya, aku mintak tolong junior Fa-C team(tak perlu tahu siapa juga) sampaikan buku dan past paper pada junior ALM 8, (sahabat) aku. betul2, pasal cinta, nanti2 aku tulis panjang, for the moment, "no couple before akad". cuma fikir2kan, daripada buang masa, duit dan tenaga dalam satu hubungan pendek yang tak tentu hujungnya, baik gunakan masa itu untuk siap2kan diri untuk satu hubungan yang long term dan permanent a.k.a kahwin. nanti aku coret panjang lagi.

6.Cuti
Cuti, ini sebab utama kenapa blog ini wujud, dan harap2 dapat terus istiqamah. sebelum balik, banyak plan:-buat blog ini, habiskan buku tentang penulisan, habiskan kitab agama, belajar masak dan tolong emak dalam kerja-kerja rumah, keluar joging(macam tak perlu sangat sbb berat badan dah turun), latihan koordinasi badan. itu plan, rancangan. kawan2 pun banyak pelan masing2. ada budak kelas pergi pulau perhentian, aku tak pergi sebab gunakan duit itu beli external hardisk. sampai rumah, tiba2 dah ada streamyx balik; terperap seminggu. lepas ini, sibuk nak siap2kan pastport, medical check up, isi application, prepare barang untuk btn. semua2 itu kene siap by hari btn (14 julai). harap semua pelan itu jadi; tak sekadar tinggal mimpi.

7. Hidup Dan Memberi.
Cukup sampai sini. banyak lagi kerja nak disambung; insyaAllah, ada masa, ada entry lagi.
memang banyak nak kongsi. bak kata ustaz Hazrizal itu, "Erti hidup pada memberi". memberi. tambah pula pemberian itu ikhlas, terasa ringan dan nikmat sekali. renung2 dan tenung2.

moga bermanfaat,
kaito~

Search

  • Snap Shots

    Get Free Shots from Snap.com