Saturday, June 28, 2008

my boss my hero~

salam alaik.



ini satu drama jepun. mungkin ramai dah tengok. ceritanya menarik; simple dan penuh mesej. watak2 dia pun okay. hero hensem, heroin kawaii (comel), watak2 pipih pun mantap. dan ini bukan ulasan drama yang panjang dan professional (cuma pendapat peribadi).


watak-watak dalam drama itu.


ini heroin yg comel, Umemura Hikari.


Sakaki Makio, hero dan boss.

kisahnya simple, Sakaki Makio itu, pewaris kumpulan yakuza, "Kantou Sharp Fang"; tapi bodoh. atas kebodohan dia, his dad bagi syarat supaya grad the high school baru boleh dapat jawatan bos kumpulan. so, cerita ini; dalam 10 episod tentang hidup2 Sakaki Makio, dan kawan2 dia dalan kelas 3-A (san- A kumi) di St. Agnes High School.


Guru Kelas 3-A, Minami Yuriko. (my favourite =P)


dan ada beberapa pekara menarik dalam drama ini, secara langsung atau tidak:-

1. St. Anges Puding



Sakaki-kun suka puding. Puding ini, agak puaka. semacam trademark St. Agnes Cafe; limited edition just ada 12 dan dijual tepat 12.00 tgh hari. oleh itu, pelajar St. Agnes kena berlari2 untuk dapatkannya. agak dasyat, sampai keganasan berlaku. Puaka puding ini jelas, bila dalam satu episod, pembuat puding itu pergi bercuti; pelajar2 St. Anges hilang semangat nak hidup, merancau2 dan saling bergaduh sesama sendiri macam orang hilang arah. Sekolah itu jadi semacam perkampungan zombi. kerana 12 puding. bagi aku, kejar2 nak dapatkan puding itu, simbolnya kena berusaha betul2 dan dengan cara yang betul baru boleh berjaya capai matlamat. dan satu persaingan yang sihat sbb pihak sekolah pun bagi kebenaran untuk adakan race dapatkan puding.

2. Mizushima Tsubaki

Ini watak sampingan, tapi unik. Dia seorang Dr. di sekolah itu. Sorang watak yang slow and steady, tapi berisi and turn out as kekasih lama ayah Sakaki-kun. dia selalu muncul tiba, bagi nasihat kat Sakaki-kun, tapi kena pada masanya. ya, nasihat itu, lebih berharga daripada apa2 bila kena pada tempat dan masa yang betul. Bilik dia juga Sakaki-kun datang bila ada masalah atau nak berkongsi sesuatu. Bila Sakaki mula masuk dan benci belajar, dia bagitahu bahawa dalam life of high school, there is lots of happiness such love, friendship; and learning is a process of joy. As there is dalam satu episod, dia cakap about love, "Real love is something more terrifying than entrance exams or ghost. If you fall in love, it won't stop; your brain is on fire and that runs through your body. It runs quickly to your toes. Your pump in blood when your eyes meet. The lumberjack inside your chest carries a big hammer and from inside he hits, "gan-gan". Thats it; its pain, real love." Apa2 aja. Dia selalu datang tiba2 dan menyampuk. macam tahu2 saja. At the end of the story, dia still someone yang suka bagi galakan pada orang lain untuk belajar. well, learning is a life long process. 

3. Family Sakaki


Ayah dia seorang boss yakuza, selama ini dia layan Sakaki as a member, but not seorang anak. Sakaki pun melihat ayah dia sebagai seorang boss, bukan sebagai bapa. but by times, in the story, bapa dia quite insaf and want a family, so dia ajak Sakaki has family diner. Mulanya memang Sakaki kekok, just makan saja. but lama2 dia mula kongsi apa yang berlaku di sekolah dia. Ayah Sakaki pernah cakap kat Kuroi (penasihat utama Sakaki); "Selama ini, aku tak pernah buat apa2 sebagai seorang ayah, silapnya daripada aku, kali ni aku nak buat sesuatu (arahan untuk Sakaki ke High School) before aku meninggal." Ini refleksi masyarakat sekarang; terlalu sibuk dengan tugas, sampai tak ada masa dengan anak2 dan keluarga. Kalau ada masa pun, katakan satu hari, masing2 asyik tengok t.v dan buat kerja sendiri. Harap aku nanti cukup masa untuk keluarga, biar sekejap berkualiti. itu lebih baik daripada seminggu bersama tapi tiada pengisian.

4. Dedikasi Seorang Guru.

Ya, ini yang paling aku kagumi. Dedikasi guru kelas 3-A, Minami Yuriko(comel!!!); Sakaki-kun panggil dia Iron Face a.k.a "Tengkamen?" (muka tiada perasaan). seorang watak yg serious, dalam diam suka pada Sakaki(oh, ini bukan dedikasi). yang dedikasinya, sanggup dia korbankan cuti musim panas untuk adakan kelas asas buat Sakaki-kun yang betul2 agak kosong kepala dia(dalam exam main teka2 saja). Itu yang buat Sakaki-kun terharu sebab menurut dia(Sakaki), semua cikgu dia sebelum ini dah give up dengan kebodohan dia. Cuma Iron Face ini yang sanggup lagi mengajar Sakaki. As one of her word(dengan garang sekali) to Sakaki, "Kalau kamu itu bodoh pun, jangan gunakan kebodohan itu untuk larikan diri daripada masalah(exam)". ya, jangan gunakan kelemahan kita sebagai alasan untuk lari daripada masalah. semakin kita lari, semakin banyak masalah dan kita sendiri kena berani hadapi tiap masalah, insyaAllah; after it over soon, jiwa kita jadi lebih tabah dan kuat. balik pada dedikasi, dalam apa2 tugas pun, buat yang terbaik, buat sehabis baik. itu adalah amanah dan janji kita.dedikasi itu terletak pada hati. apa pun, sebelum dedikasi itu datang, cinta(suka dan senang dalam tugas@ study @ apa) perlu wujud.

5. Agnes Road?

satu lorong kecil belakang sekolah St. Agnes. untuk couple sahaja. no comment. Agnes road ini semacam satu tour bagi pasangan kekasih di sekolah itu. 1st destinasi, ice-cream booth; 2nd-booth gambar dan 3rd-sembang2 dibangku. Ini boleh dikata sebagai kemuncak hubungan 2 watak, Sakaki dan Hikari; but at last, even Sakaki itu suka@cintakan(?) Hikari, dia reject Hikari sebab dia dah sangat tua (27 tahun yg menyamar 17; kalau ikut undang2 jepun, orang dewasa yg terlibat dengan remaja bawah 18 tahun boleh dipenjara(?)). lagipun, seorang watak lagi, Sakurakoji Kun (kawan baik Sakaki dalam sekolah ini) ada simpan perasaan pada Hikari, tapi dia tak cakap.aku no comment. dan aku bukan anti-couple, bagi aku, itu pilihan individu, harap2 terlindung dalam batas pergaulan dan aku for the moment tak prefer. 

5.Leadership

sepatutnya ini lebih atas daripada Agnes Road. ini kualiti yang paling jelas, even tertera dalam tajuk "My Boss, My Hero". implisitnya(secara tidak langsung), seorang bos bukan sekadar bos, tapi seorang sahabat dan teman, yang dekat dengan orang bawahan. tidak sombong dan sedia memahami. balik pada cerita. pemilihan ketua kelas 3-A. semua tak nak volunteer, but bila cikgu kelas cakap, "kalau macam ni, tak ada ketua untuk *kumi 3-A". (*kumi-kelas @ gang). bila dengar perkataan 'kumi' saja, terus Sakaki volunteer(bagi dia, semacam ketua gang), and ambil tanggugjawab. tapi dalam2 itu, banyak cabaran untuk dia. classmate tak bagi kerjasama. biasa itu. by times, (even identiti sebenar dia itu bakal ketua yakuza yang ganas) Sakaki berjaya built the trust and gain respect from the member of the class. ya, itu penting, kepercayaan. dia berjaya bawa pasukan basketball kelas dia menang sports tournament; and yang paling menonjol dalam satu acara "Culture Frestival", kelas 3-A buat persembahan band, tapi missing seorang member. Sakaki pergi rumah mamat itu dan angkat dia datang kelas berlatih sekali. ya, setiap unit dalam organisasi itu penting, setiap satu. macam, kita perlu sedar dan hargai tiap2 antara itu. mungkin nampak(peranan itu) remeh, tapi bila hilang satu, macam2 masalah timbul.=)

dan ending cerita, sayang, Sasaki tak dapat graduate dengan kawan2 yang lain sbb identiti dia terbongkar. dan kalau betul2 nak tau cerita, tgk sendiri; ada banyak lagi yang aku tak sempat coretkan.

sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~


2 comments:

Anonymous said...

salam..
my boss my hero..
watched it last year..
like it~
da St Agnes Puddings...
uh oh..
tgk je pun dah rasa sedap...
huhu..
satu lagi, sape nama ntah anak buah yg plg rapat ngan Sakaki..
sgt setia.. baguz btul..
ha, a fun time killer, wit some good messages..

Mystic--Legend-- said...

aaa
hanan menyesal bace !
tgk kan da taw jln citer yg seterusnya ..
uwaaa
kaito saje je !

Search

  • Snap Shots

    Get Free Shots from Snap.com