Saturday, August 30, 2008

destination?(i)~

salam alaik.

Detik-detik terakhir

ya, sebagaimana saya pernah mencoret2 dalam post terdahulu.

destination: moscow.

dan saya begitu reda sekali.

ini gara-gara didiskriminasi dinegara sendiri, semasa interview ke medical school awal tahun ini.
apa kisahnya? biarkan, yang penting; jgn kita underestimate kebolehan orang lain.

apabila berjumpa head of program of a-level, pada 15 ogos lepas, untuk mengambil slip keputusan a-level,
dengan senang hatinya berkata,

"there will be another place for those who get 15(points of a-level), we (she and the pmc) have been discussed, there are another vacancy; so just wait."

saya dan seorang classmate saya diam. saya lebih2 lagi diam. benar2 terkilan.
yang classmate saya itu, benar2 mendesak dia.
sambung dia lagi.

"yes2, there will be, but; wait. the earliest result can be is on wednesday, so, if there is no news then, just accept that you re not meant to be there"

kata saya dalam hati, "suka suki je". dan classmate saya itu, masih lagi tidak tenteram, nampak sangat dia betul2 tertekan tentang ini; dan saya? reda.

kemudian saya bersiap2 untuk kembali ke perlis, atas sebab tiket habis pada hari yang dirancangkan (sbb cuti sekolah), saya pulang pada selasa malam, dan sampai di rumah pada rabu, 20 ogos 2008 (post 'home sweet home')

waiting until wednesday,
--------sepi tiada berita---------

kata seorang kawan,
"esok(khamis) ada list lagi, berdoa okay; doa itu senjata orang mukmin. bersabar la ye, kita sama2 susah dulu".

dan saya menunggu esoknya.

pagi, sepi.

tgh hari? sepi juga.

ptng? masa berlalu, perlahan2.
bila dah nak pukul 4 itu, saya pun dah mula terima kenyataan mungkin, tiada rezeki saya.

tapi tiba, dalam pukul 4.30, saya tiba2 dapat panggilan, daripada jpa,

"adik, adik yang tak dapat pmc itu kan", kata kak Suriani dihujung panggilan.

"ya,", sedih je jawab saya.

"bukan apa, akak nak panggil adik datang briefing jpa esok, untuk budak2 ireland," sambung kakak itu lagi.

"jpa baru dpat list daripada pmc, adik dapat ke ireland", lagi kata kakak Su.

saya sepi.

"alhamdulillah, tapi saya kat perlis sekarang; rasa2 boleh tak jpa buat briefing untuk saya pada hari laen?" kata saya.

"insyaALlah, nnanti kami akan contact adik lain ye", sambung kakak itu.

panggilan tamat.

terkejut.syukur.sedih.

alhamdulillah, mimpi saya; tiba2 jadi kenyataan. terasa baru bangun pula daripada tidur.
syukur. saya tidak mampu berkata apa2 dan cakap banyak.
cuma, diam sepanjang hari.

apa pun, teringat orang kata, 'kalau rezeki itu, tidak ke mana; buat lah macam mana pun, akan ada juga'

besarnya kuasa ALLAH, DIA boleh buat apa saja.
DIA boleh bagi ujian dengan tiba2, dan dengan tiba DIA bagi nikmat.

itu lah, sebahagian kecil kisah saya. kisah peribadi mungkin; tapi masih, impaknya berbekas dalam diri saya.
terus terang, saya tidak gembira melompat2 selepas mendapat khabar. tetapi merenung, merasa kerdilnya diri.

bila berada dalam keadaan helpless, ALLAH saja yg mampu tolong kita, bukan sesiapa yang lain.
bila dalam saat2 terakhir, bukan lagi bemakna sesuatu telah tamat; tetapi, harapan masih ada.
itu mungkin, ALLAH mengajar saya. satu tarbiyah terus daripadaNya.

alhamdulillah.

baek2, nanti saya kisahkan lagi.


sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~

No comments:

Search

  • Snap Shots

    Get Free Shots from Snap.com