Thursday, August 7, 2008

satu perjalanan~

Salam alaik.

Di Persinggahan

entah, ini post yang saya tulis di rumah?? (hostel) kawan2 Japanese Association Degree Program, di Batu 3 Shah Aam.

Oh ya, saya dalam perjalanan untuk ke program IMAM predeparture briefing yang akan diadakan pada 8 dan 9 ogos di Astana Dugang Country Resort, Bangi, Selangor.Memandangkan program ini diadakan di Selangor, saya bertolak lebih awal untuk merancang perjalanan yg belum tentu hala. hehehe. :p

ya, memang tergopoh, dengan program ini pada 8 dan 9 ogos, dan result a-level pula pada 14 ogos, jarak antara dua peristiwa itu agak dekat, dan masing2 kena datang Shah Alam. nak kena datang ambil result itu pasti, dengan phycology test yang tarikh entah bila.

masalah nak datang balik ini cuma satu.

duit.

pergi balik dan makan2 untuk satu perjalanan agak2 dalam rm100. dan saya bukan dari keluarga yang berada.

apa pun, bertolak saya dalam pukul 10 pagi daripada stesen bas Kangar,
dan alhamdulillah selamat sampai di stesen Shah Alam dalam 6.15 petang.
tapi, selepas itu saya perlu ke stesen ktm komuter untuk ke rumah kawan2 saya di batu 3.

rasa2 saya naek apa?


MEnanti

pilihan pertama saya. pak cik teksi yang selalu saya panggil. tapi, bila ALLAH menguji, alhamdulillah, pak cik itu turn out saya punya call.

cukup bagi saya. saya tak beberapa gemar untuk mengambil teksi yg sedia ada di stesen bus (i'm stupid?) sebab selalunya mereka ini mencekik darah. mahal tambangnya.

saya tunggu rapid kl. ya Allah, ini murah, tapi berjam2. ye, paling cepat pun 1 jam.

memandangkan penantian yang tidak pasti itu terlalu lama, saya nekad megambil keputusn untuk berjalan kaki, ke pit stop2 perhentian bus. entah kenapa tergerak kaki melangkah menelusur jalan2 yang dulu hanya naik dengan bus intec. merasa tiap2 saat, tapi penat la. sampai bulatan depan akasia, lalu depan seksyen 18.

tiba2 nostalgia mengimbau. ya Allah, terasa macam semalam je baru balik daripada intec dan kolej cemara. rindu benar dengan suasana kat cemara. sangat2. tapi, even saya sampai berjalan disitu, bus rapid kl tidak juga sampai2 lagi. jam sudah dalam pkul 7.25 malam (agak2 45 minit saya berjalan).

ya, saya terus berjalan, melepasi ole2, then taman perumahan, satu lagi perhentian bus, dan satu lagi perhentian bus. jam dalam pkul 7.50 malam. saya penat. terasa nak ambik teksi tapi terasa tidak berbaloi selepas 3/4 perjalanan untuk ke stesen komuter.

penat. tension. tapi tidak menyesal kerana saya memilih untuk berjalan daripada menanti bus rapid kl.
tapi in the end alhamdulillah bus sampai juga diperhentian terakhir.

alhamdullah sampai juga di stesen komuter, dan nasib baik tidak lama menunggu komuter untuk ke stesen batu 3 tiba.
dan selamat tiba di rumah kwan2 yang baik2 hati ini. terima kasih korang semua.

harap program predeparture brefing esok berbaloi.

sampai sini saja,
ini rasanya catatan peribadi?
kaito~

1 comment:

Anonymous said...

''berjalan,bemusafirlah..
melihat kebesaran Tuhan yang
diciptakan untuk mereka yang berfikir dan bersyukur,
di atas nikmat dan kurniaNya..''

~hikmah kembara by Mirwarna..~

Search

  • Snap Shots

    Get Free Shots from Snap.com