Friday, August 29, 2008

home sweet home(ii)~

Salam Alaik.

Kembara Jiwa


baru selamat tiba daripada ipoh, bertolak pukul 8 malam.

alhamdulillah.

oh ya, saya pulang daripada shah alam pada hari jumaat, 11.30 pagi ke ipoh, dan daripada ipoh ke kangar disebabkan tiket terus shah alam-kangar telah habis.

terima kasih untuk sahabat saya, kerana menumpangkan saya sebentar sementara menunggu bas pada pukul 8 malam ananti.

benar, secara kasar, lebih kurang 3 minggu saya berada di selangor, dan berlegar2 disekitar kuala lumpur; macam2 urusan.
bagi saya, urusan2 ini ibarat satu simulasi pengembaraan yang saya akan alami nanti, insyaAllah.

dalam tempoh itu, saya telah lalui satu kembara jiwa; kembara yang mematangkan diri dan peribadi, yang mengukuhkan hati dan jati.

pelbagai peristiwa yang saya alami, yang adakala buat saya merasa akan kerdilnya diri, dan agungnya ALLAH.

segala ragam manusia yang buat saya sentiasa bermuhasabah; dan belajar untuk menjadi lebih baik.

akan tiap2 tingkah personaliti insan2 yang buat saya meneliti, dan lebih memahami.

suasana dan keadaan yang adakala terkawal, ada ketika diluar dugaan, benar2 menuntut tabah dan sabar.

menemui kebenaran yang pahit, tetapi amat manis dan senang dikenang.

menelusuri tujuan dan matlamat, daripada itu membina cita-cita, merangka harapan dan masa depan.

kembara kecil, tetapi hasilnya besar. alhamdulillah.

moga, segala ilmu yang saya dapat sepanjang ini, dapat saya kongsikan bersama kawan2,
juga secebis pengalaman singkat, bisa kita sama2 jamah hikmahnya.


sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~

p/s-kisah2nya, dalam post yang lain, insyaAllah.

2 comments:

~ n.u.u.r ~ said...
This comment has been removed by the author.
~ n.u.u.r ~ said...

salam..

i tot i saw u sumwhere in s.alam.
di ole2 kdai buku pkcik baharom.
nmpk gaya mcm tgh bincang sumthin penting dgn pkcik.

unfrtunately, i dunt have da guts to tegur, takut silap org, malu pla. hehe sy kan pemalu orgnye. (hhaha yea rite)
newy, welcum bck home!

n ramadhan kareem~~
wslm.

Search

  • Snap Shots

    Get Free Shots from Snap.com