Thursday, October 2, 2008

bicara sehari~

Salam alaik.

Kampung Halaman.

its seems weird; tapi entah, saya merasa seperti dublin ini, macam tempat sendiri.
walaupun dengan bermacam2 ragam orang yang kita jumpa; dan of course itu semua take time untuk diri sendiri nak intergrate dan adapt dengan enviroment dan suasana sendiri.

dublin ini, sejuk. ho ho ho; sekarang suhu purata dalam 9-12 darjah celsius; boleh jadi lebih rendah daripada itu.
memang menggeletar satu macam; tetambah bila ditiup angin, ya Allah; sampai sumsum tulang sejuknya.

ini bukan kisah dublin saja.


kampung halaman, bila kita beraya; memang tak sah kalau tak balik bukan?
tapi bila dah jauh macam ini; tak tahu nak kata apa.
reda sajalah; tak la sedih sangat.
mungkin sedih tak dapat beraya dengan family, but then, serasa ini juga my home.

seperti pernah datang dan kenal dublin city ini.
ya Allah, apa rencana-Mu kali ini?

Seadanya

entah, dua tiga hari ini; jiwa saya agak jauh.
maksudnya, hidup memang seperti biasa,
tetapi, kenapa ya; even dalam bising2 dan hingar bingar ramai,
serasa sunyi yang dalam.
sepi.

seadanya macam yang memanggil2, dan rasa terpanggil.

juga rindu untuk yang tidak ditemukan lagi. kenapa?

alhamdulillah, apa pun, perancangan Allah itu adalah sangat indah.
pahit peritnya, akan datang manis selepas itu.

ya, semua itu ujian; sama ada kita bersyukur atau tidak dalam semua keadaan.
juga tabiyah terus daripada Allah, mengajar kita mengenali-Nya dan lebih dekat dengan-Nya.

di kota dublin ini, saya juga masih mencari, membawa perjuangan kendiri. ada matlamat dan destinasi;
dan insyaAllah, pengisian2 sepanjang perjalanan.
moga dihujung nanti, bukan sekadar seorang insan yang kosong.

baik2, insyaAllah, saya sambung lagi nanti; rumah takde internet lagi`~
sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~
p/s- mana kamu?

1 comment:

Anonymous said...

Assalamu'alaikum.
Kaito-kun~
moga hebat slalu.

apa pernah kau ke sana sebelumnya?
mana tahu,
dalam perjalanan merentas benua,
tika belayar dalam pekat malam.
[ah, ini bahasa nadim, hehe]

luar hingar dalam suram..

apa manusia itu dapat lari dari kebisingan hati?
ya, mungkin saja;
bisingnya hati mengatakan sepi.

tiap suatu ada asbab,
tiap ujian ada hikmah,
tiap yg berlaku sudahpun tertulis.

siapa lagi Perancang yang Terbaik, selain dari-Nya?

salam aidilfitr utk si perantau.
maaf zahir & batin ..
kosong-kosong ea...

wassalam.

Search

  • Snap Shots

    Get Free Shots from Snap.com