Wednesday, October 1, 2008

dalam rantauan~

salam alaik.

Selamat

Alhamdulillah, ini post saya selepas selamat sampai di Ireland. Rumah saya tiada sambungan internet buat masa sekarang, oleh itu saya terpaksa melepak di bilik komputer RCSI (dan mungkin akan terus melepak). Selamat saja sampai, dan selamat saja semua. Oleh itu, sekadar mencoret2 pendek, dalam rantauan.

Suasana di dublin ini, agak aneh. sejuk, itu pasti; sepertinya dalam sebuah bilik berhawa dingin yang besar.
kadangkala hujan dan kadangkala cerah. cuaca di dublin ini, tidak menentu; kejap naik, kejap turun.
sejuk. sejuk. sejuk.


Raya

Ya, sepertinya, raya tahun ini agak istimewa; rayanya agak jauh daripada tanah air.
kat ireland ini, dublin city; taklah semeriah di tanah air. ha ha ha, cuma, alhamdulillah; at least dapat jumpa kawan2 seangkatan dan mengeratkan ukhwan antara student2 yang berada dalam kawasan dublin city ini.

paginya, dalam pukul 9 itu; ramai2 satu rumah ke Malaysia Hall, yang lebih kurang 10-15 minit berjalan2 melihat alam.
kat malaysia hall yang agak kecil tu; kami takbir beramai2 dan ada jamuan ringan;
kemudian kami beramai2 ke terbuka rumah haji fauzi untuk mengisi perut. itu saja rayanya; memang tidak meriah.
tapi okaylah.
:) alhamdulillah.

Sibuk

ini, sejak didaftarkan hari itu; memang tidak dapat dielakkan.
kesibukkan bermula kembali, ya Allah, bagilah aku kekuatan untuk lalui hari2 baru yang mendatang.
kelas agak tiap2 hari; dan quite full; jauh berbeza dengan kawan2 kat UCD, but insyaAllah, ini adalah yang terbaik untuk saya, dan masa depan saya. :) apa pun, saya mendoa2kan semoga baik2 saja untuk menjalani hari2 mendatang.
sepertinya mencabar; agak mencabar.
menuntut segala pengorbanan daripada saya yang tidak seberapa ini.

ya Allah, kuat2kan aku.
insyaAllah, akan nanti punya lapang yang panjang; saya kongsikan pengalaman perjalanan sedikit sebanyaknya; insyaAllah.




sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~

1 comment:

Anonymous said...

Yang terbaik untukmu =]
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin

p/s: esp. sbb xcam ko haritu :P

Search

  • Snap Shots

    Get Free Shots from Snap.com