Saturday, August 30, 2008

destination?(i)~

salam alaik.

Detik-detik terakhir

ya, sebagaimana saya pernah mencoret2 dalam post terdahulu.

destination: moscow.

dan saya begitu reda sekali.

ini gara-gara didiskriminasi dinegara sendiri, semasa interview ke medical school awal tahun ini.
apa kisahnya? biarkan, yang penting; jgn kita underestimate kebolehan orang lain.

apabila berjumpa head of program of a-level, pada 15 ogos lepas, untuk mengambil slip keputusan a-level,
dengan senang hatinya berkata,

"there will be another place for those who get 15(points of a-level), we (she and the pmc) have been discussed, there are another vacancy; so just wait."

saya dan seorang classmate saya diam. saya lebih2 lagi diam. benar2 terkilan.
yang classmate saya itu, benar2 mendesak dia.
sambung dia lagi.

"yes2, there will be, but; wait. the earliest result can be is on wednesday, so, if there is no news then, just accept that you re not meant to be there"

kata saya dalam hati, "suka suki je". dan classmate saya itu, masih lagi tidak tenteram, nampak sangat dia betul2 tertekan tentang ini; dan saya? reda.

kemudian saya bersiap2 untuk kembali ke perlis, atas sebab tiket habis pada hari yang dirancangkan (sbb cuti sekolah), saya pulang pada selasa malam, dan sampai di rumah pada rabu, 20 ogos 2008 (post 'home sweet home')

waiting until wednesday,
--------sepi tiada berita---------

kata seorang kawan,
"esok(khamis) ada list lagi, berdoa okay; doa itu senjata orang mukmin. bersabar la ye, kita sama2 susah dulu".

dan saya menunggu esoknya.

pagi, sepi.

tgh hari? sepi juga.

ptng? masa berlalu, perlahan2.
bila dah nak pukul 4 itu, saya pun dah mula terima kenyataan mungkin, tiada rezeki saya.

tapi tiba, dalam pukul 4.30, saya tiba2 dapat panggilan, daripada jpa,

"adik, adik yang tak dapat pmc itu kan", kata kak Suriani dihujung panggilan.

"ya,", sedih je jawab saya.

"bukan apa, akak nak panggil adik datang briefing jpa esok, untuk budak2 ireland," sambung kakak itu lagi.

"jpa baru dpat list daripada pmc, adik dapat ke ireland", lagi kata kakak Su.

saya sepi.

"alhamdulillah, tapi saya kat perlis sekarang; rasa2 boleh tak jpa buat briefing untuk saya pada hari laen?" kata saya.

"insyaALlah, nnanti kami akan contact adik lain ye", sambung kakak itu.

panggilan tamat.

terkejut.syukur.sedih.

alhamdulillah, mimpi saya; tiba2 jadi kenyataan. terasa baru bangun pula daripada tidur.
syukur. saya tidak mampu berkata apa2 dan cakap banyak.
cuma, diam sepanjang hari.

apa pun, teringat orang kata, 'kalau rezeki itu, tidak ke mana; buat lah macam mana pun, akan ada juga'

besarnya kuasa ALLAH, DIA boleh buat apa saja.
DIA boleh bagi ujian dengan tiba2, dan dengan tiba DIA bagi nikmat.

itu lah, sebahagian kecil kisah saya. kisah peribadi mungkin; tapi masih, impaknya berbekas dalam diri saya.
terus terang, saya tidak gembira melompat2 selepas mendapat khabar. tetapi merenung, merasa kerdilnya diri.

bila berada dalam keadaan helpless, ALLAH saja yg mampu tolong kita, bukan sesiapa yang lain.
bila dalam saat2 terakhir, bukan lagi bemakna sesuatu telah tamat; tetapi, harapan masih ada.
itu mungkin, ALLAH mengajar saya. satu tarbiyah terus daripadaNya.

alhamdulillah.

baek2, nanti saya kisahkan lagi.


sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~

Friday, August 29, 2008

home sweet home(ii)~

Salam Alaik.

Kembara Jiwa


baru selamat tiba daripada ipoh, bertolak pukul 8 malam.

alhamdulillah.

oh ya, saya pulang daripada shah alam pada hari jumaat, 11.30 pagi ke ipoh, dan daripada ipoh ke kangar disebabkan tiket terus shah alam-kangar telah habis.

terima kasih untuk sahabat saya, kerana menumpangkan saya sebentar sementara menunggu bas pada pukul 8 malam ananti.

benar, secara kasar, lebih kurang 3 minggu saya berada di selangor, dan berlegar2 disekitar kuala lumpur; macam2 urusan.
bagi saya, urusan2 ini ibarat satu simulasi pengembaraan yang saya akan alami nanti, insyaAllah.

dalam tempoh itu, saya telah lalui satu kembara jiwa; kembara yang mematangkan diri dan peribadi, yang mengukuhkan hati dan jati.

pelbagai peristiwa yang saya alami, yang adakala buat saya merasa akan kerdilnya diri, dan agungnya ALLAH.

segala ragam manusia yang buat saya sentiasa bermuhasabah; dan belajar untuk menjadi lebih baik.

akan tiap2 tingkah personaliti insan2 yang buat saya meneliti, dan lebih memahami.

suasana dan keadaan yang adakala terkawal, ada ketika diluar dugaan, benar2 menuntut tabah dan sabar.

menemui kebenaran yang pahit, tetapi amat manis dan senang dikenang.

menelusuri tujuan dan matlamat, daripada itu membina cita-cita, merangka harapan dan masa depan.

kembara kecil, tetapi hasilnya besar. alhamdulillah.

moga, segala ilmu yang saya dapat sepanjang ini, dapat saya kongsikan bersama kawan2,
juga secebis pengalaman singkat, bisa kita sama2 jamah hikmahnya.


sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~

p/s-kisah2nya, dalam post yang lain, insyaAllah.

Tuesday, August 26, 2008

coret-coret(v)~

Salam alaik.

Tidak Produktif

ya, bulan ini agak kurang post daripada saya.

sebab utama mungkin, saya tidak berada dirumah sendiri, untuk satu jangka masa yang lama.
(even post ini ditulis semasa saya dalam persinggahan)

lagipun, bulan ogos 2008 ini, merupakan bulan yang penuh dengan segala macam peristiwa2 penting dan penentuan hala tuju dan arah perjalanan saya selepas ini, apa pun; alhamdulillah, pada hujung2nya, ada kesudahan yang baik.



Persinggahan Kembali

saya kembali merantau, selepas tidak sampai 2-3 hari tiba pulang.

itu gara-gara panggilan di saat2 akhir daripada JPA, untuk memngkhabarkan tentang destinasi saya seterusnya.
oleh sebab itu, saya terkejar2 untuk kembali ke Shah Alam, dan berulang ke Putrajaya untuk menggantikan briefing yang terlepas serta mengambil 'advance' daripada JPA dan ke tempat2 lain untuk menguruskan sedikit sebanyak bersama membeli sedikit barang keperluan seperti buku2 perubatan, lab coat, dan stethoscope untuk dibawa ke kolej perubatan nanti.

Pulang?

ini masih kabur2. dan saya terikat antara masa.
ya Allah.

harap2 dapat pulang sebelum puasa.

ada beberapa urusan penting mungkin dirumah itu.
moga dapat diselesaikan segera hal2 ini.
aku mahu pulang.


sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~

Wednesday, August 20, 2008

ujian~

salam alaik.

Seindah Ujian



ya Allah, ujian apakah untuk aku tempuhi lagi?

insyaAllah, akan aku sambut
dengan hati yg penuh reda, jiwa yg penuh takwa.
dengan dada yang paling lapang, dan minda yang paling senang.

ya, Engkau lebih tahu.

ya Allah, mudah2kan langkahku; aku hanya hambaMu.

"Allah's Good Pleasure was on the Believers when they swore Fealty to thee under the Tree: He knew what was in their hearts, and He sent down Tranquillity to them; and He rewarded them with a speedy Victory"
Al Fath:18


(no full entry)

:-)

sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~

p/s- andai senyuman ini, adalah senyuman.

Tuesday, August 19, 2008

home sweet home~

Salam alaik.

Pulang


Alhamdulillah, saya selamat sampai dari Shah Alam, setelah agak2 2 minggu berada di sana secara sedar tak sedar.
ya, bertolak ke Shah Alam pada 8/8 2008 (Olympic) dan selamat tiba pada 20/8 2008.

lama betul merantau kat negara sendiri, tapi negeri orang. macam2 yang saya lalui, dan ada perkara baru yang saya dapat belajar.

Ha, banyak kisahnya, apa pun, insyaAllah, saya akan kongsi sedikit demi sedikit.

ini pun sekadar coret2 harap untuk cari semula momentum blogging ni.


(no full entry)

sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~





Saturday, August 16, 2008

macam disana nanti~

salam alaik.

Kejayaan



"Ha, macam mana, seronok kan?", kata Ustazah Rukiah, tatkala saya melawat beliau semalam.

"Alhamdulillah, cukup2", balas saya perlahan.

Sambung ustazah lagi, "Macam itu lah kita nanti, disana(akhirat). bila yang kita usaha2kan penat lelah di dunia ini, balasannya syurga.", kemudian ustazah tersenyum. dalam sekali.

Terkesima. Petang2 itu bila dapat satu tazkirah yang mungkin kadang2 saya sendiri lupa.

"Ya uztazah, panjang lagi tu," sambut saya, "Hidup kat dunia ni memang penuh cabaran, insyaAllah, harap2 berjaya juga kat sana nanti".

alhamdulillah, terima kasih ustazah.

oh ya,nak tahu result saya?

Tiba Detik

ada 2 3 post yg saya skip, memandangkan result a-level saya baru keluar khamis lepas.
dengan rasa yang sudah flat (sebab terlalu lama cuak, menanti), khabar yang baik datang. alhamdulillah, at least release sedikit sebanyak tekanan2.

baru selesai satu, ada lagi beberapa hal tidak masih kabur, harap2 Allah mudahkan, insyaAllah.

teringat lagi Khamis, 14 Ogos 2008 itu, dalam mamai2 baru bangun tidur(tertidur masa tunggu result),turun melangkah ke CC Double A berhampiran kolej cemara.
bila sampai, buka web result, dan isi

Examination: GCE June 2008
username: silent1412@yahoo.com
password: ******

then, clik login,
keluar la result nye.



alhamdulillah, apa pun, syukur sangat. (sengaja saya blur2kan di tempat yg berkenaan, atas sebab2 privasi).

tapi ini bukan penamat perjuangan saya. tidak, bahkan ini adalah langkah pertama. insyaAllah, perjalanan saya dalam dunia perubatan, alhamdulillah Allah berikan tapak pertama yang baik.

dan tahniah untuk cik(bekas) presiden. :)

Hikmah

ya, Allah sendiri telah beri tahu, bahawa akan DIA yang lebih mengetahui akan sesuatu, akan luasnya ilmuNya, dan hebat kebijaksanaanNya.

syukur, perjalanan kita ini, apabila kita berhenti dan merenung seketika; akan betapa indahnya tiap2 peristiwa yang berlaku kat kita, insyaAllah. memang indah diatur untuk kita, dan apa yang kita dapat itu, memang cukup2 apa yang kita perlu.

banyak yg saya dapatlihat, hikmah sepanjang2 peristiwa sebelum a-level. apa itu? nanti saya huraikan lagi. sekarang pun, even result dah keluar, perjalanan saya masih agak kabur lagi, harap2 dapat yang terbaik.

daripada perjalanan saya seminggu tatkala menanti result, macam2 yang saya belajar, insyaAllah saya akan kongsikan dalam post2 yang lain.

sampai sini saja,
moga bermanfaat
kaito~

p/s-alhamdulillah; congrate cik(bekas)presiden, kita jumpa lagi di taj mahal ye. insyaAllah.

Thursday, August 7, 2008

satu perjalanan~

Salam alaik.

Di Persinggahan

entah, ini post yang saya tulis di rumah?? (hostel) kawan2 Japanese Association Degree Program, di Batu 3 Shah Aam.

Oh ya, saya dalam perjalanan untuk ke program IMAM predeparture briefing yang akan diadakan pada 8 dan 9 ogos di Astana Dugang Country Resort, Bangi, Selangor.Memandangkan program ini diadakan di Selangor, saya bertolak lebih awal untuk merancang perjalanan yg belum tentu hala. hehehe. :p

ya, memang tergopoh, dengan program ini pada 8 dan 9 ogos, dan result a-level pula pada 14 ogos, jarak antara dua peristiwa itu agak dekat, dan masing2 kena datang Shah Alam. nak kena datang ambil result itu pasti, dengan phycology test yang tarikh entah bila.

masalah nak datang balik ini cuma satu.

duit.

pergi balik dan makan2 untuk satu perjalanan agak2 dalam rm100. dan saya bukan dari keluarga yang berada.

apa pun, bertolak saya dalam pukul 10 pagi daripada stesen bas Kangar,
dan alhamdulillah selamat sampai di stesen Shah Alam dalam 6.15 petang.
tapi, selepas itu saya perlu ke stesen ktm komuter untuk ke rumah kawan2 saya di batu 3.

rasa2 saya naek apa?


MEnanti

pilihan pertama saya. pak cik teksi yang selalu saya panggil. tapi, bila ALLAH menguji, alhamdulillah, pak cik itu turn out saya punya call.

cukup bagi saya. saya tak beberapa gemar untuk mengambil teksi yg sedia ada di stesen bus (i'm stupid?) sebab selalunya mereka ini mencekik darah. mahal tambangnya.

saya tunggu rapid kl. ya Allah, ini murah, tapi berjam2. ye, paling cepat pun 1 jam.

memandangkan penantian yang tidak pasti itu terlalu lama, saya nekad megambil keputusn untuk berjalan kaki, ke pit stop2 perhentian bus. entah kenapa tergerak kaki melangkah menelusur jalan2 yang dulu hanya naik dengan bus intec. merasa tiap2 saat, tapi penat la. sampai bulatan depan akasia, lalu depan seksyen 18.

tiba2 nostalgia mengimbau. ya Allah, terasa macam semalam je baru balik daripada intec dan kolej cemara. rindu benar dengan suasana kat cemara. sangat2. tapi, even saya sampai berjalan disitu, bus rapid kl tidak juga sampai2 lagi. jam sudah dalam pkul 7.25 malam (agak2 45 minit saya berjalan).

ya, saya terus berjalan, melepasi ole2, then taman perumahan, satu lagi perhentian bus, dan satu lagi perhentian bus. jam dalam pkul 7.50 malam. saya penat. terasa nak ambik teksi tapi terasa tidak berbaloi selepas 3/4 perjalanan untuk ke stesen komuter.

penat. tension. tapi tidak menyesal kerana saya memilih untuk berjalan daripada menanti bus rapid kl.
tapi in the end alhamdulillah bus sampai juga diperhentian terakhir.

alhamdullah sampai juga di stesen komuter, dan nasib baik tidak lama menunggu komuter untuk ke stesen batu 3 tiba.
dan selamat tiba di rumah kwan2 yang baik2 hati ini. terima kasih korang semua.

harap program predeparture brefing esok berbaloi.

sampai sini saja,
ini rasanya catatan peribadi?
kaito~

Search

  • Snap Shots

    Get Free Shots from Snap.com