Thursday, September 11, 2008

terbang melayang~

salam alaik.


Fly High

oh ya, bila sebut pasal ini, teringat kem fly high village, di kem sri raudhah, gombak dahulu.
macam2 yang dapat disana.

alhamdulillah, even, saya antara lelaki ALM 7 yg mula2 bagi nama,
dan budak2 alm 7 boy, tak sampai 10 org pun pergi.

seronok, paling2, pengisiannya tentang Fiqh Traveller by Ustaz Hasrizal.
sampai 2 3 kali saya ulang dengar rakamannya.

dan oh ye, untuk adik2 junior yg mahu, boleh contact saya nanti.

kisah terbang melayang,
saya masih sedih. entah apa sebabnya, yg pasti bukan sbb saya nak tinggalkan tanah air nanti.
dah agak ramai kawan2 intec saya yang sudah terbang dan bakal terbang esok, 12 september (ini budak2 ke manipal, india),
bila saya msgkan seseorang tadi,

"Salam, hua, da nak fly da dia. bila check in?"
dan 20 minit kemudian (oh ye, dia mmg jenis lambat balas msg, ha ha ha)

"Ptg esok pkul 5.30, weh x siap kemas lg, cmna nie, wa3"

ha ha, sakan. itu mereka.

saya?

erm, saya akan berangkat agak lewat, pada hujung september.
student penang medical college, ke ireland untuk pre-clinical years di 2 tempat,
satu University College of Dublin (UCD) dan RCSI saya.

kawan2 UCD sudah berangkat pada 1 september yang lalu, sekrang ini dah mulakan kelas dan lecture mereka.
siap ada yang sakan shoping dan berjalan, menikmati tempat baru mereka.

dan pelajar2 RCSI, kelas kami akan bermula pada oktober, maka, insyaAllah, saya akan berangkat pada 25 september nanti.
juga bersamaan 25 ramadhan; dan tahun ini, saya beraya diperantauan nampaknya. haish, dah nasib.

Terlalu lama

apa pun, alhamdulillah, saya akan berangkat 25 september nanti.
masa yg cukup untuk saya membuat persediaan yang patut, dan untuk packing2 semua barang yang perlu dibawa.
tapi buat masa sekarang, belum apa2 lagi, even document2 tidak disusun dan traveller cheque tidak dibuat lagi.
isk2. harap2 dapat selesaikan dalam masa terdekat.

dan ramai bertanya pada saya,

'apa perasaan nak fly?'

honestly, saya dah tak rasa apa, cuma bersyukur.
ya, akibat terlalu lama ( lebih kurang 2 minggu lagi~), segala excited tu semua dah decline, macam sama perasaan saya menunggu result hari itu. nak kata gembira tidak, seronok tidak.
cuma saya menerima dengan seadanya. alhamdulillah.
dan ada kala saya rasa saya sudah pulang daripada Ireland.

oh, ini gara2 satu website yang best, http://dublinbest.wordpress.com , yang begitu menarik sekali menceritakan tentang dublin, ireland, dan life2 disitu, sehingga saya dapat menjiwainya(eeer, saya tahu, frasa ini tidak sesuai). apa pun, terima kasih kepada senior2 yang menjayakannya.

tapi dalam masa yang sama, masih saya sedih dan sayu.
entah kenapa, tapi bukan sebab saya tidak dapat beraya di malaysia, atau meninggalkan keluarga.
atas satu sebab yang lebih dalam.

soal rumah disana; oh ya, kami, pelajar2 RCSI juga tidak tinggal dihostel, tinggal dirumah luar atas sebab cost. alhamdulillah, tapi baru mendapat msg daripada wakil disana, bahawa sudah selesai. sekarang, masih menunggu further info daripada senior itu.

Untuk Mereka


dan ini, khas untuk kawan2 manipal yang bakal terbang esok, insyaAllah, moga selamat2 sampai semua.
semoga berjaya dan pulang dengan selamat 2011 nanti.
keep in touch, dan sepanjang di bumi orang ini, sama2 kita timba ilmu bukan sekadar apa yang ada dalam buku, bahkan lebih meluas dan holistik.

semoga, dalam perantauan orang ini, bisa menjadikan diri kita lebih bijak menilai dan menafsir; menjadikan kita bukan seorang doktor semata, tetapi seorang insan.

insyaAllah, semoga bertemu lagi, andai punya masa dan wang, saya akan pergi melawat kawan2 di manipal, insyaAllah.

sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~

p/s- cik (bekas) presiden, sampai bertemu nanti. =)

1 comment:

Anonymous said...

salam kaito;

selamat terbang
jauh tinggi kau melayang
jangan dilupa darat yang satu
darat tanah tumpah darahmu
jangan dilupa amanah dibahu
menggalas tugas khalifah di bumi
jangan dilupa niatmu yang murni
dan Dia Maha Mengetahui...

ganbatte ne wa bittaufiq~

Search

  • Snap Shots

    Get Free Shots from Snap.com