Saturday, November 29, 2008

bicara tentang takdir~

salam alaik.

Bila Tuhan Berbicara



insyaAllah, :)

apa khabar kawan2, rakan2, akhi2 dan ukhti2; dan semua yang sudi singgah sejenak kat sini.
moga sehat, hebat, ceria dan bahagia selalu. moga kita sentiasa dalam rahmat dan reda-Nya; serta kuat untuk memikul risalah dalam jalan dakwahnya; menjadi seorang insan dan muslim yang lebih baik.

pejam2 celik, dah genap 2 bulan 3 hari (semasa entry ini ditulis pada 8.01 pagi, 29 november) saya di sini, memijak dan menjejak bumi dublin.
terlalu cepat dan terlalu singkat.
dan dalam masa yang berlalu dan meninggalkan saya,
alahamdulillah, banyak juga yang saya dapat sepanjang ini.

bila saya duduk, merenung; terasa indah takdir yang Allah tetapkan.

alhamdulillah, setinggi2 kesyukuran buat Allah, yg dari-Nya kita datang dan pada-Nya kita pulang.

dan sejenak, bila kenang balik, sepanjang2 perjalanan untuk saya ke sini, hari ini; dan untuk ke masa akan datang.

liku2nya ada yang pahit, dan perit. ya; dan semua itu buat saya lebih bersyukur dan memahami. buat saya lebih banyak diam dan berfikir, buat saya lebih menghormati dan menghargai. jernih sinarnya mutiara2 kehidupan, yang saya dapat dari lautan gelap hidup. :)

dan ada juga saat2 indah dan manis; juga semua itu buat saya bersyukur sangat dengan segala nikmat. serasa kerdil diri dan rendah lemahnya kita dengan ramhat Allah utk kita. semua itu tidak saya lupa adalah ujian.

dan bila fikir2, kita hari ini adalah hasil daripada masa lalu; maka kita akan datang adalah hasil kita hari ini. :)
perkembangan, pebentukan, tarbiah dan pembngunan diri itu adalah satu on-going process, which akan terus2 berlansung selagi kita bernafas dan bernyawa.
setiap hari kita ada peluang untuk merenung, muhasabah dan mencari jalan untuk menjadi lebih baik.

saya hari ini, adalah himpunan2 saya masa lalu. :) dari semua pengalaman saya, dan orang2 laen; dan ilmu3 hidup yang dikutip, ditapis dan diproses sepanjang perjalanan saya ini memnjadikan saya adalah saya. alhamdulillah, bersyukur untuk itu, dan semua ini. juga kita, kita adalah kita hasil daripada apa yang kita lalui, dan nilai2 yang terbentuk dalam diri kita adalah daripada didikan, tarbiah dan sekelilingnya.

pada saya, apa yang ada pada kita adalah cukup2 terbaik untuk kita, meski itu bukan yang paling cantik, paling baik, paling mahal dan sempurna.

yang sempurna, belum tentu terbaik untuk kita


yang terbaik, adalah cukup buat kita, tidak mengurangkan akan kita sesuatu, dan tidak melebihkan kita atas apa. just nice. mungkin yang kita dapat itu tidak sempurna, dan tak berapa kita suka; tapi cuba terima seadanya dan bersyukur adanya.
sebab Allah sendiri dah cakap dalam al-Baqarah ayat 216:

..Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu. Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.


macam saya selalu cakap,
Allah yg cipta kita, Dia lebih tahu apa yang terbaik.

Pertemuan



takdir Allah dalam pertemuan, dan ini lagi2 buat rasa terdiam dan merenung dalam.
alhamdulillah. :)

dari 2004 lagi, saya selalu cakap:

dalam setiap pertemuan, bukan semua ada ikatan, ada yang ditakdirkan sekadar berkenal-kenalan, ada jua menjadi rakan dan taulan, ada mungkin sahabat dan teman. bukan kita angkuh memilih; cuma belum tentu berkawan dengan siapa-siapa kita inginkan, tetapi terjalin ikatan dengan siapa-siapa kita ditakdirkan


ya, anda sedar tentang ini?

sedar tak, mungkin ada orang yang dekat dengan kita, yang mungkin kita bersua tiap2 hari dan selalu, tapi langsung tidak pernah kita tegur atau pun betul2 susah nak serasi dengan kita?

dan mungkin, orang yang jauh terpisah kita jarak dengannya, menjadi sangat dekat, mesra dan erat? orang2 yang baru @ tidak pernah bersua terasa seperti sudah lama kenal dan serasi bersama?

dan bila saya melangkah lagi, saya menemukan

seeloknya kita ditemukan dengan orang yang mmg untuk kita temukan;
mereka antara orang yang membuat kita menjadi lebih baik, untuk kita mengambil tauladan dan contoh sempadan. mereka adalah orang yang buat kita lebih mengenali diri, memahami situasi dan meraikan kepelbagian. mereka adalah orang yang membuat kita lebih faham dan peka, tujuan dan matlamat hidup.


pengalaman saya sendiri pun, alhamdulillah saya ditakdirkan dalam rumah yg saya diam sekrang, baitul isra'.

pada mula2 dahulu, sebelum saya berangkat ke sini,
saya telah betemu beberapa orang senior semasa program pre-depature by IMAM dulu, dan saya ingat, sampai situ saja.
yet, alahamdulillah, bila sampai dublin ini, mereka2 yang saya temui itu, ada antara yg menjadi housemate saya yg sangat baik and supportive. alhamdulillah.
dan juga senior2 yang banyak membantu secara langsung tak langsung.

bersyukur saya menjadi ahli baitul isra'.
ngat lagi, time mula2 saya terkapar2 mencari rumah di dublin,
then, bila saya dapat satu contact which this house;
saya ajak seorang classamate saya yg senasib ( dpat ireland last minute) yet, die pun dah ada satu rumah rasanya.
i hope dapat jd rumate die at the moment,

yet, bila saya ajak die bersama,
die tanye saye satu soalan

'brapa minute nak jalan ke rcsi?'

ya Allah, itu yg difikirnya. :)

hu, tak tahu saya nak cakap apa.
sbb bagi saya, at the moment, yang lebih tinggi prioriti dan lebih utama
adalah ada rumah atau tidak di dublin.
untuk berapa jauh itu, itu soal kedua.
kalo jauh sangat, boleh dapatkan basikal, atau naik bus.
so,saya hendak tak hendak, just terus contact the senior yg handle rumah ni,
and say "i'm in."

dan turn out, rumah ini adalah yg terbaik untuk saya. dan penghuni2 yang laen adalah insan2 yg bagi saya, unik dan istimewa; sbb bersama mereka tiap2 hari, ada saja ilmu yg saya belajar. alhamdulillah, bersyukur untuk semua ini.

dan untuk semua kawan2 saya yang jauh, yang 2 3 tahun tidak bersua selepas pertemuan pertama, dan ada jugak yang lansung tak pernah nampak muka. mereka2 juga adalah yang ditakdirkan untuk sama2 membina diri menjadi lebih elok, baik dan mantap. insyaAllah.

itulah, sama ada kita sedar atau tidak, tiap2 insan yang kita jumpa ditakdirkan utk kita; sama baik untuk kita ambik teladan, buruk untuk kita ambik pengajaran.
apa pun, yang penting kita kena respect and raikan kepelbgaian pada tiap2 orang, sbb bukan semua orang boleh ikut cara kita as bukan kita boleh ikut cara orang.
memamahi, bertoleransi untuk kebaikan bersama. insyaAllah.

sekian saja sini sedikit perkongsian;
insyaAllah andai ada lagi, saya kongsikan dalam masa2 hadapan.
thanks untuk semua yg sudi meluangkan masa sejenak,
dan insyaAllah, 'kerna kita berbeza' itu akan ada. [cuma tak sure nak start dari mana]
baik2, menngundur diri dulu,
salam ukhwah, salam dakwah.

sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~
p/s- saya berusaha; kalau tiada, saya tak rugi apa2. Allah kan ada? Doanya semoga berjaya. insyaAllah, ameen.

2 comments:

As said...

life is a test

whether it's good or bad..

Allah knows best

John Connor said...

Alhamdulillah. Ang dapat rumah dan teman2 yg terbaik di sana. Betullah.Allah lebih mengetahui apa yg kita x tau.Bila akidah kita kuat kta tau wlpun org ni lebih sesuatu dari kita tapi kita yakin ada benda yg kita ada tapi dia x da.

Search

  • Snap Shots

    Get Free Shots from Snap.com