Friday, December 12, 2008

coret-coret(xiii)~

salam alaik.

Diam



apa khabar semua? moga sehat hendaknya.
sunyi ya seminggu.

itu gara2 saya tidak beberapa sihat sepanjang minggu.
demam daripada sabtu lepas, tatkala meng'ini sejarah kita' di tallagt moqsue.
tambah2 pula selsema, dan batuk2 yang diterukkan dengan iklim sejuk semasa di dublin.
memang seksa. tapi alhamdulillah, as for now, dah nak hampir2 sembuh.

yet, sepanjang seminggu; benar macam2 berlaku.
yang betul2 buat saya sejenak diam, dan terus diam.
dan menikmati satu pelajaran hidup yang bermakna.
bahawa kita hidup, juga bersama orang lain, dan kita perlu hormati seadanya.
juga tidak lupa, kita kena jaga tiap tingkah perbuatan, jaga bicara juga.
dan kkdang, memang diam itu baik daripada berkata2 kosong.


dan saya memetik ayat al-quran, surah an-nur, ayat 15:

..dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.


ya, lebih baik diam daripada berkata2 kosong; mengomong besar, tapi tiada apa2.
atau pun untuk sumthing perkara kecil, di heboh2kan dan di besar2kan, diceritakan dengan megah dan berulang-ulang kali.
lebih baik diam.

saya memerhatikan sekeliling, orang yang dekat dengan saya.
mmg, ada antaranya boleh menjadi contoh; dan ada yang boleh diambil contoh.
ada orang yang sudi belajar bila buat silap, dan ada orang yang asyik ulang, ulang, ulang sampai orang pun sudah menyampah.

Tangan Yang DiHulur



dan tolong menolong, kata orang, jgn berkira sangat.
ya, jgn berkira, dapat pahala kalau tolong orang. :)
benar, tapi bila memohon pertolongan orang lain,
respect2 sama orang itu ye.
ingat2 diri sama. :)

sbb kkdang tu, ada saja sampai dah naik pijak2 kepala,
dengan sesuka hatinye menyalahgunakan perkataan 'tolong' untuk mintak orang buat itu ini selalu. padahal, bukan tak boleh buat sendiri, dan bukan tak mampu; even something yang jadi amanah or tugas sendiri pun, still nak minta 'tolong' orang.
suka suki memperhamba orang. so agak2 la sendiri rasanya.
kalau org yg diminta tlong diperlakukan macam office boy, orang pun fed up.
so, agak2 kalo nak mintak tolong.
insyaAllah, kalao boleh buat sesuatu sendiri, usahakan dahulu. :)

dan kita bila tolong orang tu,
janganlah mengungkit2.
cukuplah Allah yang membalas.

moga menjadi peringatan untuk saya, dan semua untuk menjadi lebih baik.

dan ingin saya memetik satu hadith

From The Book of Belief (Faith), Sahih Al-Bukhari, Chap. 5,
Narrated by Abu Musa r.a: some people asked Allah’s Messenger s.a.w, “Whose Islam is the best(ie. who is a very good Muslim)?” He replied, “One who avoids harming the Muslims with his tongue and hands.”


ya, renung2kan dan untuk peringatan kita bersama. :)
sampai sini saja dahulu, insyaAllah dalam masa terluang nanti( ada ke?)
saya kongsikan lagi.
hidup kita memang bermakna, sama ada kita mahu mengambil iktibar, atau biarkan semua hikmah itu berlalu.

pilihan di tangan kita. :)


sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~
p/s-masa tidur telah berlalu. cukup semua leka.

2 comments:

Anonymous said...

salam..

sekali baca macam nak lepaskan geram aja daripada nasihat.

dpijak2? bak kata fairy god parents dalam cerita kartun 2, mudah aja nak menolak `tolong` yang agak melampau. belajar katakan TIDAK!!!!

tinta di rantau said...

salam ziarah..
maaf bunyi lonceng yang membingitkan telinga hari tu..
silap aku..
aku benar2 xsengaja..

Search

  • Snap Shots

    Get Free Shots from Snap.com