Tuesday, December 2, 2008

of a muslim~

salam alaik.

Ciri-ciri individu muslim



dan lagi, apa khabar semua?
moga sehat2, bersemangat dan hebat selalu. :)

hu, satu hari ini agak penat, dan dalam penat2, entah apa yang hendak kongsikan bersama,
bila pusing2 dalam bilik saya, saya terlihat satu poster yg saya dapat semasa open house kat ucd dulu,
rasanya, itu yg yg saya dapat kongsi kali ini, insyaAllah.

ya, tajuknya seperti yg tertulis, ciri2 individu muslim;
yet, takde la lengkap, tapi boleh kita sama jadikan satu garis panduan kasar untuk pembangunan dan pembaikan diri bersama. :)

ha, apa ciri2 itu ya?


1. Akidah yg sejahtera

-mempertahankan akidahnya walaupun diancam
-yakin bahawa setiap yang berlaku sudah ditentukan Allah
-mengikhlaskan amal kerana Allah

2. Ibadah yg sahih

-ikhlas dan kesempurnaan adalah syarat dalam ibadah
-menghadirkan hati dalam beribadah
-melakukan amal secara bersama (e.g solat berjamaah)
-melakukan qiamullail
-memelihara diri daripada maksiat

3. Akhlak yg mantap

-akhlak yg buruk merosakkan amal yg baik
-memiliki akhlak Rasulullah
-tidak mengumpat, mengejek dan berdusta
-menundukkan pandangan
-menjadi contoh kepada orang sekeliling

4. Melawan nafsu

-mereka yg memerang hawa nafisu, adalah mujahid sejati
-tidak membazir, tidur berlebihan, dan makan berlebihan
-memelihara diri dari maksiat dan kelalaian
-sentiasa berdoa dan bertaubat

5. Menjaga masa

-jika tidak menjaga masa, kita mencuri masa orang lain
-bangun awal
-solat awal waktu
-tidak lewat ke kelas
-menggunakan masa tertentu untuk belajar
-mengisi waktu dengan mengingati Allah

6. Mampu berdikari

-tidak mengharap kepada orang lain
-beretika dalam bekerja
-bekerja secara ihsan
-membuat simpanan walaupun sedikit

7. Luas pengetahuan

-mengetahui segala benda dalam satu perkara dan mengetahui sedikit dalam banyak perkara
-mengetahui berita dunia islam
-mampu membaca dan menulis dengan baik
-peka dengan perancangan musuh islam
-menguasai kemahiran terkini

8. Sihat tubuh badan

-mukmin yang sihat lebih disukai daripada mukmin yg lemah
-makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang
-bersenam sekurangnya 20 minit 3 kali seminggu [latest guide, 30 minit, 5 hari seminggu]
-mengetahui asas self-defence
-menggali dan membina kekuatan dan potensi diri

9. Teratur urusannya

-tidak menangguh kerja
-tidak gopoh atau tergesa-gesa
-menyempurnakan kerja sebaik mungkin
-berpenampilan sempurna
-berbicara baik atau diam
-bijak meletakkan prioriti kerja

10. Bermanfaat pada orang lain

- seorang mikmin adalah seperti sebatang pohon kurma(kelapa versi melayu), apa pun yang diambil daripadanya akan memberikan manfaat
-membantu orang yg memerlukan
-memenuhi hak ibu bapa dan rakan2
-mahukan kebaikan untuk orang lain.



ha, itu saja untuk kita renungkan, checkkan diri kita
kat mana kita? seimbangkah hidup kita? adakah kita cukup baik? atau kita boleh jadi lebih baik? renung2kan.

moganya dengan perkongsian yg secebis ini menjadi tazkirah, bermanfaat buat semua, juga buat saya. harap2 kita semua dapat menjadi lebih baik, hari demi hari.
insyaAllah, andai ada lagi, saya kongsikan. :)


sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~
p/s- ye, benar pesan cik bubbly :"al wajibat aksaru minal auqot [kewajipan lebih banyak daripada waktu]"

No comments:

Search

  • Snap Shots

    Get Free Shots from Snap.com