Friday, December 19, 2008

jawapan~

salam alaik.

Masa Berlalu



dan lama juga tidak mencoret, dan bulan ni, rasanya kurang produktif menulis kat sini.
apa khabar semua? moga sehat2 selalu.
dan saye, ada selsema2 sedikit, insyaAllah, tak lama lagi eloklah itu.

lately, saya lebih suka being alone, suka merenung dan menilai diri.
mengenang semalam untuk esok yang lebih cerah, mengutip hikmah2 hidup sepanjang perjalanan.

adapun, dalam sendiri, saya merenung dan menilai, menetapkan matlamat dan destinasi.
cepat benar masa berlalu, lectures of rcsi pun da habis, sekrang tinggal kalut2 nak exam.

cepat2 sangat masa berlalu.
dan bila tadi saya melangkah untuk masuk ke bangunan rcsi for today lectures,
it seems;
'eh, da nak habis dah?'



terasa semalam je baru 1st time jejak bumi ireland ni, dan 1st time ditourkan rcsi itu on 2nd day kami tiba kat sini.

sangat cepat ya.
dan dalam tempoh sepanjang itu, apa yang saya dapat ya? merenung dan merenung

yet, each day, bila saya di royal college itu, betul buat saya bersyukur.
semua ini, dengan kuasa dan izin Allah dapat saya berdiri di sini.
which, it seems dulu just something yg saye boleh mimpi after 'difailed'kan interview.

seolah2 hari saya adalah mimpi, adalah satu jalinan takdir yang cantik scriptnya.
being a part of rcsi, kadang2 tu terasa bertuah bila dapat belajar dengan great surgeons of the time e.g Mr Harold Browne, n others.

terasa being a part of the great history, alhamdulillah.

dan Allah memberikan saya satu peluang yang sngat berharga, alhamdulillah; moga saya dapat gunakan sebaiknya sementara masa itu ada.

hidup ini penuh cerita.
sama ada kita mahu ambik iktibar dan belajar, ataupun membiarkan cerita itu berulang dan terus berulang.
sama ada kita berani mengupas kebenaran untuk mengambil pengajaran, ataupun mengabaikannya dan lantas hidup dalam ilusi.

cepatnye masa berlalu, dan benarlah janji Allah.

Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
(Al-Asr: 1-3)





Tekad dan Jawapan



dua hari lepas, tatkala saya merenung2 ini,
lantas timbul satu persoalan,

kenapakah tekad ini?


ya, dan ada yg bertanya, apakah tekad itu.
bagaimana saya hendak terangkan, susah nak cakap.

kerna, tekad itu adalah satu persoalan yang mencabangkan persoalan2 yang lain, yang akan menumbuhkan persoalan2 yang lain.

ataupun, baik dapat saya simpulkan,

pembinaan individu muslim yang menjadi batu asas untuk sebuah baitul muslim. yang mana menjadi unit untuk satu masyarakat muslim, lantas hujung nanti, mengangkat islam sebagai ustaziyatul alam


semua mengerti? :) ini adalah agak panjang. yet sebenarnye sangat simple. supposely satu ayat je. tapi itu lebih kontroversi mungkin, maka lebih baik begini.

dan bukan sekadar itu,

juga mencari dan menetapkan semula matlamat, arah tuju dan destinasi saya. dan bagaimana untuk saya mencapainye.

lalu dalam malam selasa itu, saya berbungkus2 dan bergerak ke rumah rumate intec saya dulu, di university college dublin (ucd). asalnya untuk ziarah, yet tak sangka, sepanjang perjalanan itu, saya mencari jawapan untuk persoalan itu.

ya, benar; bagi saya,bumi dublin menyediakan satu landskap yang elok untuk saya mengenali islam, memahaminya lebih dalam, dan menjadi orang yang membawanya.
seeloknya, Allah telah menemukan saya dengan orang-orang yang seharusnya dan menyediakan satu environment yang sangat kondusif untuk itu, just tinggal sama ada untuk kita mahu terlibat sama, atau tengok saja.

ya, honestly saya faham itu. saya faham peranan saya. sudah tentu, alhamdulillah; selepas 4 kali sesi 'ini sejarah kita'; tak mungkin buta lagi mata saya, tertutup lagi hati saya; yet, sorry utk haidir hari tu, i'm missing for the session, as i need more time to be alone.

time to be alone. ya, itu mungkin salah satu lagi sebb ziarah saya ke belfield, ucd. untuk sejenak lari dari world (sebahagian) budak2 rcsi yang dari celik mata sampai pejam balik. ada yang berjaga tu, kalo boleh 24 jam. gila apa, 'takde life ke?' bak kata ustaz hasrizal dalam satu ceramah die dulu.
kawan2 kad ucd itu, mereka sudah hampir habis exam final sem mereka yet rcsi 12 januari nanti.

so, just being in the suasana yg tenang, enjoy, dan mereka asyik tgk movie, cerita (sbb exam paper besar da habis), ada yg asyik berkaraoke. :) . buat saya agak relaks sebentar daripada tegang life as rcsi student. terasa bezanye bbdak ucd n rcsi, yet kami akan sesama balik pmc nnti.
dan kebetulan ada sambutan birthday one of our classmate, :)

alhamdulillah, sepanjang 2 hari yang agak tenang di sana, saye realize that,
the answer yang saya cari, adalah satu yang saya sendiri temukan lebih awal.

aneh, menemukan jawapan lebih awal daripada persoalannya.

kerna leka khayalan,
tidak pernah menjanjikan.

kerna asyik angan,
tak akan menentukan.

tiap lafaz adalah janji,
dipegang teguh meniti hari.

tiap kata mengikat diri,
mengiring tika menggapai mimpi.


dan ini, adalah petikan sajak Nadim Muhammad, entitiled Sepi(ii)-Impi; yang tercoret semasa program ISK ke-4, meski time tu saya demam.

ya, jawapannya,

kerna khalayan tak menjanjikan, angan tak menentukan


untuk mencapai tekad, menggapai matlamat; tidak saya boleh duduk diam dan berangan indah, dan bermimpi panjang.

saya perlu bangun, bangkit dan berlari.
untuk tiba ke destinasi, saya perlu bergerak, saya mesti berusaha.
bukan bermaksud saya duduk saya sekarang, yet adalah satu yang lebih diperlukan.

tambah2 untuk short term, insyaAllah, saya perlu bangkit untuk exam yang akan datang. (rcsi-satu minggu penuh dengan paper; ucd-seminggu 2 -3 paper) .
dan bukan sekadar itu, dan bukan cukup itu.
untuk long termnya, saya perlu lagi berusaha memperbaik diri, menjadi seorang insan yang lebih baik.
seorang muslim yang faham dan mengerti, tugas dan tanggungjawabnya.
dan tugas ini bukan mudah, dan bukan senang.

jalan2nya, sudah tentu berliku dan payah. yet insyaAllah, disebalik payahnye saya yakin bukan kosong dan sia-sia.
kadang, pahit hidup ini adalah rencah yang menwarnakannya, dan menjadikan kenangan itu lebih manis dikenang.

dan semua ini adalah janji.
sampai jumpa nanti, adalah janji.
insyaAllah, bila sampai masa-masanya,
the life will unfold, and the hidden will emerged. :)

insyaAllah. :)


sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~
p/s-benar Nadim, Kaito lebih mengerti, mendalami. :)

1 comment:

sisfas said...

hmm..

dalamnya kata2..

silence.
terdiam.
berfikir.
merenung.

.......
sampai nanti..

p/s:kehidupan d rc lebih tension?

Search

  • Snap Shots

    Get Free Shots from Snap.com