Friday, July 11, 2008

bila ALLAH menguji~

Salam alaik.


Satu Perjalanan Jiwa


1. baik, dengan nama ALLAH aku mulakan; ya, hari ini betul2 aku nak berkongsi cerita tentang dugaan menimpa2. alahmdulilah. :). bila Allah nak tunjuk kuasanya, DIA boleh. baik, cerita ini asalnya bermula pada 1 July, time aku pergi buat medical checkup; hari itu just sekadar buat urine test, chest x-ray dan ambil blood sample; then diberitahu kerani itu supaya datang pada 8 July untuk Mantoux Test (Tb test). so far, alhamdulillah segala berjalan lancar, dan dengan baiknya. selepas ambil suntikan Tb pada selasa (8 July); aku diminta datang untuk mengambil keputusan semua dan habiskan sight dan eye test pada hari ini, jumaat 11 July jam 2.45.

2. daripada pagi tadi; alhamdulillah segalanya berjalan lancar, tapi selepas balik daripada solat jumaat, dalam pukul 2.15 petang, dan bersiap2, aku tgk motor tidak ada. ya Allah, emak aku pergi ke pejabat pos untuk mengirimkan wang kepada atuk aku di baling. so aku tunggu. okay, tabah lagi menunggu, dah pukul 2.30, kemudian pukul 2.45, dan kemudian 3.00. ya Allah, aku dah terlewat. so, aku terpaksa kejutkan ayah aku dan minta dia hantarkan. (aku tak mahu kejutkan awal2 sbb selalunya aku pergi dan selesaikan semua sendiri.) alhamdulillah, kasih sayang seorang ayah itu, selesai satu masalah, itu baru satu.

3. bila dah sampai hospital, ambil nombor giliran semua; tunggulah aku dengan taat ( ya, saya tahu, perkataan ini tidak sesuai :p) dan penantian yang cukup lama itu benar2 menyeksakan. nurse itu bagi aku bilik doctor yang agak slow progressnya; and its turn out that i be the last person to see the doctor, before that aku ditimbang berat (constant since last year) dan diukur tinggi (reading=173 cm?? -aku makin pendek ke sbb my 2006 medical checkup reading 173.8cm). okay, bila dan dipanggil nombor 4052; masuklah aku ke bilik pemerikasaan no 1 itu dengan slumber dan berharap semua dapat selesai dengan cepat.

4.tapi, (okeh, kalau dalam cerpen, ini dipanggil konflik dan klimaks cerita-sekadar nota tambahan tapi ini kisah benar :z ); bila doctor itu check semua body system; alhamdulillah semua okay; then its it the time kena doctor isi result blood test. result untuk Hepatitis B dan HIV ada, (alhamdulillah, saya negatif); tiba sampai ke result VDRL test (VDRL test: A blood test for syphilis (VDRL stands for Venereal Disease Research Laboratory) that detects an antibody that is present in the bloodstream when a patient has syphilis.) resultnya tiada dalam database. doctor bingung, dia minta aku ke kaunter hadapan untuk beritahu nurse dan contactkan lab. tunggu sekejap. dapat call daripada lab, mintak tgk balik database. aku masuk balik dalam bilik doctor, dan doctor cakap tiada. yang bingung doctor itu, dah jadi bengang. aku helpless. mengadu kat nurse depan tadi.

5. nurse di kaunter, yang aku takkan lupa namaya, Rosliza bt Mohd Amin; orang kelantan. masih ada slang a.k.a loghat kekelantanan meski dia cuba meng'KL'kan cakap2 dia. :). Kak Liza itu yang bersusah2 tolong aku. terima kasih kak, terima kasih sangat. satu kes VDRL, satu lagi; aku tidak diinformkan untuk pergi ke bilik pemeriksaan 9 untuk mengambil bacaan Mantoux Test (TB test). ha, lagi masalah. kak itu pun pening2 juga. dengan kes VDRL, Mantoux Test lagi. then aku pergi main2 balik tempat ukur ketinggian ( sbb masa itu tinggal aku seorang sahaja) dan kakak itu mengambil bacaan baru untuk aku. so, ketinggian aku sebenar 175cm dan itu yang aku tulis dalam passport.

6. nasib baik bacaan Mantoux Test itu hanya sekadar ukur diameter bulatan merah pada lengan; so kakak itu boleh tolong buatkan dan dia tak tahu pula macam mana nak tulis resultnya; bersusah2 dia contactkan nurse yang bertugas bahagian ambil bacaan test itu. selesai lagi. dan yang tinggal VDRL test. lepas bincang2 dengan lab, bincang2 dengan doctor; mmg kebetulan amat ujian VDRL boleh dilakukan dan result agak cepat, so aku diminta ke lab dan diminta tunggu keputusannya. sembang2 dengan kakak itu, dan seorang doctor yang tinggal, haru2; itu ujian sikit nak jadi dr. and kami pun turun bawah untuk tunggu result. dalam 6.25 petang itu, baru dapat result; just nak confirm negative saja. alhamdulillah. so then lepas ucap terima kasih semua, aku balik; dan rupa2nya ayah aku tunggu daripada time dia hantar aku tadi. (pukul 3). kesian ayah.

7. rasanya itu sahaja kisahnya; ya, kisah kecil dan biasa. betul, ini kisah biasa yang mungkin pada kawan2 langsung tiada makna. tapi bagi aku, aku melihat sebagai satu ujian kecil daripada Allah, sbb hari ini; aku telah mengambil satu keputusan reformasi hala tuju blog ini. insyaAllah juga sebagai medan aku berdakwah (aku akan tulis lebih lanjut tentang ini). ya, aku amat2 menghargainya, hari ini; benar2 satu perjalanan jiwa.

8.Allah menguji, tak kira bila dan dimana, dan ini selalu aku cakap,"kita merancang, Allah juga merancang, sudah tentu perancangan Pencipta kita lebih baik". ya. banyak juga yang aku dapat belajar hari ini, secara tak langsung merasai life as doctor yang pukul 6 or 7 petang nak sampai rumah, penat2 nurse yang doctor selalu tak tahu. aku belajar untuk menghormati dan memahami mereka lebih, meski nurse2 itu sebagai pembantu. itu lah hidup. :)

cukup, sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~


Search

  • Snap Shots

    Get Free Shots from Snap.com