Saturday, July 19, 2008

resolusi reformasi~

Salam alaik.


Reformasi

ya, insyaAllah, selepas penambahbaikan grafik dan layout blog, (meski tak lengkap sepenuhnya) aku fikir2, ada baiknya aku gunakan blog ini ke arah sesuatu yang lebih baik. terus berkongsi, tetapi lebih yang bermanfaat. reformasi. ini bukan reformasi yang dilaung2kan dalam 10 tahun lepas (dan langsung tidak ada kena mengena dengan politik tanah air). mengikut kamus dewan edisi ketiga, perkataan reformasi bermaksud, "(réformasi) perubahan atau pembaharuan yg mengarah kpd keadaan yg lebih baik, mis dlm sistem sosial, politik, dan kebudayaan sesebuah masyarakat:". insyaAllah, kearah yang lebih baik. usaha ini bukan yang boleh selesai dalam satu malam, tetapi perlukan masa yang panjang, dan usaha yang tak kenal lelah. harap2 segala ini, yang saya kongsikan dengan dunia menjadi sesuatu yang bukan kosong dan sia2.

1. Latar Belakang
asalnya, aku buat blog ini saja2; mungkin boleh dikata serampang dua mata:- untuk isi masa lapang time cuti selepas a-level dan before fly; dan melatih diri aku untuk menulis dengan lebih baik dan kerap. sebelum ini, "Minds of Kaito" di www.silent1412.wordpress.com adalah satu blog untuk merakam kisah2 aku sepanjang a-level, dan untuk orang2 yang dekat, dan dijemput sahaja. reformasi kali ini adalah untuk membawa blog ini menjadi satu wadah perkongsian ilmu, bersama dan dengan dunia, moga bersama, saya dan dunia memperoleh manfaat.

2. Matlamat
insyaAllah, bila dah siap sebahagian sedikit dalam 2 minggu lepas; pengisian blog ini juga penting, bagaimana dan ke mana, itu menjadi satu persoalan. konsep sekarang adalah perkongsian, saya akan mengisahkan apa2 yang patut; dan insyaAllah bersama2 kita berkongsi ilmu. segala macam perkongsian, mungkin dalam dan tentang hidup dan kehidupan, motivasi, cinta, perkahwinan, isu-isu semasa, kisah orang perseorangan, dan juga insyaAllah, sebagai wadah dakwah; menjadi wacana untuk membawa diri kita kearah yang lebih baik.

3. Posting
ini adalah tentang dan kekerapan. posting saya merupakan penulisan saya sendiri, dan mungkin diolah daripada sumber2 yang dinyatakan atau terus diambil daripada mana2 yang tertentu(sudah tentu tidak lupa untuk memberi penghargaan); seperti mana yang diungkap dalam sub tajuk Matlamat di atas, kebanyakan posting sedikit sebanyak berkisar dan berlegar tentang hidup dan kehidupan amnya. dan daripada itu, sama2 kita sulingkan hikmah. apa yang bisa kita dapat daripada peristiwa, mungkin sesuatu itu nampak kecil, tapi impaknya luar biasa. insyaAllah, kebanyakan pengisian berdasarkan pengalaman dan teladan, bukan rekaan dan perasaan semata2. kekerapan posting? insyaAllah saya akan tulis seadanya yang saya mampu; andai punya luang panjang, ada pengisian. insyaAllah. tapi sebolehnya saya cuba untuk berkongsi satu post tiap hari.

4. Sasaran dan Jaringan
untuk sesiapa yang sudi. itu paling tulus yang saya dapat sasarkan. kita tidak boleh paksa sesiapa untuk ini (singgah dan baca). yang penting kerelaan hati anda yang sudi singgah dan menjengah dunia kecil ini, dan mengambil apa yang ada untuk saling memperbaik diri termasuk saya. sudah tentu pengalaman saya dan orang2 yang terlibat mungkin kecil. ada lagi yang lebih hebat, lebih besar dan tak tertanding. apa pun, matlamat saya adalah untuk berkongsi, tidak kisah apa pun, yang penting ilmu itu, kita dapat hayati bersama. dan kepada sahabat2, kawan2, dan kenalan2, seandainya anda semua mendapati laman ini baik, terus2kan menyokong dan segala yang kurang itu harap2 anda suarakan, moga2 saya dapat menambahbaik lagi untuk kebaikan bersama. saya amat berharap saya dapat membina satu jaringan yang kuat dengan semua, moga matlamat blog saya sebagai perkongsian dan medan dakwah tercapai. untuk itu, saya berharap anda semua dapat membantu saya untuk mengukuhkan jaringan blog ini sesama kita.

5. Kesimpulan dan Harapan
insyaAllah, semua ini harap2nya baik untuk semua; saya dan anda, moga sama2 mendapat manfaat. moga satu blog kecil ini bukan sekadar himpunan aksara2 yang berjuta, tapi kosong tanpa makna. dan semua ini, seperti yang saya bicarakan tadi, bukan dapat siap dan selesai dalam satu malam. untuk menjayakan matlamat, kita bermula selangkah kecil, sedikit demi sedikit untuk sampai ke destinasi. kejayaan besar adalah himpunan kolektif daripada tiap2 kejayaan2 kecil. moga berjaya saya gunakan ini sebagai wadah dakwah islamiah dan pembangunan diri untuk saya, dan anda semua menjadi insan yang lebih baik. sama2 kita doa2kan untuk yang terbaik. insyaAllah. dan terima kasih untuk semua.

dan dengan lafaz bismillah, saya mengumumkan revolusi reformasi "Minds of Kaito".

sampai sini dulu,
moga bermanfaat.
kaito~

1 comment:

Anonymous said...

Salam.
Tahniah2... Atas revolusi reformasi anta... Nntikan khabar dari projek mega ana.. Insyaallah... but, kesibukan mengurangkan peruntukan masa untuknya.. Aa, anyway, hayya 'alal falah.. wa ma'at taufiq!
-demi masa..-

Search

  • Snap Shots

    Get Free Shots from Snap.com