Wednesday, July 9, 2008

coret-coret(ii)~

salam alaik.

Satu Minggu Ini

ya, satu minggu ini, agak kosong. selain sibuk pergi buat pasport isnin pagi, dan alhamdulillah lepas ambik nombor giliran terus ke kaunter (tak ada orang lain); merayau di the store kangar on department pakaian berkali2, tapi just shoping sehelai seluar dan baju untuk ke BTN, dan beli tiket pergi dan balik ke dan dari Shah Alam. esoknya, hujan lebat. dalam kebasahan ke klinik kesihatan untuk suntikan TB (Mantoux Test), dan readingnya pula pada hari jumaat, so sekali physical medical checkup on friday. rabu? tidur and you tubing. deman btn mungkin, so ada you tubing video2 politik. gelak sakan. yang penting kita kena pandai pilih dan nilai; dengan kematangan dan kewarasan sendiri. 

Blog Design

jenuh. bagi aku, untuk buat(design) satu blog yang cantik dan lebih personal, memang; banyak kena usaha sendiri. kena cari XML code, then tafsirkan; then redesign the XML code sikit2. ada lagi nak adjust colour, nak adjust font semua. agak penat, dan aku cuba buat dengan sebaik mungkin. terima kasih untuk kawan2 yang beri tunjuk ajar, dalam sibuk2 pun aku kacau lagi. blogging ini betul2 perlu kesungguhan. kena baca tips2, kena collect widget2, betul2 time consuming. tapi, insyaAllah, perlahan2m dan sikit2, lama2 siap.dan siapa2 nak link blogger skin dan yang lain berkenaan, insyaAllah yM kan aku (silent_1412).

Istiqamah

ya Allah, ini. sangat susah. betul2, even dalam apa pun.tapi kena kuatkan diri dan cuba tetap, terus dan tekun. kadang2 itu, syaitan suka betul ganggu. pesan seorang kakak (lagi), "kalau nak istiqamah itu; bila buat sesuatu, diam2kan saja dan jangan bagi tahu orang lain". insyaAllah boleh. kawan2, ada tips untuk istiqamah?

Moscow(ii)

tajuk yang sama ek? application untuk Moscow Medical Academy, alhamdullillah dah separuh siap. nak kena susun2kan document balik, kena buat checklist dan kena translatekan segala macam yang dia mintak. tadi sembang2 dengan seorang kawan; dia tanya, "kau suka Ireland ke Rusia?". and still aku jawab tak kisah. aku betul2 tak kisah?. entah. pasal dan soal ini; aku sudah serah untuk Allah tentukan, dan aku menjalani jalan2 yang siap untuk aku. bukan berserah bulat2. usaha2 dah. A-level dah buat betul2. lepas itu doa tak sudah2. harap2 yang terbaik itu, tetap yang terbaik meski kadang kala melukakan.

Sekatan atau Kawalan?

jenguk2, tidak sampai 3 bulan lagi ada di Malaysia (insyaAllah). 14 August result A-Level, dan boleh check online. itu penentu hidup mati, dan penentu jalan2 aku lepas ini. untuk ke perantauan, pesan seorang kawan, "gunakan masa di Malaysia ini baik2, bagi cukup dan mantap ilmu dan imannya". teringat ceramah Ustaz Hazrizal (ya, dia lagi), time pergi kem Fly High Village; tajuk ceramahnya 'Fiqh Traveller'. kata dia(lebih kurang okay),

"Kat luar negara nanti, banyak cabarannya dan tidak ada siapa yang tengok2 dan kawal kita. tak dak warden yang nak mai datang ligan (kejar) kalau tak turun sembahyang; korang bebas sebebas2nya. tapi bebas2 itu, sebagai seorang muslim, kene ada panduan. macam kat jalan raya, bila korang jumpa trafic light. bila trafic light merah, kita kena berhenti sbb nak bagi jalan untuk orang lain. korang anggap lampu isyarat itu sebagai apa? sekatan atau kawalan?. kalau seorang itu anggap sebagai sekatan, maka dia akan terus redah saja bila lampu merah; kalau tak dak kereta lain, nasib baik la selamat, kalau tak, accident percuma je. kalau kita lihat sebagai kawalan, bila merah kita berhenti, dan ikut peraturan, insyaAllah selamat. macam itu juga hidup as muslim; agama itu sebagai kawalan, bukan sekatan."

lebih kurang begitu lah quote dia, bukan exact sebab kem ini bulan april dulu. best juga kem itu; at least dapat banyak ilmu yang jarang orang lain dapat.

sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~

p/s- gambar2 sumber daripada www.iluvislam.com (mari kita join iluvislam ramai2!)

1 comment:

Hazwan Samian said...

ko nk balik s.alm? sian ko kne g BTN.. aku pny lmbt lg.. hehe...

Search

  • Snap Shots

    Get Free Shots from Snap.com