Friday, July 25, 2008

Negaraku(i)~

Salam alaik~



Open Your Mind

"Mind works like parachute, its only works when you open it",
nasihat Ketua Fasilitator Kursus Kenegaraan pada sesi tazkirah kepada 131 orang peserta kursus yang berlansung selama 5 hari itu.

dan dia selalu mengulang2kan,

"Adik2, abg harap adik2 semua datang sini dapat buka minda seluas2nya, mungkin ada yang kena paksa, ada yg sukarela, tapi cuba setkan minda adik datang kem ini dengan gelas yang separuh penuh, moga dapat dipenuhkan separuh lagi, bukan gelas yang penuh, menyangka kita tahu semuanya, nnti diri sendiri yang rugi. ingat sama2 kita disini, satu hasrat, satu matlamat dan satu tekad"


ha, sampai juga mood nak berkongsi secebis pengalaman dan ilmu daripada Kursus Kenegaraan Mahasiswa Ke Luar Negara(KMR-H1850-08), 14-18 julai 2008 di kem bina negara ulu kenas, kuala kangsar. mungkin post kali ini panjang, oleh itu; saya letakkan rumusan disini. ya, untuk siapa2 yang tidak ingin baca panjang, cuma isi penting yang saya nak stresskan, untuk kesedaran kita bersama.

Perpaduan Perlu Kekal dan Kukuh


ini post serious.ini bicara sebagai rakyat malaysia, untuk rakyat malaysia. daripada sesi ceramah yang pertama, sesebuah negara itu terdiri daripada elemen2 seperti tanah air, rakyat, kerajaan dan kedaulatan; maka, mungkin dapat disimpulkan bahawa sesebuah negara itu adalah tanah air yang ada rakyat, dan kerajaan yang ada kedaulatan. dan tentu semua tahu or faham tentang apa itu tanah air, rakyat dan kerajaan. tapi, apa itu kedaulatan? kedaulatan adalah satu hak kepada sesebuah negara untuk memerintah dan mentadbir negara dengan acuan sendiri tanpa campur tangan kuasa asing. dengan kedaulatan, negara kita dapat buat dan laksanakan dasar sendiri, dapat kawal perbelanjaan sendiri, oleh itu ketenteraman negara terjamin.

apa jadi bila sesebuah negara itu hilang kedaulatan?

kalau nak list semua, memang panjang, tapi semua itu sedikit sebanyak dapat digambarkan dengan negara2 islam yang kita semua tahu, palestine dan iraq. palestine- tengak apa jadi sejak israel lancarkan kempen zionis? tanah air mereka ada, tapi rakyat mereka tidak dapat merasakan kebebasan untuk mentadbir negara sendiri, dan semua dikawal, ditindas dan diperkotakkatikkan oleh isreal laknatullah itu. anda mahu negara kita jadi begitu? iraq- sejak 2003, america melancarkan perang ke atas regim saddam hussein, atas alasan ada wmd( weapon mass destruction)- senjata pemusnah besar2an- tapi as 5 years berlalu, tgk? apa pun tidak ada bukan? itu sekadar alasan2 kosong untuk kuasai sumber minyak di iraq. kita sendiri dapat lihat (perlukah saya letakkan gambar disini?) betapa rakyat iraq itu dipermainkan, dihina, ditelanjang, diseksa, dibinatangkan oleh tentera2 america. mesage america cuma satu - siapa yang berani menentang mereka akan binasa. mahu juga negara kita jadi begini?

kenapa boleh jadi seperti apa yang berlaku diatas? kita ambik iraq sebab komposisi masyarakat lebih kurang daripada kita-ada tiga puak utama iaitu sunni, syiah, dan kurdish. bagaimana america boleh masuk?, sebab puak2 ini saling tidak bersatu yang sering bertelingkah. so, dapat pointnya disini? perpaduan negara kita perlu kukuh dan utuh, jika tidak negara kita bila2 masa boleh dijajah kembali selepas merdeka. anda semua mahu dijajah kembali? cukuplah 446 tahun dulu. kita rakyat malaysia, tak kira melayu, cina, india, dan minoriti lain harus faham situasi ini, betapa pentingnya perpaduan untuk sesebuah kedaulatan, jika hilang perpaduan itu, kestabilan politik negara (ini secara umum, bukan memihak mana2 parti politik atau merujuk pada mana2 parti) akan tergugat, lantas kuasa2 asing yang sudah lama mengintai sudah punyai alasan untuk campur tangan seperti america (tengok dalam kes anwar baru2 ini, kenapa tiba2 america bising?). kita mungkin berbeza agama, adat, fahaman dan sebagainya, tetapi kita ada negara yang kita perlu jaga, tanah air yang perlu kita bela. ingat itu, kalau dijajah lagi, malu kita hendak berdepan dengan nenek moyang kita, dan cucu- cucu kita nanti.


Tulang Belakang


raja2 melayu


[istilah penting-politik= bukan memihak mana2 parti, tapi merujuk kepada kuasa yang dipegang]
saya bagi amaran awal2. untuk terus membaca ini, kena dengan minda yang terbuka, sebab kalau anda menutup minda dan menstatikkan dimensi dan persepsi, entry ini adalah racist. dan ini bicara tentang betapa pentingnya orang melayu memegang kuasa politik utama dan menjadi tunjang utama politik dimalaysia. untuk bangsa melayu, sedar2kan diri. sedar2kan diri, perjuangan kita belum selesai, tugas mengisi kemerdekaan ada dalam tangan kita,

pernah terfikir kenapa?

sepanjang sesi2 akhir ldk, perkara ini secara langsung dan terus dibangkitkan;(ingat, ini bukan memihak pada mana2 parti).
terus kepada isi utama, dengan kuasa politiklah, kita, melayu dapat melangsungkan survival bangsa kita dan seterusnya menjaga kebajikan kaum2 asing. dengan kuasa politik, baru bangsa kita terbela. anda percaya?. tapi itu kebenarannya, fikir2 dan renung2kan kembali; buka kembali sejarah negara kita.

dahulunya bangsa kita mundur, teruk, terbiar dek penjajah british, sekadar pesawah, petani dan nelayan. even dalam education pun british tidak bagi anak2 melayu belajar tinggi, sekadar cukup2 makan saja. kenapa? sebab kita tidak pegang kuasa politik. itu saja. dan tengok sekarang selepas merdeka? bagaimana kerajaan (umun, neutral dan tidak memihak pada mana2 parti) bantu orang melayu untuk maju - kita ada kuasa? anda sendiri tentu dapat jawab bukan?.

dalam negara kita, hak2 melayu dipertahankan, orang melayu ditolong benar2. perkara 153 dalam perlembangaan, salah satu subset pertama dan kedua menyatakan, orang melayu ini dapat tanah rezab, ada kuota untuk permit, lesen, biasiswa, bantuan2 pendidikan dan sebagainya. okay, so, daripada ini, macam mana ini dapat direalisasikan? tentu dengan kuasa politik bukan? perkara 153 ini bukan kita orang melayu senang2 dapat, tetapi dengan pengorbanan yang sangat besar. ya, sangat besar. sebabnya, ini adalah syarat kontrak sosial yang berlaku antara pemimpin2 berbilang kaum untuk mencapai kemerdekaan:- orang melayu memberikan kerakyatan kepada orang bukan melayu, inexchange orang bukan melayu mengiktiraf perkara2 153 ini. tapi sekarang tengok apa jadi? ramai2 puak bukan melayu yang tidak faham sejarah mengungkit hak2 keistimewaan orang melayu. dan kalau terus begini, sepatutnya kita mengungkit tentang kerakyatan mereka juga kan?

maka, kita orang2 melayu seharusnya sedar. untuk pertahankan kuasa untuk terus kita menjadi teras, kita sesama kita perlu bersatu tidak kira apa juga fahaman politik kita. kita perlu berpadu, seperti perpaduan tok nenek kita semasa menentang pengistiharan malayan union ketika dulu. daripada situ, barulah hak2 kita terjamin dalam bidang pendidikan, ekonomi dan sosial. daripada perpaduan yang kuat, kita dapat bela agama dan bangsa kita, jesteru negara. pernah anak2 remaja sekarang terfikir dan befikir tentang ini?pernahkah orang kita berfikir tentang ini? kelansungan dan survival bangsa kita sekarang. kalau kita tgk paper, tgk berita, orang melayu sendiri saling bercakaran dan bertengkar sesama sendiri sbab agenda politik yang sendiri. menyusahkan orang saja. daripada buang masa debat minyak kosong, ada baiknya fikirkan macam mana nak bantu rakyat terus. sekadar cakap2 kosong, siapapun boleh omong.

apa pun, as melayu, kita kena ubah mindset kita, kita kena kuat berjuang dan berdaya saing untuk setaraf dan berada lebih tinggi daripada bangsa2 lain di malaysia untuk kebajikan kita dan bersama. kita perlu pegang kuasa politik dan ekonomi; jika tidak kita akan jadi boneka dan hamba ditanah air kita sendiri. mungkin tidak sekarang, tapi dalam 10 tahun lagi siapa tahu? tgk anak2 remaja sekarang, betapa ramai yang terjebak dalam gejala sosial, rosak akhlak, merempit, hisap dadah. anak2 bangsa lain berjaya di universiti, sebilangan anak2 melayu bangganya repeat di pusat serenti. haish. kalau begini, macam mana nak warisi negara kita? fikir2 dan renung2kan, sebab kata hang tuah pada lebih kurang 500 tahun lalu, "takkan melayu hilang didunia". yang mana tidak hilang? sekadar bangsa atau kuasa? jawapannya ada pada kita.

sampai sini saja,
moga bermanfaat.
kaito~

No comments:

Search

  • Snap Shots

    Get Free Shots from Snap.com