Sunday, July 27, 2008

negaraku(ii)-[btn: my story]~

salam alaik.


Secebis Prakata- may i say so?


(gambar 131 orang peserta kursus kenegaraan bersama ketua fasilitator- i know it is the same image as the entry before)


oh ya, saya ulangkan a part of quote dalam post negaraku(i), kata2 ketua fasilitator kem itu selalu;

"adik2, abg harap adik2 semua datang sini dapat buka minda seluas2nya, mungkin ada yang kena paksa, ada yg sukarela, tapi cuba setkan minda adik datang kem ini dengan gelas yang separuh penuh, moga dapat dipenuhkan separuh lagi, bukan gelas yang penuh, menyangka kita tahu semuanya, nnti diri sendiri yang rugi."

"ingat sama2 kita disini, satu hasrat, satu matlamat dan satu tekad", sambung beliau lagi. (err... plkn????)


(pintu masuk ke kem ulu kenas)


haish, agak lama bertangguh untuk ini. malas? mungkin. mungkin juga tidak sampai anginnya. sbb bagi saya, entry post ini lebih bersifat peribadi. sekadar rakaman pengalam secara terus sepanjang kursus kenegaraan, dan insyaAllah secebis ilmu dan hikmah yang saya dapat sulingkan sepanjang program. maka, post ini untuk sesiapa yang berminat sahaja. :).oleh itu, sesiapa yang pernah menyertai kem ini, pasti ada cerita versi mereka sendiri, itu kisah mereka;dialu2kan membaca kepada sesiapa yang belum pernah dan tidak akan, mungkin sedikit sebanyak dapat gambaran, dan untuk junior2 dan kawan2 yang akan pergi, mungkin ini dapat bagi persediaan awal untuk semua, tapi siapa2 yang betul2 nak adventure and betul2 feel, its okay to stop reading here. :p


(its obvious right?)


kem ini, mungkin for some people kem brainwash, but it is true? ngee, itu kalau hendak tahu, pergi merasa sendiri.
apa pun, saya ringkaskan disini, kursus yang selama 5 hari itu di kem bina negara ulu kenas, kuala kangsar (dan kem2 ditempat lain yang sama) terdiri daripada 4 sesi ceramah :o, diikuti oleh 9 sesi ldk :#, ujian fizikal, lari 2 kilometer, :z kembara dan ujian bertulis :y pada hari terakhir. but even semua2 ini, in short, this kursus memang sangat best(depends how we accept it)!


(ini sebab banyak gambar fasilities dalam itu tiada)

sila klik read full entry untuk cerita yang lebih panjang.

Menara Bangsa

“Suria muncul di pagi hari,
Kita bangun sederap kaki,
Menara bangsa akan kita bina,
Perkasa tiada rebah lagi.

Mentari sudah ada di sini,
Pasti bersinar seribu tahun lagi,
Biar berhembus angin sangka kala,
Malam pasti tiada datang.

Kita sudah tiada perlu tidur,
kerna mimpi ada di depan mata,
Embun jernih pengganti keringat,
Berkilau bagai mutiara.

Rimba akan terus hijau,
Unggas riang ria b’kicau,
Air jernih meriak di sungai,
Udara nyaman tenang di rongga.

Darah kembali berharga,
Merah buat penyeri muka,
Senyum jernih meniti di bibir,
Kasih sayang jadi milik semua.

Kita bebas,
terbang laksana burung,
Terikat hanya di tali cinta.
Kita bebas terbang laksana burung,
Terikat hanya di tali cinta.”

Menara Bangsa -
(tekan play untuk dengar)


terus terang, ini lagu wajib kursus ini. percayalah, mula2 itu memang susah nak menyanyikan lagu klasik (eh, taklah sampai 60-an), tapi insyaAllah, when the camp habis, terngiang2 selalu.memang mula2 itu, hancur, pitching lari, sampai ketua fasilitator buat kelas vokal khas pula. macam2. lagu ini ada makna yang mendalam, dan dinyanyikan pada setiap sesi ceramah dan sesi penutup. :)

Pembentangan Kertas Kerja

ini? ini adalah ceramah (isnin malam sehingga selasa petang), cuma didalam jadual program diayatkan dengan lebih elok. :p. kertas kerja yang dibentangkan adalah tentang elemen2 negara yang saya tulis dalam post yang lalau:- tanah air, rakyat, kerajaan dan kedaulatan (include rumusan). untuk setiap sesi, seorang peserta dilantik menjadi pengerusi majlis dan penghulu dikehendaki membuat laporan kepada penceramah. sebelum laporang dibuat, kami beramai2 menyanyikan lagu menara bangsa. secara ammnya, pengisian kertas kerja ini baik, penceramah2nya juga berpengalaman. daripada pembentangan kertas2 kerja ini, banyak informasi yang kita tahu, mungkin sebelum ini kita tahu, cuma tak beberapa ambil kisah. banyak yang penting telah saya rumuskan dalam post yang lalu; betapa pentingnya kedaulatan negara. untuk pertahankan kedaulatan, penting pula kestabilan politik, dan untuk kestabilan politik negara, perpaduan antara kaum di malaysia kena terus mantap dan kukuh. untuk itu, semua rakyat malaysia harus faham sejarah, dan betapa pentingnya kontrak sosial. itu secara umum. cukuplah mungkin. :) apa pun, as malaysian, kita patut bersyukur.

LDK-Latih Diri Kental

kumpulan 8, jalur gemilang


macam saya bagi tahu tadi, sesi LDK (latihan dalam kumpulan) yang ada sebanyak 9 sesi ini selama 2 hari (officially rabu dan khamis) adalah komponen utama kursus ini. selepas tamat ceramah, kami semua dihimpunkan di dalam dewan utama pada malam selasa untuk sesi pertama ldk, iaitu ice breaking, daripada situ, semua fasilitator diperkenalkan (er... tak ingat semua pun) dan beberapa aktiviti berlangsung. salah satu daripadanya, ujian 3 minit, dimana peserta diberi kertas yang mengandungi arahan dan perlu laksanakan arahan2 tersebut. but it is a trick, because in the end, the last arahan is just asking the students to sit down, so, sesiapa yang tak baca arahan sampai habis memang terkena. :p. and then kami dipisahkan kepada 11 kumpulan kecil, yang terdiri daripada 12-14 orang dalam tiap2 kumpulan, dan setiap kumpulan dikenali dengan nama lagu2 patriotik malaysia, contohnya kumpulan saya, jalur gemilang. dan penglibatan dalam ldk ini menyumbang 55% markah untuk the whole kem.


saya menggambarkannya sebagai wadah untuk 'latih diri kental'-kenapa?. saya tidak tahu apa yang berlaku dalam ldk lain, tapi dalam kumpulan ldk saya, fasilitator bukan sahaja mengisi dengan pengisian yang dirancang, tetapi dalam masa yang sama mereka membina jati diri dan keyakinan dalam setiap ahli kumpulan. daripada 9 ldk yang ada, hanya tujuh sahaja ldk dalam kumpulan kecil. dan ditempatkan dibilik ldk masing. kumpulan saya di rumah kempas, bilik 2.

pengisisan ldk bermula dengan sesi taaruf, kenal diri, tahu tentang negara, kemudian perbincangan, macam biasa. dibincangkan banyak tentang sejarah kita, dan perkara2 yang ditekankan seperti perkara 153 perlembagaan. ya, dalam ldk ini, mungkin kita dapat belajar banyak, tapi itu semua terpulang pada diri masing2 untuk terima macam mana. memang, dalam kumpulan saya, mula2 itu, ya Allah, hambar sangat. sangat hambar. (sorry guys!!), tapi syukur dengan Pak Ismail n Pak Zaidi, fasilitator kami berjaya hidupkan kumpulan. mula2 itu mereka sangat2 garang, tapi lama2kumpulan kecil kami makin seronok, tambah bila sudah saling kenal tiap ahli.

mungkin saya bernasib baik dapat kumpulan itu, sebab fasilitator2 kami bukan sahaja ikut modul, tapi bagi saya, saya melihat mereka membina the inner strength of us. daripada yang cakap tak dengar bunyi jadi kuat, yang cuak speak in front dah jadi slumber, dan macam2 lagi, semua dalam tidak sampai 2 hari. alhamdulillah. tapi teringat juga kami didenda tawaf menyanyikan lagu jalur gemilang sbb 'disalahkan' dalam satu aktiviti.[ apa pun, thanks guys =)]

on the last ldk (binding) kami semua dikumpulkan kembali beramai2 di dewan utama untuk sesi rumusan ldk. but then, ada aktiviti2 lain sebelum tamat. salah satunya break stone (xmahu ulas lanjut) dan menyanyikan lagu tiap kumpulan kuat2. dan alhamdulillah, kumpulan saya dapat tempat kedua. ahahaha macam2.
then, kami diminta untuk membuat satu tugu manusia, dengan seorang lelaki memegang jalur gemilang diatas, dan peserta perempuan ramai2 buat bulatan besar, sampai dengan penuh semangat menyanyikan lagu jalur gemilang (lagi? :p). selepas itu dipertontontkan video tentang betapa pentingnya menjaga kedaulatan negara kita. :). lepas sesi penutup, kami beramai2 bersalaman dengan fasilitator2. :)

Ujian Fizikal + Kembara

ini termasuk dalam 5% markah, which include a series of physical activities, macam pusing2, tahan nafas satu minit, lompat tali pendek, pumping, balancing. dan pada hari lain, kami perlu lari 2 kilometer dalam masa 18 minit bagi lelaki dan 24 minit bagi perempuan. dan khas di kem ulu kenas, kami berpeluang merasai turun menara setinggi 15 kaki?.

kembara pula hambar, sangat hambar disebabkan pihak kem mengejar masa, lalu mereka telah memendekkan sesi kembara; kembara yang sepatutnya menjadi sesi yg mencabar, sekadar menjadi jalan2 melihat alam sahaja.

Ujian Bertulis

ini merangkumi selebihnya 40% markah untuk cemerlang dalam kursus kenegaraan ini dan diadakan pada hari terakhir. seingat saya, ada 60 soalan objektif yang perlu dijawab dalam 1 jam 30 minit, tapi ramai saja yang siap lebih awal . banyak berkisar tentang islam hadhari, dan semua pengisian yang kami dapat dalam ceramah dan ldk sepanjang kursus.

Makanan

eh? aA.. ini tidak langsung perlu risau. 6 kali sehari, bagi saya, time makan from next time makan, tidak sempat merasa lapar, and in fact berat naik mendadak selepas balik daripada kem ini. (oh tidak!). di kem saya, makan tengah hari dan malam, lauknya sama sahaja, cuma berbeza masakannya. tapi di kem2 lain, kawan2 saya beritahu yang lauknya berbeza. =)

Konklusi

apa pun, in short, kem ini memang seronok. alhamdulillah, ada juga pengisian sepanjang cuti, kalau tidak duduk kosong saja.
at least kita boleh kenal ramai kawan, belajar hal2 baru. ramai juga kawan2 yang balik daripada kem ini terlebih2 patriotik, alhamdulillah la- kena sayang negara kita. =). kita patut bersyukur, as malaysian, we are here.

apa pun, sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~

p/s-this is a personal story.




1 comment:

Anonymous said...

=)

Search

  • Snap Shots

    Get Free Shots from Snap.com