Monday, July 28, 2008

the road not taken~

salam alaik

The Road Not Taken
by Robert Frost (1874–1963). Mountain Interval. 1920.


TWO roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I—
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.



..ini? eh, tidak lupa greeting, apa khabar anda semua? harap sihat2 selalu. satu lagi perkongsian singkat, tapi saya harap bermanfaat. ingat lagi tak poem ini? dalam 'selected poem and short stories' form 4 dulu kan? bila kita baca sekali lalu, memang nampak seorang pengembara dalam hutan, tgh pening nak pilih jalan mana untuk keep on journey dia.

itu sekali lalu, tapi kalau kita renung2kan; simbolik hutan itu adalah kehidupan, dan jalan2 itu adalah pilihan, agak2 apa yg kita boleh dapat daripada poem ini?

Bila Boleh Memilih

dalam hidup, memang ada pilihan, nak tak nak kadang2 kena pilih salah satu sahaja.alhamdulillah, kalau dalam sesuatu peristiwa itu kita boleh memilih apa yang kita mahu dan yang terbaik untuk kita. bila kita ada kuasa untuk memilih, pilihlah sesuatu yang membawa kita lebih dekat kepada ALLAH, meski perkara itu bukan orang biasa buat. memang nampak pelik bg orang lain, tapi bagi Allah betul, itu lebih baik, insyaAllah. :). mungkin agak pelik untuk melawan arus kadang2 itu, tapi untuk mempertahankan yang benar, kita perlu berani.seeloknya, andai ada pilihan yang penting, minta2 petunjuk daripada ALLAH, rajin2 buat solat istikarah. Allah lebih tahu ap yng terbaik untuk kita.

Terpaksa

dan bukan semua perkara kita akan dapat pilih yang kita mahu dan kita suka. seriously saya berkongsi daripada pengalaman. :). kadang2 hidup ini banyak twistnya. ada naik dan ada turun. ada ketika kita berjaya, kadang kala kita gagal dan kecewa. banyak perkara2 yang tidak kita inginkan tak dapat. haish, tentu sakit hati bukan?

bohonglah kalau tak!

tapi insyaAllah, anggaplah semua itu hadiah daripada Allah. ya, hadiah untuk kita sejenak berhenti untuk mengingatkan DIA, untuk kita lebih kenal DIA, dan lebih dekat kepadaNya. Allah pencipta kita, tentu lebih tahu apa yang terbaik untuk ciptaanNya. apa kata sejenak kita renung hikmahnya. ujian2 ini untuk menguatkan diri, hati dan jiwa. insyaAllah. selalunya kalau kecewa kali pertama, seandainya seseorang itu pandai menghadapinya, insyaAllah bila kecewa kali kedua, tidak affect sangat hidupnya

hikmah? ya, terus terang, memang kita tidak nampak sekarang, tapi insyaAllah lama2 akan datang satu demi satu, dan dengan jelas kita faham dan bersyukur dengan apa yang telah berlaku. mungkin kita tak dapat apa yang kita mahu, tapi apa yang kita dapat adalah betul2 berbaik untuk kita. ya, bak kata2 motivasi kat sebelah ini,"Kita tidak boleh ubah apa yang kita lihat, tetapi kita boleh ubah diri kita yang melihatnya. Jika kita tidak dapat apa yang kita suka, maka langkah yang terbaik ialah suka apa yang kita dapat"

sedangkan janji Allah dalam al-baqarah, 216,:-
“..tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bg kamu,dan boleh jd kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bg kamu.Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui”


Kita HambaNya

ya, macam the road not taken, pilihan yang kita lalui, mungkin tak sama dengan orang lain atau tak sama dengan apa yang kita inginkan; which in the end memang make a big difference. tapi macam saya ulang2kan, itu adalah terbaik untuk kita, untuk perkembangan diri kita.

ya, kita hambanya; Allah telah aturkan qada dan qadar, tentang soal jodoh dan rezeki. ketetapan ini bukan untuk kita sudah merasa cukup ( bukan tidak bersyukur); tapi sepatutnya buatkan kita berusaha untuk sesuatu yang lebih baik. ingat, kita usahakan sebaik2 tadbir (urusan, ikhtiar) dan kita tunggu sebaik2 takdir (tawakkal). Allah Maha Adil, Dia tidak buat sesuatu sia2.

akhir kata, ada satu hadis nabi untuk kita renungkan,
"sangat mengagumkan keadaan seorang mukmin, sebab keadaan bagaimanapun baginya adalah baik, dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang muslim. jika mendapat nikmat, dia bersyukur dan itu baik baginya (mendapat pahala), dan apabila menderita kesusahan, dia bersabar, maka kesabaran itu lebih baik baginya(mendapat pahala).
[hadis riwayat Muslim-petikan drpd kitab pedoman hidup muslim]


sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~

4 comments:

Anonymous said...

salam..

[ sabar + senyum = subhanAllah!]

the road not taken;
ada hikmahnya..
percaya padaNya..
syukur padaNya..

Allah yubarik fik.
wassalam.

Kai Isolated said...

The Road not Taken..

"And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back"

this is one of my favourite poems ever. such a ironic tale, even perfectly describing our life as choices that we have to take.

it is unfortunate, that we cannot always have what we desire, and it is just so sad that some choices are just not meant to be.

i chose to be in this path, and i had more than once regretted it, but like what it says in the poem;

"And that has made all the difference."

although i didn't actually took the one that less traveled by.

~when Logic meets Art~
-Kai Isolated-

Anonymous said...

salam...

al-baqarah:216

''boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu , padahal itu baik bagimu, dan boleh jdi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah maha mengetahui ,sedang kamu tidak mengetahui..''

=)

innani-HiDaYaH said...

kalau nak lalu kedua2 jalan
tebas saja la hutan tu
baru boleh nampk jalan mana yg best
hehehe

Search

  • Snap Shots

    Get Free Shots from Snap.com