Monday, July 21, 2008

hijrah untukNya~

salam alaik,

dan dengan nama Allah kita mulakan.tapi, mungkin selepas seminggu berhenti seketika daripada menulis, agak kekok untuk teruskan kembali; apa pun, post tentang pengalaman kursus kenegaraan ditangguhkan dahulu.

Perubahan


kita bermula dengan yang lebih asas, yakni definisi. (buku pendidikan islam fokus pmr pelangi)- hijrah dari segi bahasa bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat; manakala dari segi istilah pula perpindahan Rasulullah dari Mekah ke Madinah.

seperti yang kita semua tahu; apabila mendengar perkataan ini, teringat akan peristiwa hijrah Nabi Muhammad daripada Mekah ke Yathrib @ Madinah. itu yang tipikal. apa yang saya ingin berkongsi pendapat dan pandangan adalah dalam konteks yang lebih hikmah, iaitu berubah. insyaAllah, perubahan daripada keadaan asal, menjadi yang lebih baik.

dan telah Allah berfiman dalam Surah Ar-Rad, ayat 11:
"....Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..."


ya, itu janjiNya. renung2 dan tenung. apa pun, isi pentingnya disini, perubahan itu bermula dengan dan dalam diri kita. kita hendak, kita sedar dan kita tahu. maka daripada itu, insyaAllah satu tindakan akan muncul. dan dengan izinNya, itu adalah langkah2 awal untuk menuju kejayaan.

Pengorbanan

ini adalah focus utama kenapa post ini wujud;pengorbanan dan hijrah. mungkin pada orang agak sinonim, ada yang rasa tiada kena mengena. biasalah manusia,sama-sama khilaf.hijrah dan pengorbanan, pada saya sendiri agak signifikan kalau kita hendak berubah menjadi lebih baik. meninggalkan tabiat atau kebiasaan lama. memang, susah kalau kita hendak tinggalkan satu comfort zone kita dan membentuk satu comfort zone yang baru.

apa pun, bila terasa berat nak korbankan sesuatu untuk hijrah, seperti masa, komitmen, kebiasaan hidup, dan semua2; kita tenung balik sejarah hijrah itu sendiri. dapatkah kita bayangkan bagaimana perasaan Rasulullah ketika berhijrah itu? Betapa kuatnya baginda untuk tinggalkan Mekah, tempat tumpah darahnya, dengan pula banyak saudaranya disitu?. tapi baginda yakin dengan janji Allah. dan kita sendiri tahu apa hasilnya; Madinah Munawarah- kerajaan Islam pertama terbentuk, lantas menjadi kubu utama untuk menyebarkan islam.

wallahualam

cukup sampai ini dulu, sekadar mencari kembali momentum yang hilang;
moga bermanfaat,
kaito~




No comments:

Search

  • Snap Shots

    Get Free Shots from Snap.com