Sunday, July 6, 2008

aku terima nikahnya~

Salam alaik,

Masa Yang Sesuai


eh, bukan2, aku tak menikah lagi. calon pun tak ada lagi. itu tajuk buku Ustaz Hazrizal Abdul Jamil (www.saifulislam.com) dengan persoalan yang menarik - pelikkah cinta tanpa berkenalan, keluar makan-makan, berbalas emel dan SMS?. asyik fikir2 tak tahu apa yang nak tulis malam ini, mungkin aku nak kongsi sikit tentang2 dalam buku ni. dalam buku ini, ada ustaz ini menerangkan sedikit sebanyak pendapat dan berkongsi pengalaman dia membina sebuah keluarga islam. aku nak ambik satu bab kecil, tentang era pra perkahwinan- memilih masa yang sesuai. kata (ya2, tulis dalam buku itu) ustaz tentang itu(dan ustaz, saya petikkan buku ustaz ye!) :-

"Jangan mengambil langkah untuk berpasangan, jika sudah pasti dalam setahun dua jangka masa terdekat ini tiada kemungkinan untuk anda berkahwin!". Itu amaran saya kepada peserta.
Wajah peserta mula kelat.
Saya telah jelaskan secara panjang lebar tentang soal kesan fitrah daripada perhubungan jangka panjang  di dalam dan di luar perkahwinan di dalam bab Menguruskan Fikrah Tentang Perkahwinan (bab awal buku ini-kaito). Hubungan seorang lelaki dan perempuan lazim dihinggapi rasa jemu yang mencabar komitmen kita kepada hubungan itu. Perasaan jemu itu mungkin muncul di tahun ketiga perhubungan, mungkin juga tahun keempat, malah kelima pun bisa.
Jika perasaan ini muncul di dalam sebuah perhubungan yang telah diikat atas nama perkahwinan, maka suami dan isteri akan belajar melayarkan bahtera rumah tangganya buat seketika dengan kesedaran dan tanggugjawab, tatkala perasaan cinta itu pudar seketika. Ia adalah kesan biasa daripada sebuah perhubungan, dan selepas ujian ini berjaya dilepasi oleh seorang suami dan isteri, maka insya-Allah, cinta itu mekar yang mekar kembali itu akan menjadi cinta yang kekal kukuh hingga ke akhir usia.
Tetapi jika proses itu berlaku lantaran cinta panjang lebar dari zaman cinta monyet hingga monyet menjadi gorila, maka tidak mustahil kekasih anda akan tiba-tiba memberikan signal untuk menamatkan hubungan yang terbina selama ini!
Banyak alasan yang diguna pakai..
"Saya mahu mendekatkan diri kepada Allah"
"Saya mahu tumpukan perhatian kepada pelajaran yang begitu membebankan sekarang ini."
"Saya rasa kita sudah tidak ada keserasian lagi."
Hakikatnya semua itu adalah alasan yang dibuat sedangkan sebab yang sebenarnya ialah, "Saya sudah jemu dengan awak!". Itu sahaja!
Maka, jika ibu bapa sudah memberi amaran bahawa perkahwinan adalah persoalan yang tiada ruang perbincangan hingga tergengam ijazah di dalam tangan, maka hindarkanlah daripada perbuatan menyeksa diri dengan mencari cinta di alam matrikulasi, atau tahun praklinikal bagi pelajar perubatan kerana anda mencari risiko yang amat membebankan.
"Ustaz..habislah saya macam ini..saya sudah bertunang. Kami merancang untuk berkahwin mungkin dalam empat atau lima tahun lagi!", seorang peserta berjumpa dengan saya dengan wajah panik selepas ceramah berakhir.
"Sabar... apa yang Ustaz sebutkan tadi, bukannya ketetapan nas. Tetapi ia adalah pengamatan kepada pengalaman dan pembacaan. Pengalaman pelbagai pihak yang memberitahu semua itu. Jika anta sudah ada idea tentang cabaran ini, maka buatlah persediaan sebaik-baiknya. Bersederhana dalam berhubung, jangan bergayut telefon sampai lepas kahwin dah tak tahu nak sembang apa, dan bijakkan diri dalam mengekalkan kesungguhan masing-masing menuju perkahwinan. Dan 'jangan pandang belakang'! saya tersenyum.
"Ada hantu ke Ustaz?", tanya beliau.
"Kalau hantu, alhamdulillah. Tapi masalahnya, anta mungkin akan nampak bidadari-bidadari lain untuk menambah options!', saya bergurau.
"Faham, faham!" katanya sambil mengurut dada. Lega barang kali.

Okeh, petikan tamat. So, harap2 dapat mesejnya. Kalau nak lebih lagi, beli sendiri buku "Aku Terima Nikahnya" (ini promosi tak berbayar, aku tak dapat komisyen ok!) RM 20.90 di semenanjung, RM 22.90 di Sabah dan Sarawak.

No Couple Before Akad


no couple before akad ek? seems the words harsh for somebody(ini tak tertulis dalam buku itu). aku tak kata couple itu salah, itu pilihan individu, dan harap2 kekal dalam batas2 islam. bagi aku, aku memandang yang lebih jauh, perkahwinan dan kehidupan selepas itu. entahlah, bagi aku yang tak seberapa ini, aku sudah merenung dengan diri untuk memilih sebegitu. memandang jauh, bagi aku (ini pendapat peribadi), daripada terjebak dalam hubungan yang pendek, sementara dan belum tentu arah tuju; buang masa, duit(kredit) dan tenaga saja, lebih baik aku menyiapkan diri untuk itu, dan untuk masa yang sesuai nanti. menyiapkan diri daripada segala segi; mantapkan ilmu2 agama, ilmu2 rumah tangga dan ilmu2 parenting. kukuhkan ekonomi, takkan nak bagi anak bini makan pasir kot; sediakan tempat tinggal yang elok lagi kondusif untuk pembinaan sebuah keluarga yang islamik. menyiapkan emosi, minda dan keteguhan untuk satu komitmen yang safe and long lasting. ya, dan mungkin nanti, bila tiba masa dan aku betul2 bersedia, time aku terima nikahnya,proudly i would say, "its me, for you; in full blossom!" =P.

sampai sini saja,
moga bermanfaat,
kaito~

1 comment:

Anonymous said...

salam..
ada juga buku bih..
tp belum khatam..

in one word...'hebat'

Search

  • Snap Shots

    Get Free Shots from Snap.com